✨ SPECIAL CHAPTER III

7.1K 242 5
                                    

Menguap-nguap Aryssa di meja mendengar taklimat akhir bagi kursus keselamatan di tapak bina yang berlansung di hotel yang terletak di tengah bandar Kota Kinabalu itu. Berlawan-lawan dia dengan Wanaa menguap tidak henti. Bosan betul topik akhir ni. Sedar tak sedar, sudah ke penghujung kursus mereka hadiri.

Tamat sahaja kursus mereka, semua bersalam sesama sendiri dan berbual bersama rakan-rakan baru mereka sambil semua melangkah ke restoran hotel untuk menjamu selera sebelum pulang.

Penuh pinggan Aryssa dengan pelbagai jenis kuih dan kek untuk dijamah. Pantas kakinya melangkah ke meja yang diduduki Wanaa dan beberapa kenalan baru mereka. Baru sahaja mahu melabuhkan punggungnya ke kerusi, terasa kerusi kosong di sebelahnya ditarik seseorang.

Mengeras tubuh Aryssa melihat Taqiuddin laju melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahannya.

"Hai, meja lain penuh. Saya tumpang makan sekali dekat sini ya," lembut bicara Taqiuddin meminta izin. Yang lain semua mengangguk dan senyum sahaja menandakan kehadiran lelaki itu dialu-alukan.

"Taqi, awak adik Encik Tarmizi kan?" soal Wanaa tanpa berselindung.

"Hmm, macam mana awak tahu?"

"Dah agak dah, dulu pernah nampak waktu family day TESB dekat Port Dickson. Ingat tak? Tapi waktu tu awak chubby sikit. Sekarang kurus dah. Tu yang baru perasan," jawab Wanaa.

"Oh ya. Baru saya ingat. Kita sama team main bola pantai waktu tu kan?" tanya Taqiuddin mahu memastikan.

"Yes, yes!" jawab Wanaa terangguk-angguk teruja.

"Sorry, tengok lama-lama muka baru perasan. Tapi muka Aryssa dari first saya nampak dia kelmarin, terus saya cam. Tak berubah. Makin cantik," puji Taqiuddin. Hampir tersedak Aryssa yang sedang duduk di sebelah kiri lelaki itu. Tajam mata Aryssa memandang Taqiuddin.

"Uhuk, uhuk. Jangan puji sembarangan. Bini orang tu," tegur Wanaa.

"Yes, I know. Puji je kan? Tak buat apa-apa pun," balas Taqiuddin selamba.

Aryssa mula rasa tidak selesa. Dia perasan Taqiuddin di sebelah asyik melirik mata ke arahnya. Kaki lelaki itu juga asyik bersentuh dengan kakinya di bawah meja makan. Puas Aryssa menginjak sedikit menjauhi kerusi lelaki itu.

"Flight korang malam ni pukul 8 malam kan?" soal Taqiuddin.

"Iya, kenapa?" balas Wanaa.

"Saya pun. Nanti kita pergi sekali je lah ke airport KK," pelawa Taqiuddin. Tidak sempat Aryssa mahu menolak, laju sahaja Wanaa bersetuju.

'Argh, minah ni!' Marah Aryssa dalam hati. Sungguh dia tidak selesa.

"Boleh saya minta nombor telefon awak Aryssa? Senang kejap lagi nak contact bila kita nak gerak balik," Taqiuddin sudah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menyimpan nombor Aryssa.

"Err, saya bagi nombor Wanaa lah boleh? 019–"

"Taki taki~ Taki taki rumba!" 🎶

"Kamjagiya!" Terkejut Wanaa sehingga terkeluar bahasa koreanya. Bahu Aryssa juga terangkat sedikit mendengar ringtone telefon milik Taqiuddin.

Kuat betul! Mesti pengguna Samsung ni.

"Sorry–" segera Taqiuddin bangun dari kerusi dan berlalu ke sudut restoran untuk menjawab panggilan.

"Tu dia, ringtone pun sebut nama dia babe. Taki taki, taki taki rumba!" terkekek-kekek Wanaa tertawa di sebelah Aryssa.

"Ha'ah lah. Baru aku perasan," Aryssa ikut tertawa sekali.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now