Laju langkah kaki Aryssa keluar dari rumah menuju ke kereta dan bergerak pergi dari kawasan taman perumahan itu. Menggigil tangannya mengenggam stereng kereta. Perasaannya bercelaru. Pedih. Kecewa. Sedih. Rindu. Marah. Lega. Bercampur-baur.
Keretanya diparkir di tepi jalan. Perlahan langkahnya diatur ke kerusi batu berhadapan tasik. Kelihatan mendung cuaca, semendung hati Aryssa ketika ini.
Macam mana Ku Adlee jumpa ayahnya? Apa kaitan Ku Adlee dengan kehilangan ayahnya?
Banyak persoalan yang tidak berjawab di kepala Aryssa.
Kelihatan taman tasik semakin ramai pengunjung datang beriadah. Jam di tangan dikerling sekilas. Pukul 5 petang. Patutlah ramai.
Kebanyakkan pengunjung di taman tasik ini terdiri dari pelajar-pelajar universitinya. Kerana tasik ini terletak betul-betul di belakang universiti.
Aryssa sering ke sini apabila fikirannya bercelaru atau ingin bersendirian.
Puas Ku Adlee menelefon Aryssa. Tidak senang duduk apabila Aryssa tiba-tiba sahaja keluar dari rumah dan menghilang. Panggilan Ku Adlee tidak bersambut.
"Aara tak pick up call. Ada sesiapa tahu selalu Aara akan ke mana?" soal Ku Adlee risau. Semua diam tanda tiada jawapan.
"Ni semua salah aku Kamilah. Tak patut aku datang rosakkan emosi Aara waktu hari dia bertunang..." kesal Arian meraut wajahnya sedih.
"Sampai bila kau nak lari Yan. Kalau bukan hari ni, esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, kau tetap kena hadap semua ni," balas Kamilah.
"Please, explain ayah..." Aihan bersuara setelah lama dia berdiam di tempat yang sama. Tidak mampu untuk berada dekat dengan ayah yang sudah meninggalkan keluarganya bertahun-tahun.
Belum sempat Arian mahu memulakan cerita, Eleanor menyampuk dengan lantang.
"Aku tahu Ryss dekat mana! Aku rasa dia pergi sana."
"Dekat mana Lea?" soal Ku Adlee tidak sabar.
"Taman tasik belakang universiti. Dia selalu ke situ kalau dia nak bersendirian or time dia kusut," jawab Eleanor.
"Thank God. Hope dia ada dekat situ. Thanks Lea," Ku Adlee berterima kasih sebelum meminta izin Kamilah untuk pamit mencari Aryssa.
"Lee tolong cari Aara. Tak apa, mama boleh tolong Ayah Yan explain dekat sini," ujar Kamilah.
Perlahan Audi hitam milik Ku Adlee diparkir belakang Axia merah milik Aryssa. Nasib kereta kau warna merah mak ngah. Senang nak cam.
Melilau mata Ku Adlee mencari tunangnya di taman tasik itu sebelum mata tertancap pada Aryssa yang sedang berteleku sambil bermain-main ranting di permukaaan rumput.
"Assalamualaikum my fiancée," sapa Ku Adlee memberi salam lalu duduk di sebelah Aryssa.
Terkejut Aryssa memandang Ku Adlee di sebelah.
'Macam mana dia tahu nak cari aku dekat sini? Ahh, kerja Lea lah ni,' getus hati Aryssa.
Salam Ku Adlee bersambut di hati. Masih tiada mood mahu membuka mulut.
Lama dua insan berbaju sedondon di kerusi batu itu merenung ke arah tasik. Sekejap-sekejap Ku Adlee menjeling ke arah Aryssa yang masih keras membatu. Tidak betah berlama-lama begitu, lalu dia membuka mulut.
"Please, ask me anything Aara. I can explain," perlahan suara Ku Adlee bagai memujuk.
Aryssa menoleh ke arah Ku Adlee. Tidak semena-mena kolam air matanya bertakung. Jatuh setitik, dua titik, tiga titik air mata Aryssa yang puas ditahannya tadi.
Aryssa cukup tidak suka menangis di depan orang. Kerana itu, dia lebih suka bersendiri apabila hatinya terluka atau jiwanya kacau bilau. Dia tidak mahu emosinya menganggu orang lain.
Terpempan Ku Adlee melihat pipi Aryssa sudah basah dengan air mata. Lemah jiwanya melihat wanita kesayangan sedih begini. Nak dilap pipi Aryssa, belum mahram lagi.
Macam mana ni? Kalau ikutkan hati, nak kahwin terus je hari ini. Boleh terus dipeluk Aryssa untuk memujuk.
"Ad, please explain. How... Why... Since when ayah ada dengan kau?" soal Aryssa sambil menyeka air mata di pipi. Mujur solekannya tadi tipis sahaja. Tidaklah comot teruk.
"Aku baru tahu Ayah Yan tu ayah kau minggu lepas. Tu pun sebab aku tanya mama. Aku teringat mama kata dia kenal ayah kau."
"Mama kenal ayah?"
Ku Adlee mengangguk.
"Mama tahu kau anak Ayah Yan waktu first time dia jumpa kau dekat dalam dewan kuliah. Tapi mama tak boleh bagitahu kau atas permintaan Ayah Yan," jawab Ku Adlee tenang.
Bertambah laju air mata Aryssa. Terasa seperti dirinya ditipu oleh Kamilah. Beriya dia bercerita tentang ayahnya yang hilang, sedikit pun Kamilah tidak membuka mulut.
'Ahh! Sebalnya rasa hati.'
Ku Adlee bercerita dari awal kes abang sulung Aryssa, Ariq Aiman terlibat dengan dadah dan telah membunuh Dato' Ir Ku Rafiee, ayah kepada Ku Adlee.
"Abang Ariq bu– bunuh babah kau? Ya Allah..." menggigil tangan Aryssa menutup seluruh wajahnya dan teresak-esak menangis.
"Sebab tu ke Abang Ariq kena hukuman gantung?" soal Aryssa teresak-esak. Ku Adlee mengangguk lemah.
"Ya Allah Ad... Aku tak tahu... Aku ingat dia kena hukuman gantung sebab dadah," bertambah kuat Aryssa menangis di kerusi batu itu.
Pengunjung taman tasik yang lalu sudah memandang-mandang ke arah Aryssa dan Ku Adlee. Sekali tengok, seperti pasangan yang sedang berantakan.
"Aara, it's okay Aara, benda dah lama lepas. Jangan macam ni," pujuk Ku Adlee.
Setelah reda tangisan Aryssa, dia mula bersuara kembali walau masih tersedu-sedu akibat menangis lama tadi.
"Ke–ken–kenapa ayah.. sob! tak balik.. sob sob! jum–jumpa kit–kitorang sob sob!" soal Aryssa memandang ke arah Ku Adlee di sebelah. Membengkak mata dan hidung Aryssa kemerahan.
"Ayah Yan serba salah dengan keluarga aku. Ayah Yan kata dia bersalah sangat bila tengok adik aku Raifa menangis meraung bila tahu babah meninggal kena tembak dekat tempat kejadian. Raifa mengamuk dekat Ayah Yan. Dia tak bagi Ayah Yan jumpa keluarga. Dia nak keluarga Ayah Yan rasa macam yang dia rasa. Rasa tak ada ayah..." bergetar suara Ku Adlee berterus terang.
"Ayah Yan kerja dengan keluarga aku as driver and helper rumah aku. Aku tak tahu pasal Raifa ugut Ayah Yan. Aku ingat lepas habis shift Ayah Yan dekat rumah aku, dia balik ke rumah family dia. Aku pun tak tahu siapa lagi keluarga dia selain Abang Ariq. Ayah Yan bersungguh nak kerja dengan family aku, dia kata nak tebus hutang Abang Ariq dan nyawa babah," jelas Ku Adlee lagi.
"Aku minta maaf, sebab adik aku, kau struggle beberapa tahun ni hilang ayah kau juga," bisik Ku Adlee.
"No Ad! Tolong jangan minta maaf..." rayu Aryssa dengan mata berkacanya.
"Semuanya berpunca dari Abang Ariq. Dari keluarga aku. Aku tak dapat imagine perasaan korang semua bila ayah dah tak ada buat selamanya. Atleast, ayah aku masih hidup. Cuma aku tak tahu keberadaan dia je," sambung Aryssa lagi. Kembali dia teresak mengenangkan tragedi hidup mereka.
"Raifa tahu ke tunang abang dia ni, adik kepada pembunuh arwah babah dia?" soal Aryssa setelah lama mereka berdiam.
Terkelu lidah Ku Adlee. Sungguh dia terlupa. Hanya dia dan adik kembarnya sahaja yang tahu berkenaan status Ayah Yan. Raina dan Raisa pada mulanya terkejut, tetapi setelah tahu hal sebenar, mereka terima dengan hati terbuka.
Pokok pangkalnya, yang salah hanya Abang Ariq. Bukan Ayah Yan mahupun Aryssa. Mereka juga mangsa keadaan.
Ku Adlee menggelengkan kepalanya. Tanda Raifa belum mengetahui tentang hal ini. Keluh Aryssa perlahan apabila melihat respon dari Ku Adlee.
![](https://img.wattpad.com/cover/355915429-288-k642272.jpg)
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...