🤍 BAB 49

7.6K 248 4
                                    

Dikerling jam di tangan. Awal lagi. Laju Range Rover putih milik Ku Adlee dipandu Aryssa menuju ke Family Mart berdekatan bangunan pejabatnya. Dijeling cermin pandang belakang, melihat Honda Civic hitam milik Ilman yang setia mengikut Aryssa ke mana sahaja.

Laju langkah Aryssa masuk ke dalam Family Mart. Sepuluh minit kemudian, keluar Aryssa bersama dua plastik makanan ringan dan air. Diketuk tingkap kereta Ilman.

Laju Ilman keluar dari kereta dan berdiri di hadapan Aryssa.

"Ya Puan? Puan okay?"

"Saya okay. Nah untuk Chad," Aryssa menyua seplastik makanan bersama air ke arah Ilman.

Terkebil-kebil Ilman memandang plastik itu dengan penuh tanda tanya.

"Ambil lah. Kesian Chad ke sana ke sini ikut saya merata tempat. Ambil lah buat bekal makan-makan dalam kereta."

"Alamak Puan, susah-susah je. Tapi Puan dah bagi, saya tak boleh tolak. Meh sini," ditarik lembut plastik yang diberi Aryssa itu. Laju matanya mengintai isi dalam plastik tersebut.

"Ribena?"

Tersengih Aryssa.

"Puan, umur saya dah 25. Tak main lah ribena ribena ni," muncung mulut Ilman sambil membelek lagi isi plastik itu.

"Ewah, merungut pulak. Minum je lah. Tu ada air mineral, roti, sandwich, hot dog. Ribena tu juga dia nak condemn," bebel Aryssa.

"Heheh, sorry Puan. Thank you tau!"

"Jom, nak masuk office dah," ajak Aryssa.

"Jom, Puan jalan dulu, saya follow belakang macam biasa. Abaikan je saya." Tergelak Aryssa lalu menuju ke arah keretanya.

Belum sempat Aryssa membuka pintu kereta, lengannya ditarik kuat oleh seseorang.

"Ryss!" Tersenyum sinis Raja Emir memandang Aryssa atas bawah.

"Emir. Lepaskan aku. Kau tak serik ke kena penumbuk aku hari tu?" marah Aryssa. Cuba meloloskan lengan dari cengkaman Raja Emir.

"Aku rindu kau Ryss. Aku whatsapp kau, kau block aku kan? Sampai hati kau Ryss. Laki kau tak ada dekat sini kan? Jom lah ikut aku. Aku ajak baik-baik ni."

"Kau gila ke Mir? Move on lah Mir. Aku dah kahwin!"

"Aku tak peduli lah status kau. Janji kau ada dengan aku," balas Raja Emir.

Kuat kuku Aryssa mencengkam dan mencubit halus kulit tangan Raja Emir sekuat hati sehingga terjerit lelaki itu melepaskan lengan Aryssa.

Mencerun tajam mata Raja Emir pada Aryssa geram. Ilman yang baru sahaja masuk ke dalam kereta tersentak apabila melihat Raja Emir mahu mendekati Aryssa.

Laju kakinya melangkah keluar dari kereta dan berlari menuju ke arah Raja Emir lalu ditolak tubuh lelaki itu sehingga jatuh terjelepuk ke tanah.

"Hohoho not so fast bro. Kau pegang dia, tak teragak-agak aku belasah kau dekat sini," ugut Ilman berdiri betul-betul di hadapan Aryssa.

"Puan okay?"

"Saya okay Chad. Thanks," ucap Aryssa sambil mengelus lengannya yang perit dicengkam Raja Emir tadi.

"Aduh, siapa pulak kau ni setan..."

"Aku orang kanan Puan Aryssa. Jadi mungkin kau boleh fikir 80 kali sebelum nak buat apa-apa dekat dia. Tempuh aku dulu," tegas Ilman berbicara. Ternganga Raja Emir memandang Aryssa dan Ilman.

"Pfftt, dah ada orang kanan pulak. Sial lah!" tempelak Raja Emir. Memandang atas bawah tubuh Ilman di hadapannya ketika itu. Figura tegap berbanding dirinya.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now