Usai Aryssa solat zohor di surau pejabat, berlalu dia ke meja kerjanya yang sedikit bersepah.
"Hoi Ryss! Busy ke?" tegur Fakhri kuat.
"Mak kau gila! Ya Allah terkejut aku Fakhri," jeling Aryssa sambil mengutip telefon bimbitnya yang jatuh ke lantai. Mujur office ini berlantaikan karpet. Kalau tak, mahu berkecai skrin telefonnya.
"Amacam meeting hari ni? Okay ke?" tanya Aryssa berbasa-basi. Dilabuhkan punggung ke kerusi dan mula membuka e-mailnya.
"Work progress semua okay. Tapi– yang lain kau kena tanya Encik Mizi. Pukul 2.30 petang dia suruh kau naik atas pergi bilik dia. Dia nak jumpa," pesan Fakhri.
"Aik, kenapa?"
'Ahh berdebar lah minta-minta jumpa ni,' rungut Aryssa dalam hati.
"Eh, kenapa pula macam tu Encik Mizi? Ryss kan tak terlibat dengan projek tu? Lagipun Kak Melissa kan dah ada, kenapa Ryss kena ada juga?" bantah Aryssa.
Aryssa ni nampak lembut, soft spoken, tapi kalau ada benda tak kena, memang dia straight to the point je. Tak peduli bos tak bos.
"Tapi tu arahan Client kita Ryss. Dia nak semua yang hadir dalam meeting dua minggu lepas, kena hadir juga untuk next meeting. WAJIB," jawab Tarmizi tegas.
"And lagi satu, Client dah tukar jadual meeting kita bukan biweekly, tapi every week. Once a week," tambah Tarmizi lagi.
"Ni arahan siapa Encik Mizi?" tanya Aryssa. Bikin marah tau siapa yang pandai-pandai tukar rules meeting ni.
"Ku Adlee Raiz lah. Dia je yang ada power dekat situ," jawab Tarmizi.
Terkedu Aryssa.
'Alah, kenapa Ku Adlee kenapaaaaa!'
Lemah lututnya melangkah keluar dari bilik pejabat Tarmizi.
"Monyok je tu. Dah tahu lah pasal kau kena join meeting jugak nanti?" soal Fakhri tersengih.
"Akak dah back up Ryss, akak dah kata Ryss tak terlibat pun. Hari tu Ryss cuma gantikan akak je, tapi Tuan Ku Adlee insist jugak nak Ryss ada sekali," ujar Melissa yang baru duduk di tempatnya.
"Tapi kenapa Tuan nak Ryss ada sekali? Ada benda yang kau tak cukup update ke dekat dia pasal kerja?" soal Fakri lagi.
"Haih, entah lah Fakh," keluh Aryssa. Tangan kembali sibuk menyelak helaian dokumen di atas mejanya.
"Jangan panggil aku Fakh boleh tak?" Fakhri sedikit berang.
"Alah, nak panggil nama manja pun tak oyeh," cebik Aryssa.
Sengaja mengusik Fakhri di hadapannya itu. Siapa je suka orang panggil nama yang sekali imbas seperti bunyi carutan?
Haha!
*****
Habis sahaja kelas, bergegas Aryssa pulang ke rumah untuk mengambil 4 kotak cupcake di dalam peti ais besar rumahnya. Kemudian berpatah balik ke universiti untuk menghantar cupcake tersebut kepada pensyarahnya.
"Assalamualaikum Dr, ni 4 kotak cupcake Dr order. Kali ni, Aara belanja. Dr tak payah bayar tau!" ceria wajah Aryssa menghulur cupcake pada wanita itu.
"Ya Allah Aara, serius ke Aara belanja ni? Kalau macam tu, jom ikut saya balik rumah. Kita sambut birthday anak saya sekali," pelawa wanita itu.
"Eh, tak apa lah Dr. Segan Aara," respon Aryssa.

ANDA SEDANG MEMBACA
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
عاطفية1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...