🤍 BAB 44

7.8K 257 3
                                    

Puas Ilman mengekori Naim sepanjang hari. Maklumat tentang lelaki itu sudah berada di genggamannya. Segala keluar masuk panggilan dan mesej di dalam telefon bimbit lelaki itu juga telah disimpan baik di dalam pendrive untuk diberikan kepada Ku Adlee.

Sengaja dia mahu mengekori Naim untuk melihat lelaki itu dengan lebih dekat. Mengikut maklumat yang dia peroleh daripada panggilan masuk telefon bimbit Naim, Raja Emir ada mengajak lelaki itu ke kelab hari ini.

Terus sahaja dia mengekori langkah Naim sepanjang hari. Hari ini dia tidak perlu menjaga Aryssa kerana Ku Adlee ada bersama Puannya. Jadi, panjang lah langkah Ilman mencari tahu tentang Naim dan Raja Emir sendirian.

Ilman memakai mask di wajah bersama topi hitamnya untuk menyamar. Kelihatan Naim dan Raja Emir duduk di kaunter bar.

Ilman mengambil tempat di sebelah kerusi Raja Emir tetapi berpusing membelakangkan lelaki itu. Air coke dipesan dan mula merakam perbualan antara Raja Emir dan Naim. Mana tahu ada maklumat penting yang terakam. Bonus untuknya.

Tergeleng-geleng kepala Ilman melihat dua lelaki itu selamba meneguk air kencing setan tanpa rasa berdosa. Macam mana rasa arak tu eh? Aku minum coke segelas pun dah rasa mabuk-mabuk ayam. Angin naik sampai hidung woo!

"Bila nak mula plan?" Tanya Raja Emir sambil meneguk Whisky yang separuh gelas itu.

"Next week buah hati aku balik dari Sydney. Aku nak korek sikit-sikit info dari dia then baru kita start," jawab Naim.

"Aku nak hapuskan mamat tu sebab dia sailang Aryssa dari aku. Kau nak hapuskan mamat tu kenapa pulak?" tanya Raja Emir. Terasa kecil dunia, gadis pujaannya berkahwin dengan kawan baik kepada Naim, iaitu Ku Adlee.

Bila dicerita tentang Aryssa yang tidak menerima cintanya kepada Naim, laju sahaja sepupunya itu menawarkan khidmat untuk membantu pisahkan wanita itu dengan Ku Adlee.


"Start dia take over company bapak dia tu, aku jadi muak. Semua benda dia dapat. Aku ni dah macam bayang dia. Dari diploma, dia jadi perhatian. Pandai, handsome, kaya. Semua orang suka dia. Mana boleh hidup dekat dunia ni, semua benda kau dapat," sengih Naim sinis.

Raja Emir mencebik. Mengangguk setuju dan diteguk lagi air kencing sahabatnya si setan.

"Lagi aku bengang bila aku dah mula jatuh cinta dengan Rai, adik perempuan dia. Aku nak adik dia, tapi aku tak nak ada kaitan dengan dia. Kau faham tak?" dengus Naim.

"Biar aku hapuskan dia, senang urusan aku dengan Rai. Urusan kau dengan Aryssa pun senang," ujar Naim yakin sambil menghidupkan api ke hujung rokok di tangan. Berkepul-kepul asap dilepaskan.

Tidak sedar perbualan mereka telah dirakam oleh Ilman.

'Haih, senang betul kerja aku. Mampus lah korang kalau Tuan aku dengar ni,' getus hati Ilman.


*****


"Assalamualaikum Qurratu Fariha," lembut suara lelaki memberi salam sambil mengetuk meja Fariha perlahan. Terkebil-kebil Fariha terjaga dari lenanya.

"Awak tidur ke?" Ilman mengintai wajah Fariha yang baru tersedar itu. Dari mula Ilman sampai ke tingkat 8 itu, diperhati Fariha yang lama menunduk di meja kerja milik gadis itu.

"Err, sorry Encik Ilman! Sa... saya tak perasan Encik Ilman ada dekat sini," tergagap-gagap Fariha membalas. Tegak tubuh rampingnya berdiri menghadap Ilman.

"Awak okay ke? Mata nampak sembab," soal Ilman prihatin.

"Saya okay Encik Ilman. Mengantuk sikit sebab tidur lambat semalam," sengih Fariha. Mengecil mata Ilman. Macam lah dia tidak boleh beza mata mengantuk dengan mata sembab menangis. Tak apalah, malas dia mahu jaga tepi kain gadis itu. Hari ini pun, gadis itu memakai seluar. Tak boleh selak pun.

"Okay lah kalau macam tu. Saya nak masuk jumpa Tuan. Awak tidurlah sementara saya dekat dalam dengan Tuan," ujar Ilman.

Membahang rasa wajah Fariha. Tidak pasti lelaki di hadapannya ini betul maksudkan kata-kata tadi atau memerli dirinya.


"Duduk Chad," pelawa Ku Adlee apabila pintu pejabat ditutup oleh Fariha. Perlahan Ilman melabuhkan punggung ke sofa mewah Ku Adlee yang terletak di sudut bilik pejabat mewah itu.

"Wife aku okay?" soal Ku Adlee santai sambil bersandar di sofa menyilangkan kakinya sambil menatap Ipad di tangan.

"Okay Tuan. Dia dah selamat masuk dalam office, baru saya gerak ke sini nak jumpa Tuan," jawab Ilman.

"Kau okay? Tak ada kena smackdown dengan wife aku lagi kan?" soal Ku Adlee lagi. Sedar tak sedar, hampir sebulan Ilman bekerja dengannya.

Tersungging senyuman Ku Adlee melihat wajah cemberut Ilman.

"Tak ada Tuan. Tuan pasti ke isteri Tuan perlukan saya sebagai bodyguard?" tanya Ilman serius.

"Kenapa?

"Dengan tumbukan padu isteri Tuan tu, saya jamin tak ada lelaki boleh survive dengan dia. Saya sebagai seorang trainer taakwando pun boleh tergolek dog Tuan." Berkerut dahinya mengingat betapa pedihnya mulut ditumbuk tangan halus Aryssa.

Seminggu juga dia tidak lalu makan akibat penuh ulcer di bibir bawahnya. Luka teruk dek penangan Puan Aara Aryssa. Terlepas tawa Ku Adlee mendengar omelan Ilman.

"Aku pun tak sure sama ada wife aku memang padu, atau kau yang lemah," balas Ku Adlee.

"Amboi cakap baik sikit ya Tuan. Ha, ni saya datang nak bagi info pasal Naim dan Raja Emir. Jangan pandang saya sebelah mata Tuan!" jawab Ilman sedikit lantang. Eh, geram pula dengan Tuannya ni.

"Bagus, cepat kau buat kerja. Bak sini," Ilman menghulur pendrive ke tangan Ku Adlee. Terus sahaja dicucuk ke Ipad miliknya.

"Naim sepupu rapat pada Raja Emir. Ibu kepada Naim adik beradik dengan bapa Raja Emir. Selebihnya, Tuan boleh tengok mesej dan call list Naim. File saya rename as extra tu, saya baru dapat kelmarin. Dekat kelab malam. Dari situ Tuan boleh tahu apa motif diorang serang Puan dan Tuan sebelum ni," panjang lebar penerangan Ilman yakin.


"Shit!" kasar suara Ku Adlee memecah hening bilik pejabatnya. Lama dia menilik fail-fail yang berada di dalam pendrive itu. Banyak info yang perlu dia hadam. Sejak bila adik perempuannya Raifa berhubungan dengan Naim? Selama ini langsung dia tidak perasan.

'Oh, patutlah Naim tahu berkenaan keluarga Aryssa? Pasti adiknya yang memberitahu,' bisik hati Ku Adlee.

Buat lagi tambah kerisauannya, apa plan diorang untuk rampas Aryssa? Diurut kepalanya cuba menenangkan hati.

"Thank you Chad. You did a great job. I owe you," perlahan suara Ku Adlee yang sudah tersandar di sofa memicit kepalanya.

"No worries, Tuan. Memang tugas saya. Tentang Puan, Tuan jangan risau. Saya akan cuba protect dia. Insyaallah," janji Ilman.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now