🌼 BAB 18

9.7K 340 2
                                    

Tergopoh-gopoh Aryssa berlari anak menuju ke pintu masuk office dan berjalan ke arah meja kerjanya. Dikerling jam tangannya. 2.30 petang! Lewat setengah jam masuk dari tamat waktu lunch.

Semua gara-gara perbincangan pinang-meminang tadi lah ni!

Sebut sahaja pinang-meminang, berdebar teruk jantungnya. Apa betul ke keputusannya bersetuju menerima pinangan Kamilah untuk Ku Adlee? Keluh berat Aryssa.

Macam-macam bermain difikirannya. Hal ayahnya yang masih belum selesai. Nak kahwin, tapi ayah masih tak jumpa. Macam mana? Umi okay ke aku nak kahwin? Betul ke Ku Adlee ada hati dengan aku?

Yang tu lagi sorang. Dari sekolah sehingga sekarang, tidak pernah pun dia bercerita tentang perasaannya terhadap diri Aryssa.

Aryssa? Dari sekolah lagi sudah menyimpan perasaan terhadap Ku Adlee. Cuma dia tidak ambil pusing sangat kerana dia kenal Ku Adlee yang beku itu. Mana mungkin melayan.

Teringat perbualan mereka di dalam kereta sewaktu Ku Adlee mahu menghantar Aryssa pulang ke office.

"Kau betul ke nak kahwin dengan aku?" soal Aryssa sambil menggentel hujung tudung bawalnya yang berwana maroon itu. Nervous! Dijeling sedikit mamat sebelah yang sedang khusyuk memandu itu.

Santai dengan lengan kemeja yang sudah disinsing rapi sehingga ke bawah siku. Dengan tali leher yang sudah lama menghilang sejak lunch tadi. Rambut hadapan yang sedikit terjatuh ke dahi, jambang nipis kemas diwajahnya.

'Ahh, handsomenya!' Tertelan air liur Aryssa.

Laju bibir istighfar dan membuang pandang ke luar tingkap.

'Gatal kau Aryssa!' Marah dirinya sendiri.

"Yes, I'm deadly serious," jawab Ku Adlee.

"Why?" tanya Aryssa perlahan.

Dipandang wajah Aryssa sekilas sebelum menjawab.

"Aku tak pernah terbayang nak bernikah dengan perempuan lain selain kau."

Gulp!

Kejap, kenapa pipi ni rasa panas? Aryssa memegang pipinya yang terasa berbahang itu. Tidak sangka jawapan itu yang Ku Adlee berikan. Tergelak kecil Ku Adlee melihat wajah Aryssa.

"Are you blushing Aara?" tanya Ku Adlee sengaja mengusik.

"No!" bidas Aryssa.

"Kau suka aku tak? Ke kau takut dengan aku?" soal Ku Adlee bersahaja. Aryssa mengangguk.

"Angguk tu untuk which one? Suka or takut?"

"Both."

Tersengih Ku Adlee. Comel betul lah awek sebelah ni.

"Kenapa takut dengan aku?"

"Tak tahu lah. Kau nampak garang," ringkas jawapan Aryssa. Tergelak besar Ku Adlee mendengar jawapan yang tidak disangka itu.

"Patutlah susah betul kau nak bercakap dengan aku dulu. Pandang pun macam takut-takut. Aku pun confuse, Haifa kata kau suka dekat aku, tapi tak nampak macam suka aku pun."

Membulat mata Aryssa terkejut.

"Haifa kata aku suka dekat kau? Dia cakap dekat kau?" Aryssa menutup mulutnya yang sudah terlopong itu. Ku Adlee mengangguk dan tersenyum ke arahnya sebelum kembali memandang ke arah jalan raya di hadapan.

"Kambing betul kau Haifa. Siap kau nanti," ugut Aryssa perlahan.

"Kau nak tau satu cerita tak? Asal usul fitnah Haifa pasal aku suka kau dulu tu. Sebenarnya, Haifa boring. Dia ajak aku usyar budak-budak lelaki kelas kita. Dia kata handsome juga Luqman. Pandai pulak tu. Dia nak cop Luqman tu jadi sumber inspirasi dia. Buat semangat belajar katanya."

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang