💍 BAB 29

9.1K 287 0
                                    

Perlahan mata Aryssa dibuka.

'Argh, beratnya rasa badan ni. Pukul berapa dah?'

Puas Aryssa cuba mencapai telefon bimbitnya di meja sebelah katil. Aduh, apa yang berat ni. Tangan meraba ke pinggang dan terasa tangan kekar seseorang memeluk pinggangnya erat.

Terbuntang mata Aryssa. Baru sedar sepenuhnya ketika terasa hembusan halus nafas Ku Adlee rapat di leher. Separuh badannya ditimpa Ku Adlee yang tenang tidur tidak berkutik sambil memeluk pinggangnya.

Erk!

Laju jantung Aryssa apabila melihat posisi mereka ketika itu. Entah masa bila Ku Adlee hanya berboxer sahaja. Rasanya malam tadi sebelum tidur, lelaki itu masih bert-shirt hitam dan berkain pelikat.

Mujur Aryssa masih complete berbaju tidur berlengan pendek dan berseluar panjang. Entah apa yang dimalukan Aryssa. Sedangkan mereka sudah bergelar suami isteri. Tetapi mengenangkan dahulu mereka seperti orang asing ketika di sekolah, buat Aryssa berasa tidak percaya. Sangat berbeza keletah Ku Adlee yang dahulu dengan sekarang.


"Ad..." perlahan Aryssa menepuk bahu Ku Adlee yang terdedah itu.

"Ooo Ad... bangun..."

"Hmm..." jawab Ku Adlee dengan suara seraknya. Kedengaran seksi di telinga Aryssa.

"Ad... bangun. Aara nak bangun ni tapi Ad berat," Aryssa cuba untuk bangun tapi tidak mampu. Ku Adlee mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Aryssa seperti tidak mahu melepaskan.

"Awal lagi sayang..."

"Tapi Aara nak bangun, tepi sikit boleh?"

"Tak boleh. Stay for another 10 minutes please," pujuk Ku Adlee masih tidak membuka mata.

"I love your smell. Therapeutic," ujar Ku Adlee perlahan. Aryssa hanya diam. Tak semena-mena tangan lembutnya menepuk-nepuk bahu Ku Adlee. Seperti menidurkan bayi kecil. Bezanya, bayi yang ni besar, gatal, dan seksi. Eh!

Terasa senyuman Ku Adlee di leher Aryssa.

"Kau buat aku lagi nak tidur Aara," tegur Ku Adlee.

"Oh, sorry. Habis tu, Aara tak tahu nak buat apa. Aara nak kencing ni. Dah 10 minit belum?"

Terangkat kepala Ku Adlee merenung wajah polos Aryssa.

"Lah, kenapa tak cakap sayang. Sorry sorry. Pergilah." Dikucup lembut dagu Aryssa yang sudah tersengih malu itu.

Tergesa-gesa Aryssa ke bilik air. Alang-alang mandi sekali tunggu subuh.


*****


Seawal pagi Pak Nik selaku driver baharu kepada keluarga Ku Adlee telah bersedia di tepi kereta Range Rover putih milik Ku Adlee untuk membawa pengantin baru ke hotel di mana majlis resepsi mereka akan diadakan.

Kamilah pula memandu sendiri membawa si kembar Raina dan Raisa. Puas Kamilah memujuk Raifa untuk turut serta ke majlis. Tetapi Raifa tetap berkeras tidak mahu. Dapat juga sedas dua cubitan berbisa milik Kamilah di lengan Raifa akibat kegeraman melampau.

Kelihatan anggun Aara Aryssa di samping jejaka bertubuh sasa di sebelahnya berjalan dari pelamin ke arah tetamu. Gaun putih kembang di tubuh Aryssa membuatkan diri gadis itu begitu menyerlah di sebelah suaminya Ku Adlee Raiz yang segak dengan busana coat tuxedo berwarna hitam.

"Ryss! Tahniah! Tak sangka dah jadi bini orang dah kau. Bini Tuan Ku Adlee pulak tu," usik Wanaa sambil mencuit-cuit pinggang Aryssa.

"Thank you Wanaa datang! Thank you Encik Mizi, Fakhri, Kak Melissa datang majlis kitorang," sengih Aryssa.

"Tuan jaga Ryss elok-elok ya lepas ni," pesan Wanaa.

"Mesti lah, bini kesayangan ni." Ku Adlee mencubit kedua-dua pipi Aryssa kegeraman.

"Ad, sakitlah," jeling Aryssa. Aduh dia ni. Tak behave langsung!

Sibuk Ku Adlee dan Aryssa melayan tetamu VVIP dari kenalan Ku Adlee dan Kamilah. Sedang Ku Adlee khusyuk bersembang, Aryssa pamit untuk ke tandas.


Terasa melecet belakang tumitnya. 27 tahun hidup Aryssa, baru ini lah kali pertama dirinya memakai kasut tinggi. Selalunya dia akan memakai flat shoes atau sneakers sahaja. Walaupun berbaju kurung, sneakers juga yang menjadi pilihan.

Terencot-encot Aryssa menuju ke tandas di belakang dewan mewah itu.

"Argh, pedihnya," berdesis Aryssa.

Ditarik tisu tandas, dilipatkan menjadi kecil lalu menampal di belakang tumitnya bagi mengurangkan rasa pedih. Setelah memeriksa dirinya di cermin, Aryssa keluar dari tandas.

"Aaah!" terjerit kecil Aryssa terkejut dengan kehadiran seorang lelaki betul-betul bersandar di tepi pintu tandas.

Lelaki tersebut tersenyum sinis sebelum tangan yang berada di dalam kocek jaket hitamnya mahu mengeluarkan sesuatu.

"Ryss!" kedengaran suara Eleanor di lorong tandas mencari dirinya. Kelam kabut lelaki tersebut melarikan diri dan terus lesap.

"Ryss! Kau ni pergi toilet kenapa tak ajak aku? Siapa lelaki tadi tu? Apasal dia ada dekat toilet perempuan?" Bertubi-tubi Eleanor menyoal.

"A– aku tak tahu. Tak kenal... aku keluar dari toilet terus nampak dia dekat tepi. Lepas tu dengar suara kau."

"Hish, entah siapa-siapa lah tu. Buatnya ada niat jahat macam mana?" bebel Eleanor.

"Err, aku rasa dia nak verak tapi syembelit kut Lea," Aryssa sengaja cuba larikan topik dengan membuat lawak tidak kelakar sambil menarik lengan Eleanor untuk masuk ke dalam dewan semula.

Aryssa cuba mengawal riak wajahnya yang jelas terkejut melihat gerangan lelaki tadi.

"Syembelit pulak dah. Lain kali kau cakap dekat dia, cuba abang verak cangkung, nanti senang sikit keluar yang syembelit tu," balas Eleanor selamba.

"Mana boleh cangkung Lea. Tu kan tandas duduk."

"Boleh je. Kita yang buat dia..."

"Kau jangan bukan-bukan ek. Buatnya terpecah mangkuk jamban waktu cangkung tu nanti, mampus. Bahaya babe," bebel Aryssa.

"Aku melawak lah Ryss!"

"Ahh, tak ada tak ada, kau pernah verak cangkung dekat mangkuk jamban duduk kan? Kau jangan eh Lea. Nanti keluar berita bontot kau terbelah dua kena mangkuk jamban pecah, serius aku tak mengaku kawan," ugut Aryssa.

Terbahak-bahak Eleanor mendengar ugutan Aryssa. Aduh, memang selalu pun verak cangkung dekat jamban duduk. Baik tak payah mengaku. Karang sampai malam kena leter dengan Aryssa.

"Kau okay tak ni Ryss?" tanya Eleanor prihatin. Pelik melihat Aryssa berjalan perlahan, kadang-kadang nampak sedikit terencot.

"Okay je, cuma belakang tumit ni melecet teruk dah. Tapi aku dah tampal tisu tadi, kurang sikit pedih," jawab Aryssa sambil tersenyum dan menegur tetamu yang sudah mahu pulang. Syukur majlis hampir ke pengujungnya.

"Aara, sorry lama aku layan kawan-kawan arwah babah yang datang tadi. Kau okay tak? Sorry tinggal kau lama sangat," Ku Adlee memaut bahu Aryssa lembut.

"Aara okay lah. Tak apa," jawab Aryssa. Matanya memandang pada keluarga Ku Adlee dan keluarganya yang sudah mula tenang melayan tetamu yang semakin berkurang.

"Ryss tak okay tu Adlee. Belakang tumit dia dah melecet tu," laju Eleanor mengadu.

"Eh, okay je ni Ad," Aryssa menjeling Eleanor yang sudah melarikan diri ke arah keluarganya.

"Lah, iya ke. Meh aku tengok." Ku Adlee tunduk melutut dan membuka kasut Aryssa.

"Berdarah ni Aara sayang!" Ku Adlee mendongak memandang wajah Aryssa yang terkulat-kulat itu.

"Jom naik bilik."

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now