Kedengaran ngauman enjin kereta Ku Adlee memasuki garaj rumah agamnya. Terhenti langkahnya di pintu masuk apabila melihat Kamilah berdiri berpeluk tubuh menyambutnya di pintu.
"Assalamualaikum. Kenapa mama tercongok dekat pintu ni?" tanya Ku Adlee sambil meraih tangan mamanya untuk disalam.
"Lee penat tak sayang? Mama ada nak bincang something ni."
"Tak penat sangat ma. Okay je ni. Bincang apa tu ma?" soal Ku Adlee. Tangannya ditarik lembut mengikut langkah Kamilah ke arah sofa ruang tamu.
"Twins ada cerita dekat mama, weekend haritu Lee ada bertumbuk dengan orang. Explain please," arah Kamilah.
Hakikatnya Kamilah sudah tahu keseluruhan cerita dari Raina dan Raisa. Geram juga dia, tidak pasal-pasal Aryssa tahu akan niatnya untuk menjadikan gadis itu menantu.
Terhenti tangan Ku Adlee yang sedang melonggarkan tali lehernya.
"Tak ada apa ma. Lee geram jantan tu berkasar dengan Aara. Mendapat la penumbuk Lee bagi. Ikutkan nak bagi lagi sepenumbuk, tapi nampak macam lembik je mamat tu, Lee stoplah," selamba Ku Adlee menjawab.
"Mama setuju dengan penumbuk tu. Kalau mama pun, mama geram. Tapi tolong jangan buat lagi ya Lee. Benda boleh bincang. Bukan apa, mama risau orang berdendam dengan Lee. Tapi lagi risau kalau dia berdendam dengan Aara. Kita ni tak tahu apa yang ada dalam kepala dia," nasihat Kamilah lembut.
"Haih, bila macam ni, lagi membuak-buak rasa hati mama ni nak pergi pinang Aara tu terus untuk Lee. Boleh Lee jagakan dia, tengokkan dia, sayangkan dia."
Ayat akhir tu sengaja Kamilah mahu memancing Ku Adlee. Lambat betul anaknya itu mahu bertindak. Mata ibunya ini tidak pernah salah menilai apa yang tersirat di hati anak-anaknya.
Ku Adlee meraup wajahnya dan berfikir. Kemudian, teringat dia akan sesuatu.
"Haritu, Aara ada cerita pasal ayah dia lama hilangkan diri. Lepastu mama kata, mama kenal ayah dia. Mama masih contact ke dengan ayah Aara?" soal Ku Adlee ingin tahu.
Lama Kamilah diam sebelum memanggil Yanti.
"Ya, Datin?" pantas Yanti yang sedang sibuk di dapur berlari anak ke ruang tamu menuju ke arah Kamilah.
"Yanti, tolong panggilkan Pak Yan. Dia tak balik lagi kan?"
"Rasanya belum lagi Datin. Tadi saya nampak Pak Yan mengemas stor di belakang. Sekejap saya panggilkan."
Pelik Ku Adlee apabila ibunya mencari Pak Yan.
Tidak lama, muncul Pak Yan di hadapan Kamilah dan Ku Adlee.
"Ya, Datin. Ada apa panggil saya?" tanya Pak Yan menunduk.
"Tak payah datin-datin Yan. Come join us here," pelawa Kamilah. Perlahan Pak Yan duduk di sofa bertentangan Kamilah dan Ku Adlee.
"Yan, aku rasa this is the time. Adlee patut tahu siapa kau pada Aara Aryssa." ujar Kamilah.
Berkerut dahi Ku Adlee. Apa ni? Siapa Pak Yan pada Aara Aryssa?
Lama Pak Yan diam sebelum memulakan bicara.
"Ku Adlee ingat lagi kan, kenapa Pak Yan ada dekat sini? Pak Yan nak tebus segala salah anak sulung Pak Yan pada keluarga kawan baik Pak Yan, arwah babah Ku Adlee. Anak sulung Pak Yan, Ariq Aiman pernah berhutang dengan arwah atas alasan bisnes tanpa pengetahuan Pak Yan. Rupanya dia mengedar dadah. Arwah syak Ariq buat something illegal with that money. Arwah ajak Pak Yan pergi tengok sendiri aktiviti Ariq since Pak Yan lebih familiar dengan kes-kes dadah waktu masih bergelar Inspektor waktu tu. Senang in case jadi apa-apa, boleh terus contact team Pak Yan untuk kantoikan aktiviti tu," panjang lebar Pak Yan membuka kisah hitam mereka itu.
Ditarik nafas dalam sebelum menyambung cerita.
"Lepas tu dia tembak arwah bila aktiviti dia terbongkar..." terasa suaranya tersekat di kerongkong. Tidak dapat meneruskan cerita.
"Jadi pendekkan cerita, Pak Yan dekat sini nak tebus hutang duit dan nyawa dekat keluarga arwah, sahabat Pak Yan. Paling utama sekali, atas permintaan arwah babah Ku Adlee. Kami pernah berjanji kalau ada apa-apa berlaku dekat arwah, Pak Yan akan jagakan keluarga arwah. Begitu juga sebaliknya. Ku Adlee tahu kan cerita ni?" tanya Pak Yan lembut.
"Ya, Lee tahu Pak Yan. Tapi apa kaitan dengan Aara? Pak Yan kenal Aara Aryssa?"
"Aara Aryssa satu-satunya anak perempuan kesayangan Pak Yan. Adik kepada pembunuh arwah babah Ku Adlee," mengendur suara Pak Yan apabila menyebut perkataan pembunuh itu. Berat rasa di dada mengenangkan anaknya Ariq.
Bagai tertampar rasa Ku Adlee mendengar pengakuan Pak Yan.
"Pak Yan ayah Aara?" tanya Ku Adlee lagi.
Lama dia mendiamkan diri selepas itu. Cuba mencerna pengakuan dari Pak Yan di hadapannya ketika itu. Atau lebih tepat lagi, Inspektor Arian.
"Mama tahu kan Aara cari ayah dia selama ni?" soal Ku Adlee.
"Mama tahu, tapi atas permintaan Pak Yan, mama terpaksa rahsiakan dari Aara. Mama dekat, mama rapat dengan Aara sejak Aara masuk kuliah mama. Mama perasan nama ayah dia sama dengan Pak Yan. Arian. Mama tahu Pak Yan ada seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki selain dari Ariq. Mama terus tanya Pak Yan, siapa nama anak perempuan Pak Yan. Turned out, it's Aara Aryssa." jelas Kamilah sambil mengenggam jemari kasar anak lelakinya itu.
"Why Pak Yan? Lee ingatkan lepas Pak Yan habis kerja hari-hari, Pak Yan akan balik ke rumah family Pak Yan. Kenapa Pak Yan tinggalkan keluarga Pak Yan?" soal Ku Adlee.
Tegang wajahnya ketika itu.
"Pak Yan tak boleh lupa betapa hancurnya hati Raifa waktu tahu arwah Ku Rafiee meninggal disebabkan anak Pak Yan. Raifa minta Pak Yan tebus kesalahan anak Pak Yan. Dia nak anak-anak Pak Yan rasa macam yang dia rasa."
"Rasa apa Pak Yan?" soal Ku Adlee tidak sabar.
"Rasa hilang ayah."
Terdiam Ku Adlee sambil meraup wajahnya kesal.
"Pak Yan betul-betul rasa bersalah lepas tu. Pak Yan tak boleh nak balik pada keluarga Pak Yan. Sumpah Pak Yan serba salah, semua disebabkan anak Pak Yan. Pak Yan tak cukup baik mendidik anak Pak Yan macam arwah Ku Rafiee," jelas Arian.
"Ya Allah, Pak Yan. Pak Yan dengar cakap Raifa yang tak matang tu? Ni semua qada' dan qadar Pak Yan! Kalau tak disebabkan anak Pak Yan pun, dah tertulis ajal arwah babah sampai situ je. Kenapa Pak Yan ambil serius dengan apa yang Raifa mintak? Raifa tak matang lagi Pak Yan. Budak sekolah lagi waktu tu!" jelas kecewa riak wajah Ku Adlee. Seperti tidak percaya yang Raifa sanggup mengugut Pak Yan sebelum ini.
"Mama Ku Adlee ada cerita dekat Pak Yan yang Ku Adlee ada hati pada anak dara Pak Yan. Tapi Pak Yan tak yakin Ku Adlee boleh terima Aara kalau tahu Aara dari dalam keluarga pembunuh babah Ku Adlee," jelas Arian perlahan.
"Ya Allah Pak Yan, Lee tak pernah marahkan Pak Yan selama ni kan? Lee terima Pak Yan nak kerja dekat mansion ni, nak tebus segala rasa serba salah Pak Yan. Kalau Pak Yan tak buat semua tu pun, Lee tak pernah simpan dendam dekat keluarga Pak Yan. Apatah lagi pada Aara... dia tak tahu apa-apa Pak Yan."
"Mama dah bagi tahu Pak Yan macam tu Lee, tapi dia degil. Geram mama," Kamilah menyampuk dan menjeling ke arah Arian yang sudah terkulat-kulat di sofa bertentangan dengannya.
Perlahan Ku Adlee bangun dan melutut di hadapan Pak Yan sambil mengeggam tangan kekar Pak Yan.
"Pak Yan, izinkan Lee sunting satu-satunya anak perempuan Pak Yan untuk Lee jadikan isteri?"
Terdiam Pak Yan sebelum air matanya berjujuran jatuh ke pipi apabila melihat keikhlasan anak lelaki kawan baiknya itu.
"Pak Yan izinkan. Ku Adlee lebih layak jaga dan sayangkan anak dara Pak Yan yang satu tu. Pak Yan sendiri tak pandai jaga dia. Pak Yan yakin Ku Adlee boleh jaga Aara lebih baik dari Pak Yan," balas Arian membalas genggaman tangan anak muda itu.
Lega hati Ku Adlee lantas memeluk Pak Yan di hadapannya.
"Lee janji, Lee akan jaga dan sayang Aara selayaknya dia. Insyaallah," janji Ku Adlee.
![](https://img.wattpad.com/cover/355915429-288-k642272.jpg)
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...