"Nak yikot bubuuuuu!" jerit Adra lantang diselangi tangis nyaringnya di ruang dapur kondo mewah milik Ku Adlee dan Aryssa.
Puas Aryssa memulakan sesi rasuah air coklat pada anak perempuannya itu tetapi tidak jalan. Bagai sudah faham si kecil itu apabila melihat bagasi mereh jambu milik Aryssa yang terletak di tepi pintu rumah mereka.
"Adra baby, ibu work. Adra duduk dengan tok mama ya? Adam pun ada. Baba pun ada..." pujuk Aryssa sambil mengikat rambut lebat Adra yang sudah mula serabut dek tangan kecilnya yang suka menarik getah rambut di kepala.
"Adra baby, meh dekat baba. Ibu kena work. Lusa ibu balik kita pergi jalan-jalan okay?" Ku Adlee cuba memujuk dengan menabur janji manis.
Tergeleng-geleng kepala Ku Adra Aleesa tidak mahu. Semakin erat dia memeluk kaki Aryssa tidak mahu lepas.
"Macam mana ni abang? Aara dah lambat. Nanti tertinggal flight..." rengek Aryssa pada Ku Adlee. Tergaru-garu kepala Ku Adlee melihat rajuk anak perempuannya itu.
"Adua nak yikot bubu?" soal Adam pada Adra. Laju kepala Adra mengangguk.
"Adam tak nak yikot. Jom yikot baba nak?"
"Adam tak yikot bubu?" Mencebik-cebik Adra bertanya.
"Adam nak mayen nengan Cik Yina Cik Icha lekat humah tok ama," jawab Ku Adam Arjuna dengan pelatnya.
"Dekat Adam. Bukan lekat. De– kat," Ku Adlee membetulkan.
"Ooo... le– kat," jawab Adam sambil mengangguk. Yakin dengan sebutannya.
"Hmm, apa-apalah Adam. Jom kita pergi humah tok ama Adam tu. Kita tinggalkan Adra." Ku Adlee menarik tangan kecil Adam berura-ura mahu keluar dari rumah meninggalkan Adra bersama Aryssa.
"Baba–" mencebik Adra melihat abang dan babanya sudah berjalan menuju ke pintu rumah untuk keluar.
"Ha, Adra nak ikut ibu ke baba? Kalau ikut ibu, Adam tak ada, baba tak ada, tok mama tak ada. Ada ibu je. Nanti Adra bosan." Aryssa menunduk sambil cuba memujuk Adra.
"Adua nak yikot baba lah!" Berlari-lari tubuh kecil itu menuju ke arah Ku Adlee di pintu rumah.
'Fuh, lega. Setengah jam nak memujuk oi! Perangai sebiji aku!' Getus Aryssa dalam hati.
"Betul ke tak nak abang hantar ke airport baby?" soal Ku Adlee.
"Betul abang. Tak apa, nanti dah hantar Aara, abang nak hantar anak-anak lagi dekat rumah mama. Lepas tu nak pergi kerja lagi... kan dah susah tu. Lagi pun Wanaa yang offer nak jemput Aara dekat rumah ni. Pergi sekali je dengan dia senang," balas Aryssa.
"Okay baby. Dah nak take off, bagitahu abang. Dah sampai sana pun bagitahu abang," pesan Ku Adlee sambil melepaskan tangan kedua anaknya untuk memeluk Aryssa. Dicium dahi, hidung dan bibir Aryssa sekilas.
"Kenapa Aara bau abang ni?" Puas Ku Adlee mencium bahu, kepala dan leher Aryssa yang ditutupi tudung itu sambil berkerut dahinya.
"Aara pakai perfume abang," jawab Aryssa selamba.
"Why?"
"Nanti Aara rindu abang. Aara pakailah perfume abang ni buat hilang rindu." Tersenyum lebar Ku Adlee dengan jawapan Aryssa.
"Habis abang punya rindu dekat Aara ni macam mana? Abang nak bau Aara jugak."
"Abang tak akan sempat rindu Aara sebab sibuk uruskan dua budak ketot ni. Percayalah cakap Aara," jawab Aryssa.
Selama hampir 3 tahun , ini pertama kali dia meninggalkan Ku Adam dan Ku Adra bersama Ku Adlee. Sepanjang anaknya masih kecil, beberapa kali Aryssa menolak untuk mengikuti kursus yang perlu bermalam lebih dari sehari kerana anak-anaknya yang masih menyusu badan.
Kali ini terpaksa juga dia sertai kursus ini memandangkan tiada halangan lagi. Anak-anaknya sudah menginjak 3 tahun, sudah boleh tidur sendiri di bilik masing-masing, sudah boleh makan sendiri. Boleh lah dia tinggalkan untuk beberapa hari dengan suaminya.
"Ha! Wanaa dah sampai dekat bawah. Aara turun dulu tau abang. Love you!" Aryssa mencium tangan suaminya sebelum pipi suaminya dicium pula. Kemudia dia bertinggung pula di hadapan anak kembarnya.
"Ibu pergi work tau babies. Jangan nakal. Please dengar cakap baba. Baba kata no, then no. Baba kata yes, baru yes. Faham?"
"Okay bubu!" serentak keduanya mengangguk comel. Berebut masing-masing mahu memeluk Aryssa sebelum Aryssa berangkat pergi
"Okay guys, jom ikut baba pergi rumah tok mama."
"Yeay! Tok ama! Tok ama!" Tersengih Ku Adlee melihat si kembar berlari berpegangan tangan menuju ke lif kondo.
Sampai sahaja tiga beranak itu di mansion, riuh suara si kembar bergabung dengan suara si kembar Raina dan Raisa.
"Hei twinnies! Rindunya dekat budak-budak gendut ni!" Teruja Raina bertinggung dan mendepakan tangan meminta kedua anak buahnya itu datang memeluknya.
"Cik Yina, Cik Icha!" Pantas kaki Adam dan Adra meluru ke arah mereka. Dipeluk dan dicium pipi Raina dan Raisa.
"Alala, cium pipi Adam sikit! Muah! Cium pipi Adra sikit! Muah!" Puas Raina dan Raisa menggomol si kembar tidak mempedulikan Ku Adlee yang sedang berpeluk tubuh di tepi tangga melihat jejak kasih antara anak-anaknya dengan Raina dan Raisa.
"Mama mana?" soal Ku Adlee.
"Mama ada meeting dengan pensyarah-pensyarah sekejap. Kejap lagi balik lah tu," jawab Raisa masih sibuk menggomol Adam yang berada diribanya.
"Ina dengan Icha tengah cuti sem kan? Boleh tak 3 hari ni tolong tengokkan Adam dengan Adra waktu abang kerja? Abang tidur sini 3 hari ni sebab Kak Aara tak ada. Pengasuh diorang ni pun cuti seminggu," ujar Ku Adlee.
"Ish, tinggal seminggu pun tak apa lah Abang Lee," jawab Raina.
"Eleh, hari tu minta jagakan sehari je pun dah nak pengsan layankan diorang. Inikan pulak seminggu," juih bibir Ku Adlee.
Teringat dia bulan lepas. Dia mahu membawa Aryssa menonton wayang dan membawa isterinya shopping. Sengaja ditinggalkan si kembar mereka pada Raina dan Raisa. Bila tiba waktu mereka ingin menjemput anak-anak mereka di mansion, melepek si Raina dan Raisa mengadu akan kebuasan dua beradik itu. Belum lagi letih melayan bebelan alien mereka. Boleh berdarah telinga oi!
"Guys, baba pergi work dulu. Tinggal dengan Cik Ina Cik Icha baik-baik okay? Jangan nakal sangat."
"Okay baba! Labyu baba, careful baba!" lantang suara Adra di pelukan Raina sambil membuat simbol love di tangan dan ditunjukkan pada Ku Adlee.
Adam pula seperti biasa, hanya akan mencium tangan Ku Adlee dan melambai sahaja. Perangai sebiji Ku Adlee sewaktu kanak-kanak. Lebih suka diam dari bercakap. Bercakap bila perlu sahaja. Tidak seperti Adra yang agresif dan gangster seperti ibunya.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...