Aryssa mencium tangan suaminya lama. Rutin apabila selesai solat berjemaah bersama.
"Abang doakan Aara boleh jawab exam sekejap lagi tau."
"Of course baby. Aara dari dulu bijak, rajin." Ku Adlee mengucup dahi Aryssa lalu menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. Diusap-usap belakang isterinya yang masih bertelekung itu.
"Tapi abang lagi pandai," balas Aryssa.
"Memang lah. Yang tu abang tak dapat nafikan. Siapa dulu tolong Aara jawab soalan Add Math dekat depan kelas?" Terkebil-kebil mata Aryssa mengingat kembali.
"Ha'ah lah... lupa," tersengih Aryssa.
"Abang, dulu kenapa baju kita asyik sama color ek waktu prep? Abang tiru color baju Aara ek?" tanya Aryssa. Mengecil mata Aryssa memandang suaminya.
"Ha'ah abang tiru. Kalau abang nampak Aara pakai baju warna lain dari abang, abang naik dorm balik, pinjam baju sesiapa yang ada warna sama dengan Aara," tergelak kecil Ku Adlee mengenangkan perangai budak-budak dahulu.
"Eee, kenapa?!"
"Entah, saja suka-suka..." jawab Ku Adlee mendatar.
"Benda macam tu buat Aara selalu rasa keliru dengan abang tau. Aara selalu nampak abang pandang Aara. Tapi Aara fikir Aara kot yang perasan," senyum Aryssa membalas.
"We try to hide our feelings, but we forgot that our eyes speak," ujar Ku Adlee sambil tersenyum merenung wajah cantik isterinya.
"Sebab tu ke abang berani cuba nak masuk meminang Aara?" tanya Aryssa. Ku Adlee mengangguk.
"Abang yakin kita berdua share perasaan yang sama. Abang nak, kita kahwin supaya kita sama-sama boleh grow our love together in a right way," jawab Ku Adlee. Aryssa tersenyum membalas renungan suaminya.
"Start abang perhati Aara dalam kelas, perasaan tu muncul perlahan-lahan. Rasa nak memiliki Aara. Tapi bukan cara abang lah nak bercinta tak ada hala tuju. We still young at that time. Abang takut abang silap langkah, abang takut abang lukakan hati Aara, abang tak pasti dengan perasaan abang. Sejauh mana perasaan abang pada Aara waktu tu? Abang pun tak pasti. Abang ambil keputusan untuk fokus dengan SPM, cuba tak bagi harapan pada Aara. Abang cuma harap, kalau betul kita jodoh, temukan lah abang dengan Aara di waktu yang sesuai," luah Ku Adlee panjang lebar.
Berdebar-debar rasa jantung Aryssa ketika itu merenung mata hitam suaminya.
"Aara..." lembut panggilan Ku Adlee. Diusap kedua pipi Aryssa yang sudah kemerahan.
"Ya abang..."
"Abang sayang Aara." Dahi Aryssa dicium.
"Abang tak boleh hidup tanpa Aara," Hidung kecil Aryssa pula dicium.
"I love you so much Aara baby..." bibir Aryssa dikucup lembut oleh Ku Adlee. Lama.
Apabila tersedar, laju tangan Aryssa menekup wajah dan menyorok di dada Ku Adlee. Malu!
Terlepas tawa Ku Adlee melihat wajah kemerahan isterinya itu.
"Aara exam pukul berapa?" soal Ku Adlee sambil membukakan telekung Aryssa lalu bangun dan melipat sejadah untuk disimpan.
"Pukul 8.30. Tapi kereta Aara dekat rumah umi. Macam mana ek nak pergi U?" soal Aryssa polos.
"Aik, abang lah hantar. Aara ni dah kenapa? Lupa ke dah kahwin dah ada laki?" berkerut dahi Ku Adlee.
"Tak apa ke abang? Hari ni abang cuti patutnya rehat-rehat dekat rumah. Tapi kena hantar Aara pulak."
"Tak luak pun tenaga abang hantarkan Aara. Nanti abang tunggu Aara dekat sana sampai habis exam. Lepas tu kita pergi makan luar. Nak?"
"Makan luar? Makan sushi boleh?" bersinar-sinar mata Aryssa mengharap.
"Boleh... sebut makan luar kemain laju kau ek baby," jeling Ku Adlee sambil menyekeh kepala Aryssa perlahan.
*****
Berpusu pelajar keluar dari dewan peperiksaan. Kelihatan Aryssa dan Eleanor berpimpin tangan menuju ke arah parkir lot universiti sebelum seseorang menahan mereka di tengah jalan.
"Kak Ryss, Kak Lea," tegur seorang remaja perempuan bertudung bawal di hadapan mereka.
"Eh, Mira buat apa dekat sini?" sapa Eleanor terkejut.
"Mira cari Abang Emir. Nak tanya dekat Kak Lea dengan Kak Ryss, Abang Emir ada ambil exam tak hari ni?" soal Raja Emira, adik kepada Raja Emir.
"Emm, tak ada Mira. Dah lama kitorang tak nampak dia masuk kelas sebelum ni. Dalam dewan exam pun dia tak ada," jawab Eleanor.
Aryssa membiarkan sahaja Eleanor menjawab. Dengar nama lelaki itu pun sudah buat dia geram. Masih ingat lagi dia wajah Ku Adlee lebam dek ditumbuk Raja Emir. Mujur hari ini wajah suaminya sudah pulih. Sisa lebam yang masih berbaki Aryssa sudah calitkan dengan concealernya, kurang sikit kelihatan.
"Iya ke... puas mama dengan papa cari dia. Dah seminggu dia tak balik rumah. Papa marah sangat sekarang ni. Dia ada kata nak drop degree ni. Tapi papa marah sebab dah nak habis dah pun kan?" balas Raja Emira kerisauan.
"Betul lah tu. Emir tak ada cakap ke kenapa dia nak drop?" soal Aryssa.
"Tak ada. Dia macam hilang fokus sejak kebelakangan ni. Mira nak balik rumah ni pun takut sebab papa asyik suruh Mira cari abang Emir. Hish... menyusahkan betul lah dia ni," rungut Raja Emira.
"Sorry tak dapat tolong Mira. Kitorang pun dah lama tak berhubungan dengan dia."
"Hmm, it's okay Kak Lea, Kak Ryss. Mira gerak dulu lah macam tu. Thanks..." ucap Raja Emira sopan sebelum melangkah pergi ke keretanya.
"Apa lah Emir buat sekarang ni ek? Tak kan lah sebab tahu kau dah kahwin, frust menonggeng sampai macam tu sekali?" bebel Eleanor.
Aryssa hanya menjungkitkan bahunya malas mahu komen panjang. Dia pun malas nak bercerita perihal kes di villa ketika honeymoon.
*****
"Aara order lah apa yang Aara nak makan," pesan Ku Adlee tersenyum.
"Okay! Abang makan apa?"
"Tenpura udon. Yang lain, abang makan je apa Aara pilih." Terangguk-angguk Aryssa memilih pelbagai jenis sushi. Rambang mata betul. Waktu bujang dulu, nak makan pun berkira-kira.
Disebabkan kali ni laki belanja, habis semua dia sapu. Tersenyum-senyum Aryssa.
Sedang mereka mula menjamu selera, Ku Adlee teringat sesuatu.
"Baby, dulu ada belajar taekwondo ke? Tak pun silat? Tak pun judo ke?" soal Ku Adlee.
Terangkat kening Aryssa.
"Tak ada. Kenapa?"
"Nampak macam Aara pandai protect diri Aara. Penumbuk dengan penerajang Aara pun boleh tahan abang tengok," tergelak kecil Ku Adlee. Teringat cerita Ikhman tentang isterinya membelasah orang di toilet sekolah. Kalau aku ungkit ni dia ingat ke tak ek?
"Ayah ajar dulu. Tapi basic punya defend je. Hebat tak Aara?" Aryssa mengenyit matanya.
"Hebat. Kenapa ayah ajar? Saja?"
"Entah, ayah kata Aara perempuan, basic pertahanan diri at least Aara kena tahu. Dia kata Aara comel, mesti ramai penculik nak culik Aara," merah muka Aryssa beritahu alasan ayahnya mengajar seni pertahankan diri.
"Hahaha, memang comel pun. Masin pulak mulut ayah, memang ada rupanya orang nak culik Aara," jeling Ku Adlee.
"Abang jangan risau. Aara boleh protect diri Aara. Insyaallah. Protect abang pun Aara boleh."
"Tak payah. Abang pun pandai lawan la. Ingat Aara sorang je?" mengecil mata Ku Adlee memandang isterinya.
"Dah tu, nanti jangan lah bagi orang tumbuk abang. Aara geram tau. Habis muka handsome abang tu."
Tergelak besar Ku Adlee melihat wajah polos Aryssa. Muka handsome ni pulak dia risaukan.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Dragoste1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...