Kelihatan anggun Aryssa mengenakan kebarung sulam berwarna merah yang telah ditempah khas oleh Kamilah untuk menantu kesayangannya ini sempena hari graduasi.
Terletak elok baju tersebut di tubuh Aryssa yang kecil. Perutnya sahaja sudah membesar. Due date Aryssa hanya tinggal seminggu sahaja lagi.
Tiap hari Aryssa berdoa minta anak di dalam perut keluar selepas hari graduasinya selesai. Alhamdulillah, so far anaknya mendengar kata. Cuma ada masa-masa perut Aryssa terasa seperti cramp. Tetapi masih boleh dikawal kesakitan itu.
"Cantiknya kau Lea, berseri-seri sejak tahu pregnant. Assalamualaikum anak buah Cik Aara, sihat ke tu?" Aryssa membongkok dan memberi salam sambil mengetuk manja perut Eleanor yang masih belum kelihatan.
"Ryss, malulah!" tepis Eleanor perlahan. Ketawa Aryssa melihat wajah Eleanor sudah memerah malu. Pantas Aryssa kembali berdiri tegak.
"Aduh! Sa-sakit," tertunduk Aryssa memegang bawah perutnya. Berkerut dahinya menahan senak.
"Eh Ryss, kau nak beranak dah ke?" Eleanor panik.
"Be- belum. Aku membongkok tadi, bangun laju sangat. Senak sikit."
"Ish kau ni, aku pulak yang cuak. Diorang ni tak ada kerusi ke bagi ibu mengandung duduk," rungut Eleanor sambil terjenguk-jenguk kepala melihat sekeliling mencari kerusi kosong.
Semua graduan perlu beratur di tepi dewan sebelum nama dipanggil mengikut giliran untuk naik ke atas pentas. Tapi satu kerusi pun tak nampak kot-kot untuk orang kurang upaya seperti kakak iparnya ini.
"Tak apa, sikit je ni. Aku okay lah," jawab Aryssa sambil cuba mengatur nafasnya. Dihembus nafas perlahan sebelum menarik nafas semula.
"Risau lah aku. Aku dah diamanahkan Adlee untuk tengok kau dekat sini. Risau betul dia takut kau terberanak."
Tersengih kambing Aryssa.
"Kau okay Lea? Tan Sri ada kacau kau lagi?" soal Aryssa apabila perutnya sudah tidak sesakit tadi. Dibetul-betulkan juntaian rambut di dahi Eleanor, dibelai lembut rambut ikal Eleanor.
"Aku okay. Han selalu ada, jadi aku tak ada rasa takut dah. Daddy pun nampak macam tak berani nak apa-apa kan Han. Han tu garang. Tak sangka daddy boleh tunduk dekat dia. Tapi kalau dia tahu Han tak ada, mula la perangai dia yang sebenar tu keluar balik," balas Eleanor mencebik.
"Dah tu, jangan lah balik mansion tu time Han tak ada. Kau pun degil. Han dah kata kalau nak balik mansion, tunggu dia. Kau kena la dengar. Dah tahu Han tu garang pergi lawan lagi cakap dia," jeling Aryssa.
"Saja, aku suka tengok dia garang-garang. Rawr!" usik Eleanor sambil membuat muka rimau.
"Eew!"
"Eh eh dah nak giliran kita. Kau naik tangga perlahan-lahan faham? Jangan jatuh pulak," bebel Eleanor.
"Iyalah! Ingat aku budak-budak ke?" jeling Aryssa.
Selesai sahaja majlis istiadat konvokesyen tamat, berpusu graduan keluar dari dewan mencari keluarga masing-masing untuk sesi bergambar.
Puas Eleanor dan Aryssa menjengul kepala disebalik ramai orang di tepi dewan.
"Aara baby!" terasa tubuh Aryssa dirangkul erat oleh seseorang dari belakang. Bau perfume pun dah tahu. Tak lain tak bukan suami kesayangannya.
"Congrats Aara baby, officially you're a degree holder!" ucap Ku Adlee sambil memusingkan tubuh Aryssa menghadapnya.
Dicium lembut dahi Aryssa sebelum memeluk isterinya itu kembali.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...