🌼 BAB 12

8.2K 331 10
                                    

Perlahan kereta hitam Ku Adlee diparkir di sebelah Axia merah milik Aryssa di hadapan blok pejabat Kamilah. Tersenyum Ku Adlee merenung wajah Aryssa yang sudah terlena di sebelah.

Patutlah senyap.

Semakin lama Aryssa ditenung, semakin hebat debaran jantung Ku Adlee.

"Ryss, hope to see you again. Remember?" bisik Ku Adlee perlahan. Teringat akan nota kecil yang ditinggalkan di helaian buku nota Aryssa dahulu.

"I think, this is a perfect time for us. I will not let you go this time Ryss," bisik Ku Adlee lagi.


Tersentak Aryssa dari tidurnya dan terus tegak tubuhnya memerhati sekeliling.

"Aaaah! Ya Allah, Ad terkejut aku," terjerit kecil Aryssa. Terkejut apabila menoleh ke sebelah kanannya. Mana taknya, dengan suasana gelap, hanya wajah orang sebelah sahaja bercahaya diterangi cahaya skrin telefon bimbit.

Tersentak Ku Adlee mendengar jeritan kecil gadis di sebelah. Terganggu sebentar urusannya membalas e-mail kerja.

"Ke... kenapa tak kejut? Berapa lama dah kita dekat sini?"

"Ada lah dalam 15 minit. Aku tak sampai hati nak kejut. Kau nampak letih," jawab Ku Adlee selamba.

"Kejut je lah Ad. Sini dah lah gelap, berdua-duaan macam ni karang kena tangkap basah. Kena kahwin dengan aku baru padan muka kau," bebel Aryssa.

"Okay lah tu. Kau pun single lagi kan? Tak kahwin lagi kan?" sengaja Ku Adlee mengorek status Aryssa.

"Kalau aku dah kahwin macam mana?" Mengecil mata Aryssa menyoal jejaka di sebelah.

"I know you single," teka Ku Adlee yakin.

Panjang keluhan Aryssa.

"Tak kisah lah dah kahwin ke belum, lain kali jangan macam tu lagi tau," pesan Aryssa sambil mengambil sling bag yang diletakkan di kaki dan terus dipakai beg itu ke tubuhnya.

"Oh, so maknanya akan ada lain kali lah kan? Kita boleh jumpa lagi kan?" soal Ku Adlee teruja.

Terkelu lidah Aryssa.

"Err, tengoklah macam mana. Ada jodoh kita jumpa lagi– Thanks Ad hantarkan. Nanti tolong kirim salam dekat mama kau ya," pesan Aryssa sebelum keluar dari kereta hitam itu dan memboloskan diri ke dalam Axia merahnya pula.


Sesampainya di rumah, Aryssa turun dari kereta dan mengunci pagar rumah. Terkedu Aryssa melihat kereta hitam milik Ku Adlee di hadapan rumahnya.

Ku Adlee menurunkan tingkap keretanya.

"Aku balik dulu Ryss. Cepat masuk dalam rumah. Kunci pintu," pesan Ku Adlee dari dalam keretanya.

"Lah! Kenapa kau ikut sampai rumah ni?"

"Aku risau kau sorang malam-malam macam ni. Tak apa, dah cepat masuk. Selagi kau tak masuk, aku tunggu dekat sini," ugut Ku Adlee.

Laju tangan Aryssa mengunci mangga di pagar rumah dan terus berlari anak ke arah pintu masuk. Ditutup dan dikunci pintu lalu Aryssa mengintai di sebalik langsir tingkap ruang tamu rumahnya untuk melihat kereta lelaki itu.

Perlahan kereta hitam berdengut itu bergerak dan berlalu dari rumahnya. Fuh, lega. Balik pun.

Aryssa mengurut dadanya. Berdetak laju jantungnya ketika ini.

"Kenapa Aara sayang? Kau nampak nervous. Ada orang ikut kau balik ke?" tegur Aihan. Laju tangannya menyelak langsir tingkap memerhati ke luar rumah. Risau juga dia malam-malam begini kakaknya pulang ke rumah seorang diri.

"Eh tak lah, aku okay je. Umi dah tidur? Umi okay tak harini?" soal Aryssa. Aryssa dan adiknya Arif Aihan memang membahasakan diri aku dan kau dari kecil kerana beza umur mereka tidak sampai setahun pun. Tahun dilahirkan sahaja yang berbeza. Cuma tetap ahli keluarga Aryssa akan memanggil Aryssa dengan nama manja. Harus ada sayang di belakang Aara. Satu-satunya anak manja perempuan keluarga itu.

"Umi okay, nampak sihat sikit dia harini. Nampak ceria. Tidur pun lena tak ada meracau. Kau masuk la bilik kau, tidur rehat. Jangan risau," ujar Aihan.

"Aku jenguk umi dulu kejap. Nanti aku masuk tidur. Thanks Han jaga kan umi hari ni."

"Umi aku jugak lah gila... kau kenapa nak thanks thanks." jeling Aihan atas bawah kakaknya.

"Iya lah, hari ni kau cuti. Kot kau nak dating ke apa, aku dah kacau line," sengaja Aryssa mengusik.

"Ahh, tak kuasa aku. Habis modal kalau ada girlfriend ni," jawab Aihan.

Mencebik Aryssa mendengar alasan adik lelakinya itu. Jual mahal betul. Ramai je cikgu-cikgu di sekolah tempat Aihan mengajar mahu berkenalan, tapi tak dilayannya.

Tahu lah handsome muka jambu, poyo melebih pulak.


*****


Kamilah perlahan menuruni tangga apabila mendengar deruman enjin kereta Ku Adlee memasuki garaj rumah.

"Dah hantar Aara?" tanya Kamilah sebaik sahaja Ku Adlee muncul di pintu rumah.

"Aara? Mama panggil Ryss tu Aara ke?" soal Ku Adlee.

"Eh, iya lah. Nama dia kan? Memang mama panggil dia Aara dari dulu. Lee panggil dia apa?" berkerut dahi Kamilah menyoal.

"Dari sekolah semua panggil dia Ryss mama," jawab Ku Adlee. Melopong mulut Kamilah terkejut.

"Lee kenal Aara dari sekolah ke?" soal Kamilah tidak percaya.

"Iya mama, dia classmate Lee sekolah dulu."

"Ya Allah, patut lah tadi korang macam dah kenal sesama sendiri. Mama ingat Lee terlopong tengok Aara sebab dia cantik tadi–" usik Kamilah.

Makin senang lah niatnya nak menjodohkan Aryssa dengan Ku Adlee.

"Memang dia cantik pun ma. Dulu waktu sekolah dia cantik dah. Tudung herot ke, comot bersukan ke, tetap cantik. Tapi sekarang, lagi bertambah comel, bertambah cantik pada mata Lee," tersengih Ku Adlee memuji-muji gadis pujaannya itu.

"Lee suka Aara? Kalau suka, nak mama masuk meminang dia tak? Mama risau lah lambat-lambat nanti ada orang lain cantas."

"Err, tak awal sangat ke ma? Dia pun entah suka Lee ke tak," jawab Ku Adlee sambil mengusap tengkuknya.

"Tu semua belakang cerita. Cinta boleh dipupuk. Umur Lee pun dah masuk 27 tahun. Elok sangat dah tu cari isteri buat teman hidup Lee."

"Lagi pun, mama kenal ayah Aara tu. Lee pun kenal. Senang nanti kita terus minta izin ayah dia," cadang Kamilah bersungguh-sungguh.

"Lee kenal ayah Ryss?" soal Ku Adlee pelik.

"Lee kenal sangat dengan ayah dia. Tapi nanti lah mama cerita siapa dia. Lee masuklah rehat ya. Mama mengantuk pulak ni," jawab Kamilah cuba mengelak untuk bercerita waktu itu. Nanti sampai waktu yang sesuai, pasti akan diceritakan juga.

Berkerut dahi Ku Adlee memerhati mamanya yang sudah menaiki tangga menuju ke bilik tidur.

'Aku kenal ayah Ryss?'

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now