🤍 BAB 52

6.8K 237 0
                                    

Kepala Aryssa dipicit-picit bagi menghilangkan rasa pening. Terasa makin panas tubuhnya. Nafas dihela perlahan. Siap juga reportnya.

'Boleh lah present sekejap dekat Encik Mizi. Lepastu minta halfday terus,' getus hati Aryssa.

"Ryss, pucat muka kau. Kau okay tak ni?" tegur Wanaa di meja kerjanya.

"Aku okay... pening kepala sikit. Aku nak hantar report site visit semalam dekat Encik Mizi sekejap. Maybe aku ambil half day hari ni."

"Kau ni Ryss, tahu tak sihat tak payah lah datang. Report tu esok-esok pun boleh bagi," bebel Wanaa. Dihulurkan minyak angin pada Aryssa.

"Eh, dahi kau asal berdarah ni? Dah kering dah pun ha," tegur Wanaa risau. Berlalu gadis itu menuju ke kabinet di sudut pejabat dan kembali bersama sekotak first aid di tangan. Cekap tangan Wanaa membersihkan darah kering di dahi Aryssa dan mula menampal plaster.

"Kau kena hujan ke semalam?" Aryssa mengangguk sedikit.

"Haih, demam lah tu. Meh aku rasa dahi," dilekap tangan ke dahi Aryssa.

"Panas ni Ryss! Call husband kau lah suruh ambil. Tak boleh drive ni. Bahaya!"

"Aku okay Wanaa. Demam je. Mata, otak semua function lagi. Jangan risau. Thanks Wanaa," ucap Aryssa sambil menunjukkan plaster di dahi. Lalu bangun dari kerusi perlahan dan berlalu menuju ke bilik Tarmizi untuk menghantar reportnya.


Selesai tugasnya, diambil telefon bimbit lalu menghubungi Ilman.

"Hello Chad, saya nak balik dah ni. Tapi saya balik kondo terus ya. Saya nak rehat."

"Awalnya Puan balik?" Dikerling jam, baru 11 pagi.

"Hmm, saya ambil cuti separuh hari. Nanti saya dah selamat masuk kondo, awak balik lah Chad," pesan Aryssa lagi.

"Puan serius okay? Suara macam tak okay je tu. Lemah je," soal Ilman prihatin.

"Saya okay chad. Saya nak rehat je. Okay?"

"Okay, baik Puan. Saya follow belakang macam biasa."

Usai menamatkan panggilan, Aryssa berkemas dan berjalan perlahan menuju ke pintu pejabat. Terasa lengannya dirangkul seseorang. Tersengih-sengih Wanaa di sebelah.

"Kau nak balik kan? Jom aku teman sampai ke kereta. Risau lah kau ni karang tumbang ke apa, apa lah nak jawab dekat Tuan Adlee," ujar Wanaa.

"Ish kau ni, aku okay lah," jawab Aryssa.

Terangkat kening Wanaa melihat Aryssa sudah membuka pintu kereta.

"Sejak bila kau bawak Range Rover ni babe? Pergh!" terlopong mulut Wanaa memerhati luar dalam kereta itu.

"Adlee punya lah. Aku mampu pinjam je. Dah syuh syuh aku nak balik. Kau jangan mengular Wanaa. Thanks hantarkan aku ke sini. Babai, lebiu," laju Aryssa masuk ke dalam kereta. Mencebik Wanaa dihalau.

"Hati-hati Ryss. Agak-agak pening sangat kepala, berhenti tepi. Call aku. Okay?" pesan Wanaa. Aryssa mengangguk lemah dan melambai Wanaa sebelum kereta menderu pergi.

Kemudian lalu pula Honda Civic hitam mengikut belakang Range Rover putih Aryssa. Berkerut dahi Wanaa.

'Siapa tu? Tak pernah pula nampak kereta tu dekat area office ni,' detik hati Wanaa.

Sesampai Aryssa ke dalam kondo, laju langkah kaki meluru ke bilik. Dibuka tudung dan jaket lalu dilemparkan sahaja ke lantai.

Terus sahaja Aryssa berselubung di dalam comforter menahan rasa sejuk. Berdenyut-denyut kepalanya ditahan dari pagi. Tidak sedar air mata sudah jatuh berguguran.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now