Sudah lebih satu jam Ku Adlee dan Aryssa bersama anak-anak mereka meronda di dalam IOI City Mall untuk mencari dress buat Aryssa untuk dipakai ketika majlis makan malam reunion sekolah mereka hujung minggu ini.
Sambil itu, mahu melayan anak-anak yang sudah lama mereka tak bawa berjalan dan shopping. Sanggup Aryssa mengambil cuti untuk mengikut Ku Adlee membelikannya dress.
Sejak berkahwin, Aryssa lebih gemar membiarkan suaminya memilih dan membelikannya tudung, baju, kasut sehingga yang dalam-dalam pun suaminya belikan. Saiz Aryssa semua sudah berada di dalam kepala Ku Adlee.
"Baba, Adua punat lah.."' muncung bibir merah Adra sambil membuat gaya lemah tidak mahu berjalan.
"Adua punat? Nak Adam okong tak?" soal Adam sambil mendepakan tangannya.
"Alahai Adam, awak pun kecik lagi ada hati nak dukung Adra. Tak apa, biar ibu dukung Adra ya," ujar Aryssa sebelum berura-ura mahu mendukung anak perempuannya yang keletihan.
"Baby, biar abang dukung . Adra berat. Sakit pinggang nanti," laju Ku Adlee mengangkat Adra dan memeluk anak perempuannya erat ke dada. Tersengih Aryssa.
"Thanks abang."
"Eh baby, cuba try dress ni. Abang nak tengok," Ku Adlee menghulurkan satu dress penuh labuci halus berwarna hitam.
"Aara try ni, lepas tu terus ambil je lah abang. Boleh? Abang ni cerewet juga ek. Berapa dress dah Aara try tapi abang tak nak," rungut Aryssa.
"Semua seksi dekat badan Aara. Kenapa ek?"
"Mana ada seksi abang. Loose je kan semua yang abang suruh try tu. Mata abang tu yang kena servis."
Laju langkah empat beranak itu menuju ke kafe berdekatan setelah puas Aryssa memujuk Ku Adlee untuk membeli sahaja dress hitam yang telah dicubanya tadi.
Habis semua suaminya kata seksi. Tu pakai baju dah kata seksi. Kalau tak pakai baju dia kata apa pula entah. Makin tua, makin seram suaminya ni. Getus hati Aryssa.
"Okay you guys nak makan apa?" soal Ku Adlee pada dua anaknya sambil menyelak menu di tangan.
"Baba, I want ice cream boyeh?" tanya Adam sambil membuat muka comelnya pada Ku Adlee.
"Adua nak ugak," Adra menyampuk.
"Boleh. Tapi lepas you guys makan nasi, baru baba order aiskrim."
"Tapi Adam tak nak nasyik," jawab Adam mencebik.
"Habis Adam nak makan apa? Ibu orderkan fish and chips untuk Adam nak tak?"
"Fish? Fish apa bubu? Adam nak fish shark boyeh?" tanya Adam polos.
"Fish shark pulak–" tergeleng kepala Ku Adlee.
"No shark Adam... ni pakai fish dory je," jawab Aryssa.
"Dowy? Dowy alam citer nyemo ke bubu?" soal Adra pula.
"Hahh?" serentak Ku Adlee dan Aryssa tercengang. Cuba berfikir.
"Bu– bukan baby. Tu ikan lain. Alahai, tak reti ibu nak explain," jawab Aryssa tergaru kepala.
"Tapi Adua nak fish dowy alam citer nyemo... fish kaler blue," cebik Adra manja.
"Tak boleh sayang. Dory dalam cerita Nemo tu beracun. Tak boleh makan," balas Ku Adlee. Berkerut dahi Aryssa. Entah betul entah tidak fakta Ku Adlee tu.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...