Sunyi suasana di asrama memandangkan hanya tinggal pelajar tingkatan 5 sahaja di dorm masing-masing. Pelajar lain sudah lama pulang ke rumah masing-masing menikmati cuti sekolah hujung tahun.
Hari ini juga hari terakhir sekolah bagi pelajar tingkatan 5 sebelum menghadapi peperiksaan SPM pada Isnin hadapan.
Usai solat Subuh, Ku Adlee dan Alif berbual santai di katil masing-masing sebelum bersiap untuk ke kelas bagi menghadiri perjumpaan terakhir bersama guru kelas mereka sebelum SPM.
Tok tok!
Pintu dorm diketuk dari luar. Tersembul wajah Ikhman di muka pintu mengintai ke dalam.
Laju langkah kaki masuk ke dalam dorm dan duduk di birai katil Ku Adlee. Alif sudah keluar menuju ke bilik menggosok untuk menggosok pakaian sekolahnya."Ad, Cikgu Malik minta kita berdua jumpa dia petang karang. Dia nak minta tolong kita ambil balik semua paper exam, test and quiz Math dan Add Math kita dulu," pesan Ikhman.
"Okay."
Mata Ikhman tertancap pada buku nota milik Aryssa di atas katil Ku Adlee.
"Ni buku Ryss kan?" tangan Ikhman mencapai dan membelek buku nota milik Aryssa itu. Betul sangkaannya.
"Kau pinjam ke?" soal Ikhman lagi.
Ku Adlee mengambil semula buku nota itu dari tangan Ikhman lalu memasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Aku tahu kau suka Ryss. Mata aku ni tak pandai menipu," ujar Ikhman memandang tepat pada mata hitam Ku Adlee yang juga sedang merenungnya tajam.
"And aku pun dapat rasakan yang Ryss ada perasaan dekat kau. Cuma dia pun macam kau, takut tak pasti dengan perasaan sendiri."
"Confess lah dekat Ryss, sebelum aku pergi confess dekat dia," Ikhman menepuk perlahan bahu Ku Adlee.
Terdiam Ku Adlee di tepi katil. Diraut wajahnya dengan tangan sambil melepaskan keluhan berat.
*****
"Ryss, jom breakfast!" terjah Haifa di muka pintu dorm Aryssa. Umairah yang sedang bersiap di dalam dorm itu memberitahu yang Aryssa sudah pergi kelas dan meminta mereka bersarapan tanpanya.
"Yih minah ni. Apa dia suka sangat masuk kelas awal-awal tu," bebel Haifa lalu turun menuju ke dewan makan.
Terkejut Aryssa melihat Ku Adlee yang sudah tercongok di dalam kelas seperti biasa sedang mengulang kaji. Sekilas Aryssa memberikan senyuman dan berlalu menuju ke mejanya.
Tangannya mula mengemas buku-buku yang ditinggalkan di bawah meja itu. Itu lah motifnya untuk turun awal ke kelas. Mengemas meja dan buku-buku yang penuh di bawah laci.
Selesai mengemas, Aryssa melihat jam di tangan. Banyak lagi masa. Setengah jam lagi pasti kelas mula riuh dengan kehadiran rakan-rakannya yang lain.
Aryssa mula mengambil nota Bahasa Melayu dan mula membaca dan menghafal input-input penting. Sambil menghafal dan membaca, matanya tepat merenung ke arah papan putih bersih di hadapan kelas.
Tidak sedar dirinya diperhatikan oleh Ku Adlee.
Tersenyum Ku Adlee melihat Aryssa yang sekejap-sekejap mengangguk kepala, sekejap-sekejap bibir terkumat-kamit membaca notanya. Untung juga lokasi mejanya yang sedikit belakang dari meja Aryssa.
Pandangan sisi wajah gadis itu selalu membuai perasaannya. Rasa tenang, sejuk je hati bila memandang tu. Itu belum lagi kalau panahan mata Aryssa tepat memanah ke dalam matanya. Boleh tersedak air liur sendiri.
Wajah polos berdagu belah milik gadis itu membuatkan wajah itu begitu sempurna di matanya.
Ku Adlee tersentak dan menunduk ke arah bukunya berpura-pura membaca apabila terdengar bunyi seretan kerusi Aryssa dan melihat Aryssa berjalan ke arahnya dan berlalu keluar dari kelas.
'Fuh. Ingat nak datang dekat aku. Perasan.'
Aryssa berdiri di hujung koridor luar kelas untuk mengambil angin pagi. Dia ambil keputusan untuk keluar dari kelas sebentar kerana rasa sesak nafas duduk di dalam kelas berdua dengan Ku Adlee. Dia juga merasakan mata Ku Adlee tidak lepas darinya.
Aryssa mengeluh. Apa perasaan Ku Adlee terhadapnya? Suka cakap la suka. Kan? Betul tak? Tak kan aku pula yang kena confess? Ish! Gila ke? Confess dekat mamat freezer tu? Risau mati kejung aku nanti. Dah tu karang buatnya mamat tu tak suka, tidak ke malu 7 keturunan?
Keluh Aryssa lagi.
Lagi 10 minit kelas akan bermula, nanti penuh lah kelas dengan ketibaan rakan-rakan yang lain.
Semua rakan kelasnya suka hadir tepat pada waktu yang ditetapkan. Cuma dia sahaja yang suka datang awal ke kelas kerana lebih suka bersendirian dahulu.
'Eh, tapi sejak kebelakangan ini, Ku Adlee juga suka datang awal ke kelas. Adakah disebabkan aku? Ahaks, done perasan.'
Aryssa masuk semula ke dalam kelas dan sambung membaca. Sambil bibirnya terkumat-kamit menghafal, matanya tertancap pada papan putih yang tadinya bersih tapi sekarang...
'GOOD LUCK SPM'
Terpampang besar tulisan itu di papan putih.
Berkerut dahi Aryssa memikir. Tadi bukan ke bersih sahaja papan putih depan ni?
Aryssa baru tersedar lalu kepala ingin menoleh ke arah Ku Adlee di tempat duduknya tetapi terkedu seketika apabila Ku Adlee sudah berdiri di tepi mejanya rapat.
Aryssa mendongak memandang Ku Adlee yang tinggi itu. Tidak sempat mahu bertanya, Ku Adlee meletakkan buku nota milik Aryssa yang hilang sebelum ini di mejanya.
"Sorry aku pinjam lama buku nota kau ni. Best cara kau buat nota. Senang faham. Sorry aku pegang lama sangat," ujar Ku Adlee.
"And good luck SPM, Ryss," ucap Ku Adlee perlahan sebelum kedengaran riuh di luar kelas menandakan rakan-rakannya yang lain sudah tiba.
Tidak sempat Aryssa mahu membalas, Ku Adlee sudah berlalu ke mejanya dan buat seperti tiada apa yang berlaku.
Ikhman memandang Ku Adlee lama. Tertanya-tanya adakah Ku Adlee mengikut saranannya untuk confess pada Aryssa? Ada sedikit kecewa juga di hatinya jika betul Ku Adlee sudah beritahu isi hatinya kepada Aryssa.
Sudah lama dia menyimpan perasaan terhadap Aryssa. Cuma dia berlagak seperti tiada apa kerana tetap mahu mendekati Aryssa seperti kawan-kawan yang lain. Dia fikir, kalau dia confess pada Aryssa, tidak mungkin Aryssa akan menerimanya lagi. Pasti Aryssa tidak akan melayannya mesra seperti sebelum-sebelum ini.
Dan dia juga tahu, hati Aryssa ada pada siapa. Biarlah dia mengalah.
*****
Akhirnya tamat sudah peperiksaan SPM yang diakhiri dengan kertas Lukisan Kejuruteraan.
Semua pelajar kelas Aryssa beredar ke asrama untuk mengemas barang. Petang itu juga semua pelajar boleh pulang ke rumah.
Aryssa tercari-cari akan Ku Adlee di luar dewan peperiksaan tetapi hampa.
"Ryss, Abang Ariq kau dah sampai dekat bawah tu," Umairah yang baru sahaja masuk ke dalam dorm menyampai pesanan dari abang sulung Aryssa, Ariq Aiman.
"Okay thanks Mai," memuncung mulut Aryssa apabila ayahnya Inspektor Arian tidak dapat menjemputnya di asrama pada hari ini. Pasti sibuk handle case di Ibu pejabat polis.
Laju tangannya mengemas locker, melipat baju dan masukkan ke dalam bagasinya. Buku-buku teks dan rujukan dimasukkan pula ke dalam beg sandangnya.
Aryssa teringat akan buku nota yang Ku Adlee baru pulangkan baru-baru ini. Diselak buku itu sekejap, terjatuh sehelai kertas kecil di pehanya.
'Hope to see you again' - KAR
'KAR? Ku Adlee Raiz?'
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...