💍 BAB 28

9.2K 299 1
                                    

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk dari luar.

"Abang Lee, Kak Aara, mama suruh turun makan malam lepas solat maghrib," pesan Raina dari luar bilik. Tersentak Aryssa lalu menolak badan Ku Adlee kuat.

"Ad!" berdegup laju jantungnya ketika itu.

"Sorry, Aara, I can't resist you. Siapa suruh seksi," jawab Ku Adlee selamba.

"Lu– lupa nak ambil baju tadi waktu masuk bilik air. Bukan sengaja nak seksi. Control sikit gatal tu eh. Mana luggage aku Ad?" soal Aryssa lagi.

Dari tadi tanya tak berjawab-jawab! Tersengih Ku Adlee. Makin comel lah bini aku ni marah-marah. Sikit lagi nak kena ngap.

"Aku dah kemaskan baju dalam luggage kau dekat bilik wardrobe tu."

"Lah, susah-susah kemaskan... aku boleh kemas sendiri nanti."

'Alamak, yang 'adik-adik' pun dia kemaskan juga ke?' Berbahang rasa wajah Aryssa ketika itu.

"Tak apa, dah kemas dah pun. Kau dah ambil wudhuk?"

"Dah, tapi tadi ada orang miang menjalar, batal dah wudhuk aku," jeling Aryssa sambil berlalu ke bilik wardrobe di hujung bilik tidur mereka.

"Hahaha! Jom ambil wudhuk lagi sekali."

"Tak nak, wek!" Berlari Aryssa ke bilik wardrobe lalu mengunci pintu.


Selesai sahaja solat maghrib, mereka turun bersama ke ruang makan. Kelihatan Raina dan Raisa sibuk menuangkan nasi ke pinggan yang sudah tersedia di atas meja. Comel je si kembar tu membantu orang gaji mereka di dapur.

Aryssa betul-betul respect pada Kamilah kerana berjaya mendidik anak-anaknya berbudi bahasa, rajin, tidak kira pangkat apa pun yang mereka ada.

"Hai pengantin baru!" tegur Raina ceria. Tersengih Aryssa malu.

"Hai Ina. Nak akak tolong apa-apa tak?"

"Tak payah Kak Aara. Duduk je. Kejap lagi mama turun."

Ku Adlee menarik kerusi untuk Aryssa duduk.

"Thank you Ad," lalu Aryssa duduk menanti Kamilah turun dari solat Maghrib.

Tersenyum-senyum Raisa di meja makan merenung Aryssa yang sudah duduk bertentangan dengannya.

"Dah kenapa sengih-sengih tu Icha?" tanya Ku Adlee.

"Cantik betul lah Kak Aara ni. Icha adore betul. Free hair lagi cantik rupanya. Macam pelakon Turki tu lah. Siapa nama dia ek Ina?" soal Raisa pada Raina. Mata masih tidak lepas merenung Aryssa.

"Ha'ah, Icha cakap macam tu, baru Ina perasan. Macam heroin cerita Kurulus Osman tu kan?"

"Haa! Yes, betul-betul. Tapi Kak Aara versi melayu," balas Raisa teruja.

"Lawa kan bini abang?" Ku Adlee menongkat pipinya di atas meja sambil merenung Aryssa.

Lembut tangannya menyelit rambut Aryssa ke belakang telinga.

"Iya, lawa sangat. Sudah-sudah lah tenung Aara macam tu. Malu dia," tegur Kamilah lalu duduk di kerusinya. Kelihatan Raifa juga turun lalu duduk bersebelahan Raisa. Wajah tiada riak. Marah tiada, senyum pun tiada.

"Aara, Lee, malam ni tidur awal. Esok mama tak nak tengok muka tak cukup tidur korang waktu majlis," tegas Kamilah bersuara.

"Baik mama. Jangan risau, lepas Isyak Aara terus tidur," jawab Aryssa sambil mencedok lauk ke pinggan Ku Adlee.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now