"Mama, mak ngah, kitorang naik atas dulu. Maafkan Lee dan Aara tak dapat join sampai habis majlis makan ni. Sorry Rai. Nanti abang belanja Rai makan lain ya," ujar Ku Adlee sebelum bangun dan menarik lembut tangan Aryssa berlalu naik ke bilik mereka.
Terkulat-kulat Aryssa menunduk ke arah semua yang berada di meja makan itu dan mengikut langkah Ku Adlee ke bilik mereka.
Mengeluh Kamilah di kerusinya.
"Kak Long, acu tak suka kak long bangkitkan hal anak depan anak menantu acu. Acu sendiri pun tak masuk campur hal anak dengan diorang. Ni kan pulak kak long nak masuk campur," bebel Kamilah.
Mak Long Katijah hanya mencebik tidak menjawab. Masih dengan wajah angkuhnya.
"Ibu, tak baik cakap macam tu. Sara dah lama move on dengan Lee. Dah kahwin dah pun ibu. Kenapa ibu nak bangkitkan lagi hal lama tu? Tak ada kaitan langsung dengan mengandung tak mengandung. Hormatlah sikit Aara dengan Zafir suami Sara ni," tegur Kaisara.
Bengang juga dia apabila mak long merangkap ibu angkatnya itu bangkitkan isu lama. Suaminya di sebelah juga sudah berubah riak wajah apabila mendengar isu Kaisara dengan lelaki lain.
"Mak long ni macam netizen dekat luar tu lah. Suka komen benda entah apa-apa. Mak long kecam-kecam orang tak ada anak tu, mak long dah cermin diri belum? Mak long sendiri pun tak ada anak. Sudahnya menumpang kasih Kak Kaisara jadi anak angkat mak long," bidas Raifa.
Sebenci dia pada Aryssa, kasihan juga melihat kakak iparnya itu dihina mak longnya. Jujur dia masih tidak suka akan kehadiran Aryssa. Tetapi, sebagai seorang perempuan, dia faham hal itu begitu sensitif untuk dibangkitkan.
'Lagipun baru dua bulan kahwin! Apa yang kecoh sangat mak longnya tu!'
Terkelu lidah Mak Long Katijah mendengar Raifa bersuara lantang. Merah mukanya menahan marah.
"Biadab kau Rai..." Laju Mak Long Katijah bangun dari kerusi dan terus berlalu keluar dari ruang makan. Kedengaran kereta mengaum keluar dari kawasan laman rumah agam itu.
"Rai... marah pun jangan sampai biadab," tegur Kamilah di hujung meja makan besar itu.
"Betul tu Rai. Tegur sikit-sikit pun boleh... Pak Ngah pun geram dengan mak long tu, tapi Rai tu kena jugak ada hormat dengan orang tua. Faham?" Pak Ngah bersuara setelah lama dia berdiam dari tadi melihat perangai masing-masing di meja makan.
"Sorry. Rai cuma nak ingatkan dia. Sebelum komen orang, tengok dulu diri sendiri tu dah cukup sempurna ke tak. Itu je..." balas Raifa.
Setibanya Ku Adlee dan Aryssa masuk ke dalam bilik, pantas Ku Adlee menarik isterinya ke dalam pelukan erat. Diusap-usap belakang tubuh Aryssa bagai sedang memujuk.
"I'm sorry baby... so so sorry," bisik Ku Adlee. Dicium kepala Aryssa penuh perasaan.
"Kenapa abang minta maaf?" soal Aryssa. Mendongak kepalanya memandang wajah Ku Adlee.
"Keluarga abang tak hormat Aara. Abang minta maaf sangat," dipegang kedua belah pipi Aryssa. Merenung dalam anak mata coklat isterinya itu.
"Aara okay abang. Tak apa... bukan salah abang pun. Tapi kan bang, entah-entah memang betul pun Aara ni tak subur. Macam mana kalau Aara memang tak boleh bagi anak dekat abang?" soal Aryssa perlahan.
Keras tubuh Ku Adlee mendengar soalan Aryssa.
"So what? Abang kahwin dengan Aara sebab diri Aara tu. Abang nak hidup dengan Aara. I want you to be part of my life. I want to share everything with you, I want to protect you, I want to love you. There's no other reason than that. Bear in mind baby..." jawab Ku Adlee tegas. Jatuh setitik air mata Aryssa yang sedari tadi ditahannya.
"Anak tu rezeki. Tak semua orang boleh dapat rezeki yang sama, right? Dan rezeki tu kan rahsia Allah. Jangan compare rezeki kita dengan orang. Lagipun kita baru kahwin... abang tak puas lagi manja-manja dengan Aara. Lantak kan mak long tu. Abaikan okay?" pujuk Ku Adlee.
Diusap pipi Aryssa yang sudah mula basah dengan air mata. Dia tahu, puas Aryssa menahan diri dari menangis sewaktu di meja makan tadi.
"Cry baby, cry..." Ku Adlee kembali memeluk isterinya erat.
"Aara tak menangis lah," bidas Aryssa.
"Habis ni air apa?" jeling Ku Adlee pada Aryssa.
"Air liur abang, dari tadi bebel-bebel kena muka Aara," jawab Aryssa selamba
"Eii budak ni," Ku Adlee mengetap bibir geram.
"Sorry, Aara pun tak tahu kenapa nak menangis. Aara tak cengeng tau. Tapi kalau dengan abang senang je Aara nak menangis. Benci--" memuncung mulut Aryssa.
"Menangis je baby. I'm always here. Tak payah malu. Menangis untuk bangkit selepas itu, is valid. Jangan menangis untuk lemah. Boleh?" Aryssa mengangguk senyum.
"Serba salah pulak abang nak minta Aara duduk rumah ni sepanjang abang outstation. Aara nak duduk rumah umi ayah?' soal Ku Adlee.
"Eh, tak apa, Aara duduk sini je. Lagi pun dah janji dengan mama nak duduk sini dengan dia. Nanti baru balik rumah umi ayah, okay?'
"Okay baby," jawab Ku Adlee. Lama bibirnya mendarat di dahi licin Aryssa.
Terjaga Aryssa dari lena. Dikerling jam di dinding, 2 pagi. Perlahan tangannya mengalih lengan kekar Ku Adlee yang berada di atas dadanya. Tidak mahu menganggu tidur suaminya.
Perlahan Aryssa turun dari katil, mengambil cardigan dan menutup separuh tubuhnya yang hanya memakai night gown bertali halus. Perlahan kakinya menuruni tangga menuju ke dapur untuk minum air kosong.
Terkejut Aryssa melihat figura manusia sedang duduk di kerusi tinggi island table di ruangan dapur itu. Khusyuk Raifa menikmati lebihan kek yang dibuatnya.
"Rai tak tidur lagi?" tegur Aryssa lembut. Tersedak Raifa di meja tinggi itu.
Matanya melirik pada Aryssa yang sedang membuka peti ais. Dibiarkan soalan Aryssa tidak berbalas.
Aryssa melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Raifa dan mula meneguk airnya perlahan.
"Akak minta maaf dekat Rai. Akak tahu Rai tak suka akak kahwin dengan Abang Adlee lepas tahu akak siapa," ujar Aryssa perlahan.
Raifa segera bangun dari duduknya dan membawa piring keknya tadi ke sinki. Sebelum berlalu ke bilik, dia berhenti di sebelah Aryssa. Lama merenung wajah kakak iparnya.
"Rai nak marah pun, akak dah kahwin dengan Abang Lee. So I hope, you know your place here sis," tajam mata Raifa melawan pandang Aryssa. Aryssa senyum nipis.
"Insyaallah... Akak sedar siapa diri akak dekat sini. Rai jangan risau," jawab Aryssa.
"And lagi satu, Rai nak akak tahu, disebabkan abang akak tu, macam-macam dah Abang Lee tempuh. Macam-macam dah abang Lee korbankan untuk jaga keluarga ni lepas arwah babah meninggal. Rai harap sangat, akak tak menyusahkan abang Lee, tak bawa sial pada abang Lee, tak serabutkan hidup abang Lee lagi."
Selepas Raifa berlalu pergi, kuat keluhan Aryssa di meja. Tidak semena-mena pecah tangisannya di meja itu.
Terlalu banyak kata-kata yang menghiris hatinya pada hari itu. Yang membuatkan dirinya berasa tidak berguna. Helpless.
'Aara dah cakap dekat abang, kita tak sekufu abang...' rintih Aryssa seorang diri.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...