"Han? Arif Aihan? Adik aku?" bertubi Aryssa menyoal dengan wajah keliru.
"Ye. Sorry Ryss, aku tak bagitahu aku kawan dengan Han. Han banyak tolong aku Ryss, hari tu dia bergaduh dengan daddy sebab dia tahu aku kena pukul dengan daddy sebab aku tak balik rumah satu malam." Tertunduk Eleanor berterus-terang.
"Lea, kenapa tak cerita dekat aku..." terkilan sedikit Aryssa. Kawan sendiri hidup diseksa mental dan fizikal oleh bapa sendiri, tapi aku? Sedikit pun tak membantu.
"Aku tak nak bebankan kau Ryss. Kau kan baru kahwin. Lagi pun aku dah biasa, dari kecik daddy layan aku macam tu. Aku dah lali. Cuma bila Han tahu, dia macam hilang sabar dekat daddy. Dia serang daddy hari tu."
"Ya Allah Han... Daddy kau tak belasah adik aku?" tanya Aryssa. Eleanor menggeleng kepala.
"Daddy macam takut sikit dengan Han. Han garang... aku tak pernah tengok dia garang macam tu. Tapi aku suka," Eleanor tersengih.
"Hish, menyempat. Kau ni suka Han ke?"
"Suka! Han baik. Macam kau. Baik tapi kadang-kadang kuat berleter macam kau... Tapi tak apa, aku suka. Leter tanda sayang kan Ryss?"
"Siapa cakap?"
"Aku," jawab Eleanor selamba. Mendapat jelingan tajam dari Aryssa.
Niat mereka ingin menyambung shopping selepas selesai minum di coffee shop. Sedang mereka berjalan berdua, berkerut dahi Aryssa. Terasa seperti ada orang mengekori mereka. Kuat hatinya mengatakan yang ianya Raja Emir.
'Kau tunggu Mir. Aku belasah kau cukup-cukup nanti.' Gigi diketap geram.
Aryssa ternampak lorong di sebelah kiri untuk menuju ke tandas. Tangan Eleanor ditarik masuk ke lorong sunyi itu lalu bersandar ke dinding tersebut.
"Eh, kau kenapa?" soal Eleanor pelik. Aryssa membuat isyarat diam pada Eleanor dengan meletakkan jari telunjuk ke bibirnya.
Aryssa menoleh ke kanan menanti lelaki yang mengekorinya selama ini untuk muncul di lorong itu.
Tidak lama selepas itu, muncul seorang lelaki memakai mask di wajah, berjaket hitam dan bertopi hitam di hadapan lorong. Tersentak lelaki itu apabila bertentang mata dengan Aryssa.
Baru kakinya berura-ura mahu melarikan diri, pantas Aryssa menarik jaket lelaki itu lalu dismackdown lelaki itu ke lantai. Aryssa menumbuk kuat wajah lelaki itu sehingga menyeringai lelaki itu menahan sakit.
Laju tangan Aryssa menanggalkan mask di wajah lelaki itu. Bukan Emir!
"Kau siapa?!" tanya Aryssa kasar. Eleanor sudah ternganga di tepi melihat adegan WWE di hadapannya tadi.
"Err, sorry Puan. Ahh, sakitnya. Puan ada black belt ke?" tanya lelaki itu perlahan.
Berkerut dahi Aryssa. Perlahan Aryssa melepaskan cengkamannya di leher lelaki itu. Lelaki itu duduk sambil memegang mulutnya yang sudah berdarah.
"Kau siapa? Kenapa ikut aku?" tanya Aryssa lagi.
"Sorry Puan. Saya bodyguard Puan. Aduh, matilah. Tuan tak bagi saya bagi tahu Puan," balas Ilman perlahan.
"Bodyguard?!" serentak Aryssa dan Eleanor terkejut.
"Ya Puan. Tuan Ku Adlee hire saya untuk jaga Puan dari jauh. Dia risau safety Puan dekat luar." Berkerut dahi Aryssa.
"Risau keselamatan saya? Risau dari apa?"
"Dari Raja Emir atau Naim," Ilman berterus terang.
Kuat keluhan Aryssa lepaskan.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...