🌼 BAB 3

9.5K 366 18
                                    

"Aku dah divide korang into group. So please, bekerjasama lah dengan baik. Aku tak nak dalam group ada 4 orang, tapi sorang je yang buat kerja. Faham?" pesan Cikgu Malik lagi.

"Faham..." serentak suara mereka sekelas menjawab.

Setelah Cikgu Malik menerangkan secara ringkas apa yang perlu mereka lakukan, masing-masing berpusu ke hadapan kelas untuk melihat lampiran nama mengikut group yang telah ditetapkan oleh Cikgu Malik.

"Oh damn..." keluh Aryssa perlahan apabila melihat namanya berada di dalam satu kumpulan bersama Ku Adlee Raiz, Ikhman Iskandar dan Faiz.

"Ryss! Come kita discuss dekat sini," jerit Ikhman di meja Ku Adlee Raiz.

Perlahan langkah Aryssa menuju ke arah ahli kumpulannya. Fuh, tak apa Aryssa, sebulan je hadap muka-muka ni. Aryssa menyedapkan hati.

Ku Adlee menarik kerusi kosong di sebelahnya untuk Aryssa. Teragak-agak Aryssa mahu duduk di sebelah Ku Adlee. Tapi karang obvious sangat pula dia cuba mengelak dari jejaka itu. Duduk je lah.

"Siapa power Add Math?" tanya Faiz.

"Ku Ad lah siapa lagi," jawab Ikhman.

"Kalau macam tu, mana soalan killer, kita bagi dekat Ku Ad. Boleh?" cadang Faiz.

"Setuju," laju Aryssa menjawab. Tidak sedar Ku Adlee merenungnya tajam.

"Err, sorry. Kalau Ku Ad tak boleh, aku boleh jugak buat kan cuma aku tak power," jawab Aryssa tersengih.

'Eh, seram pulak aku mamat sebelah ni.'

"Tak apa, aku boleh. Cuma, bulan ni aku sibuk training ragbi dengan junior. Takut tak sempat cover korang," Ku Adlee bersuara.

Aahh, akhirnya dengar pun suara freezer cap Samsung ni.

"Cantik, kalau macam tu, soalan 1, 2 & 3 Ku Ad buat. Soalan 4 & 5 aku buat. Soalan 6 & 7 Faiz buat. Ryss kau buat soalan 8, 9 & 10," cadang Ikhman.

"Kenapa aku dengan Ryss kena buat 3 soalan?" Ku Adlee tidak berpuas hati.

"Soalan 1, 2 & 3 tu kan soalan membunuh. Kau je power topik tu. Soalan 8, 9 & 10 tu simple. Ryss boleh buat pejam mata. Tekan kalkulator pun boleh pakai jari kaki je," jawab Ikhman yakin.

Tergelak kecil Aryssa tetapi kepala mengangguk setuju.

"Tak apa nanti aku tolong compilekan jawapan korang. Mana yang nak aku assist, bagi tahu lah," ujar Aryssa.

"Assist aku boleh Ryss?" tanya Ku Adlee lembut.

Terpempan mereka bertiga mendengar permintaan Ku Adlee.

"Err, bo– boleh," balas Aryssa. Melawan mata Ku Adlee yang merenungnya lembut.

Faiz sudah menyiku-nyiku lengan Ikhman di sebelah. Pemandangan luar biasa ni! Buat julung kalinya, Ku Adlee Raiz bermain mata dengan perempuan woi!


*****


"Assalamualaikum!" ceria Aryssa memberi salam.

"Waalaikumussalam," jawab serentak ahli dorm Mawar. Mereka melihat wajah Aryssa tersembul di pintu, sudah mengagak, pasti mahu mencari Haifa.

"Fa, jom basuh baju," ajak Aryssa.

Haifa yang sedang meniarap di atas tilamnya terus berpaling ke arah Aryssa. Sudah menjadi rutin Aryssa dan Haifa di waktu hujung minggu. Membasuh baju di bilik basuh bersama-sama sambil bergosip hal ehwal semasa dan hal ehwal artis.

"Jom! Kelas tambahan kimia pukul 11 pagi kan? Sempat, sempat," dikerling jam di tangan. Jarum jam menunjuk ke angka 9.

Kelihatan sopan dua anak dara mencangkung di sudut bilik basuh, menyental baju sekolah mereka sambil berduet lagu Baldu Biru.

"Eh Ryss, group kau okay ke projek Add Math?" soal Haifa setelah penat berduet dengan Aryssa tadi.

"Tak okay. Haih, kejapnya nak sebulan dah. Aku punya part dah siap. Ku Ad punya pun dah nak siap. Ku Ad busy-busy pun dia boleh buat tau. Dia minta aku check balik je jalan kerja dia tu betul ikut formula Cikgu Malik ke tak. Tapi..." berat keluhan Aryssa lepaskan.

"Tapi?"

"Tapi Ikhman dengan Faiz tu! Sampai sekarang tak update kerja diorang dah sampai mana. Bila ajak bincang, dua-dua asyik busy," rungut Aryssa. Pantang betul Aryssa bila kerja bertangguh-tangguh. Nanti dia juga yang kelam-kabut nak compile last minute.

"Aduh, harap next week diorang siap kan lah. Seram fikir kalau tak sempat hantar ke Cikgu Malik tu," balas Haifa.

"Tau tak apa. Tak sanggup aku wei. Ingat tak awal tahun hari tu kita berdua lupa siapkan homework dia bagi, mampus keras dekat belakang kelas kena mencangkung dua jam. Sikit lagi nak buasir," tergeleng-geleng kepala Aryssa tidak mahu melaluinya lagi.

Jatuh maruah!


Tepat pukul 10.50 pagi, Aryssa sudah berada di hadapan makmal kimia.

Menanti rakan kelasnya yang lain. Cikgu Maria pun masih belum tiba untuk membuka pintu makmal yang berkunci.

Termenung Aryssa di tembok koridor makmal menanti penuh sabar. Haifa yang terlajak tidur selepas penat menyental baju bersamanya tadi meminta Aryssa ke kelas dahulu. Minah ni pun satu, dah tahu lagi sejam nak masuk kelas, pergi tidur buat apa!

Terdengar derap kasut melangkah di belakangnya. Aryssa menoleh untuk melihat gerangan yang sudah tiba.

'Err, alamak Ku Adlee! Awkward awkward awkward.'

"Awal sampai Ryss?" sapa Ku Adlee.

"Dah tersiap awal, saja lah turun awal," jawab Aryssa perlahan.

Berdebar teruk hatinya sekarang. Entah kenapa dia berasa gugup setiap kali berinteraksi dengan Ku Adlee. Member tu tak ada pun garang-garang, marah-marah dia ke apa.

Ku Adlee mengangguk dan tersenyum sebelum tubuhnya bersandar ke tembok di belakangnya.

Terpana Aryssa melihat senyuman Ku Adlee.

'Oh, ada lesung pipit? Allahu, indah ciptaan tuhan.'

Kenapa selama ini dia tidak perasan ya? Oh lupa, mana nak perasan, nak pandang pun takut. Haha!

"Wuish, awal sampai love bird wei," usik Faiz yang baru tiba di hadapan makmal kimia bersama rakan yang lain. Haifa juga mengintai siapa love bird yang dimaksudkan Faiz.

Terbuntang biji mata Haifa melihat Ku Adlee dan Aryssa berdiri sebelah menyebelah bersandar di tembok koridor.

"Sedondon pulak tu," usik Haifa. Aryssa yang baru tersedar menunduk mahu melihat bajunya.

T-shirt sukan sekolah berwarna kuning. Ditoleh ke sebelah kirinya, melihat Ku Adlee juga memakai t-shirt sukan sekolah berwarna kuning.

'Eh, bukan ke Ku Adlee rumah sukannya biru? Sejak bila dia ada t-shirt sukan rumah kuning pula ni?'

Ku Adlee tidak beri reaksi. Wajah kosong seperti biasa, tidak membalas usikan rakan-rakannya itu.

Aryssa pula yang menggelabah di sebelah.

'Aduh, karang mamat ni ingat aku saja pakai baju sama dengan dia.'

Dikerling wajah Ku Adlee di sebelah, macam tak ada perasaan. Tak apa lah, biar tak ada perasaan dari dia buat muka sombong muka freezer dia tu.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now