Laju langkah gadis cantik itu turun dari tangga asrama menuju ke kelas 5 Tangent dengan riak wajah yang serabut. Di tekan suis lampu dan kipas kelas, lalu menuju ke tempat duduknya.
Hampeh betul Faiz, baru semalam dia hantar jawapan untuk projek matematik tambahan. Sudahlah hari ini kena hantar sebelum 4 petang.
"Allahuakbar," beristighfar Aryssa mengurut dadanya menahan sabar. Apabila disemak jalan kira Faiz, jauh beza dengan apa yang telah Cikgu Malik ajarkan sebelum ini.
Ni formula zaman purba mana dia pakai?
'Lahanat betul mamat kepala botak ni!' Dalam hati Aryssa menyumpah-nyumpah si Faiz. Lesap terus istighfarnya tadi.
Nak tak nak, Aryssa perlu betulkan juga jawapan Faiz sebelum Cikgu Malik naik angin nanti.
Mengenangkan jadual kelas harini padat sehingga pukul 2.30 petang, Aryssa mengira-ngira jumlah masa yang ada untuknya membetulkan jawapan Faiz dan compilekan kesemua jawapan sebelum dihantar pada Cikgu Malik.
"Ryss," tegur Ku Adlee yang sudah berdiri di sebelah mejanya. Aryssa mendongak memandang ke arah Ku Adlee yang berpakaian sukan lengkap.
"Kau okay tak? Hari ni kan kena hantar projek Add Math?" tanya Ku Adlee sambil tangannya menyelak kertas jawapan yang Aryssa telah kumpulkan.
Berkerut dahi Ku Adlee melihat jawapan dari Faiz.
"Sampah apa si botak ni bagi?" tekan suara Ku Adlee.
"Haih, tu lah. Dia baru bagi waktu prep malam tadi, aku baru check, banyak salah," adu Aryssa sambil memicit dahinya yang sudah mula berdenyut.
"Satu soalan tu aku macam dapat figure out formula apa nak pakai. Lagi satu tu aku kena refer balik dekat previous exam and test yang Cikgu Malik pernah bagi," ujar Aryssa.
"Kejap aku cuba tengok yang satu ni," Ku Adlee terus berlalu ke mejanya. Laju tangannya mencapai kalkulator dan mula menyelesaikan soalan tersebut.
"Kalau tak sempat tak apa Ad, aku boleh buat. Kau ada training hari ni dekat padang kan?" soal Aryssa.
"Tak apa, satu ni aku sempat tolong. Yang lagi satu tu, sorry aku takut tak sempat. Kau cuba settlekan yang tu boleh? Tapi kalau macam tak sempat sangat, tak apa. Redha je. Don't push yourself too hard," pesan Ku Adlee.
"O... okay," alamak berbunga pula rasa ayat last Ku Adlee tu. Ada perasaan juga rupanya mamat freezer ni.
Tiba waktu rehat, puas Haifa, Faizah dan Ainna mengajak Aryssa untuk turun ke kantin tetapi Aryssa tetap tidak mahu kerana sibuk menyelesaikan soalan bahagian Faiz.
Satu soalan sudah diselesaikan oleh Ku Adlee awal pagi tadi sebelum jejaka itu turun ke padang.
Ikhman dan Faiz pula tiada di sekolah kerana terlibat dengan pertandingan Pidato peringkat negeri. Tinggal Aryssa sahajalah tunggak harapan bagi kumpulan mereka untuk projek Add Math tersebut.
Sekejap-sekejap Aryssa melihat jam di tangannya. Jarum sudah menunjukkan ke angka 3.
Semakin gementar Aryssa mengenangkan kerjanya yang masih belum siap sepenuhnya. Dia perlu ke koperasi pula untuk membuat 4 salinan.
Berlari-lari Aryssa sekejap ke koperasi, sekejap ke kelas pula. Ada sahaja helaian yang tertinggal.
Bila panik menguasai diri, semua jadi serba tidak kena.
10 minit sebelum jam 4, lega Aryssa apabila sudah menghantar 4 salinan dan 1 set original projek Add Math di atas meja Cikgu Malik.
Perlahan langkah Aryssa menuju ke kelas untuk mengemas meja dan beg sandangnya.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...