"Kak Mel, Ryss memang kena ikut ke meeting ni?" tanya Aryssa dengan berwajah malas.
"Kalau ikutkan tak payah. Tapi kau gila Ryss? Karang mengamuk Encik Mizi kita tak ikut cakap Client," jawab Melissa.
Memuncung mulut Aryssa. Sibuk tangannya mengumpul report penting untuk meeting tersebut.
Ting!
Kedengaran bunyi notifikasi Whatsapp di telefon Aryssa.
???
- Salam Aara Aryssa, meeting at my office 11 o'clock sharp. Attendance, mandatory.
- Siapa ni?
Yih! Main terjah je. Kenal kan lah diri tu dulu. Berkerut dahi Aryssa melihat nombor tidak dikenali tu.
???
- KAR. See you soon.
Oh gosh! Mana dia dapat nombor aku ni. Bisik hati Aryssa.
Laju jarinya membalas. Memikirkan orang yang sedang dia bermesej ni adalah tuan-tak-guna-yang-suka-suka-tukar-rules-meeting-haritu, alang-alang kita cuba lah pujuk minta pelepasan dari meeting sekejap lagi.
- Perlu ke aku attend Ad? Aku tak involve pun untuk projek ni 😩
- Kerja aku yang lain banyak lagi nak kena settle dekat office
- Exclude aku please please please!???
- No and nope! See you Aara :D
Dia mari dengan smiley pula sobat!
Sejak bila mamat freezer ni panggil aku Aara? Alahai berbulu pula mata ni membacanya.
Betul ke KAR ni Ku Adlee Raiz? bukan KARi padiyappa kan? Mesra alam pulak dia sekarang ya. Getus hati Aryssa.
Kuat keluhan dilepaskan lalu menghentak-hentakkan kakinya ke lantai bagi melepaskan geram.
*****
Tidak tahu sudah berapa kali Aryssa menguap di dalam mesyuarat. Letih betul rasanya.
Mana tidaknya, semalam pukul 4 pagi baru dia dapat melelapkan mata setelah assignmentnya dihantar. Patutnya assignment tersebut boleh dihantar lagi hari ini sebelum 10 pagi. Tapi apakan daya, di office awal pagi sudah sibuk, belum lagi dipaksa mengikut meeting yang tidak ada kaitan langsung dengan skop kerjanya ini.
Sempat juga Aryssa menjeling tajam pada Ku Adlee yang kebetulan juga sedang memandangnya di hujung meja besar itu.
Panjang muncung Aryssa menunjukkan protesnya. Tergelak kecil Ku Adlee melihat telatah Aryssa dari jauh.
"Err, Tuan? Kenapa gelak? Saya ada salah bagi info ke?" tanya Tarmizi sopan.
Terasa hati juga apabila sedang khusyuk explain, dengan tiba-tiba terdengar Ku Adlee ketawa.
Auch, sakitnya tu disini.
"Eh, tak ada apa-apa. Please proceed," jawab Ku Adlee cuba kembalikan riak serius pada wajahnya.
Ngam-ngam pukul 1 petang mesyuarat tamat. Laju langkah masing-masing keluar dari bilik mesyuarat untuk pergi makan tengahari.
Ku Adlee memberi isyarat pada Aryssa untuk tunggu sebentar dan beri laluan pada orang lain keluar dari bilik mesyuarat tersebut.
"Ya, ada apa Tuan Adlee?" soal Aryssa dengan wajah malasnya.
"Tak payah lah tuan tuan. Jom lunch dengan aku," selamba Ku Adlee mengajak.
"Eh, tak nak lah. Aku tumpang bos tadi datang sini. Karang kena tinggal nak balik office macam mana?"
"Aku hantarkan lah. Jom. Kau tunggu dekat lobby, nanti aku datang. Nak ambil kunci kereta dekat bilik sekejap," ujar Ku Adlee.
"Hmm, okay..." lemah suara Aryssa menjawab.
Laju tangan Aryssa menghantar Whatsapp pada Melissa beritahu dia akan pulang ke office sendiri. Puas reka alasan. Tak nak kantoi keluar lunch bersama Ku Adlee.
Selesai sahaja mereka memesan makanan dan minuman, diam Aryssa memandang keluar kafe melihat gelagat manusia. Lama Ku Adlee merenung gadis di hadapannya itu. Tak pernah tak cantik lah dia ni. Detik hati Ku Adlee memuji dalam diam.
Aryssa hanya memakai blouse putih bersama seluar slack berwarna cream. Selendang berwarna cream menghiasi wajah Aryssa yang sedia putih itu. Sangat cantik di mata Ku Adlee.
"Kenapa tanggalkan cermin mata tu?" soal Ku Adlee pelik apabila melihat Aryssa sudah menanggalkan cermin mata itu dan meletakkannya ke dalam bekas.
"Oh, aku pakai bila perlu je. Contoh waktu kerja, dalam kuliah or driving," jawab Aryssa sambil meletakkan bekas cermin mata ke dalam sling bagnya.
"Kalau tak pakai boleh nampak ke?"
"Takat muka kau kat depan ni, boleh nampak lagi," jawab Aryssa selamba. Tersenyum Ku Adlee dengan jawapan Aryssa.
"Sorry nak tanya, kenapa kau ambil PJJ untuk degree? Kenapa tak sambung terus lepas habis diploma? Again, sorry kalau soalan aku ni buat kau offended. Just curious," soal Ku Adlee sambil menyuap Nasi Goreng Cina ke mulutnya dengan sudu.
Terhenti suapan Aryssa mendengar soalan Ku Adlee. Nak cerita ke ek? Tapi kalau aku tak cerita pun, mesti dia akan tahu dari mama dia juga.
"Tak tahu lah nak cerita ke tak. Tapi kalau aku tak cerita, mesti kau akan tanya mama kau jugak kan?" mengecil mata Aryssa memandang Ku Adlee. Tergelak kecil Ku Adlee dengan prasangka Aryssa.
"Oh, so mama tahu lah kenapa? Tapi aku lagi suka tanya tuan badan sendiri," jawab Ku Adlee dengan senyuman nipis di bibir.
"Emm, tak tahu nak mula dari mana. Long story short, waktu last semester diploma, family aku ada masalah besar, ayah aku larikan diri and I don't know why. No explanation on that. Pooff! Ayah aku hilang. Ayah aku ada bagi surat minta aku jagakan umi dan adik lelaki aku. Ada benda dia nak settlekan tentang masalah yang kitorang hadap waktu tu," panjang Aryssa bercerita. Setia Ku Adlee mendengar tanpa menyampuk sedikit pun.
"Jadi aku terpaksa berdikari, aku habiskan diploma, aku cari kerja based on sijil diploma. Umi resign sebab dia tak sihat since ayah tinggalkan kitorang. Aku kena kerja sebab nak cover adik aku continue degree dia. So, bila dah stabil, aku sambung lah degree. Pejam celik dah last semester dah pun," tambah Aryssa lagi.
Tidak tahu kenapa dia berasa selesa bercerita dengan Ku Adlee. Macam mana dia selesa bersama Kamilah, begitu juga dengan anak lelakinya ini.
Serius wajah Ku Adlee selepas mendengar cerita dari Aryssa. Lama dia merenung wajah Aryssa yang tenang.
"You such a strong woman Aara Aryssa, do you know that?" Redup pandangan Ku Adlee tepat ke mata coklat Aryssa. Mata bercahaya yang menyimpan seribu luka.
"Yes, I know. Kalau aku tak kuat, aku tak akan ada dekat sini," senyum Aryssa manis.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...