"Jom naik bilik." terus Ku Adlee bangun dan meletakkan tangannya di belakang pelipat lutut Aryssa dan memaut bahu Aryssa rapat ke dadanya. Terasa melambung badan Aryssa dikendong Ku Adlee.
"Ad! No no, put me down now!" marah Aryssa.
"Nope," selamba Ku Adlee berjalan mengendong Aryssa ke arah keluarga mereka.
"Ad, please malu lah Aara. Ada guest lagi tu!" Aryssa sudah menutup wajah dengan tangan halusnya.
"Nak malu apa sayang. Kita pengantin baru. Semua orang faham." Kenyit mata Ku Adlee.
"Ad, Aara buat-buat pengsan tau. Okay bye!" terus Aryssa melentokkan kepalanya ke dada Ku Adlee. Pura-pura pengsan. Cara ini sahaja boleh kurangkan rasa malu yang menebal.
"Lee! Aara kenapa?!" terkejut Sofiyah dan Kamilah melihat Aryssa tidak sedarkan diri di dalam dakapan Ku Adlee.
"Umi, mama, Lee naik dulu tau. Aara pitam tadi. Lapar sangat kut," jawab Ku Adlee. Terpaksa bohong sunat. Kesian pulak tengok bini sedaya upaya berlakon pengsan ni. Kena lah follow.
"Ya Allah, bawa naik. Kejap lagi mama minta staff hotel bawakan makanan untuk Aara. Lap-lap kan sikit kepala dia. Tukarkan baju dia. Panas tu," pesan Kamilah.
"Ya Allah Aara ni, lapar kenapa tak bagi tahu. Dia tu bukan tahan perut. Lapar sikit mula mabuk mencari tiang nak pitam," ujar Sofiyah kerisauan.
'Umi ni, hal tiang pun nak ungkit. Huwaaaa.' Teriak Aryssa dalam hati.
"Okay mama, umi, Lee naik dulu. Izinkan Lee tukarkan baju and mandikan Aara ya," senyum Ku Adlee. Sengaja mahu mengusik minah ni. Terasa satu cubitan halus singgah di dada Ku Adlee.
"Tak payah minta izin. Isteri Lee. Buatlah ikut suka Lee. Jangat sakitkan Aara sudah," Sofiyah menjawab dengan senyum sengetnya. Nakal umi ni!
Tergelak Ku Adlee lalu pamit ke bilik hotel yang sudah ditempah dari awal untuk mereka.
Perlahan Ku Adlee membaringkan isterinya ke atas tilam empuk di dalam suite mereka. Tidak sempat Aryssa mahu bangun dari pembaringan, laju Ku Adlee menolak semula tubuhnya untuk berbaring.
"Baring sayang. Jangan gerak ke mana-mana. Aku nak ambil first aid kejap." Terkebil-kebil Aryssa kembali berbaring. Tidak lama selepas itu, Ku Adlee kembali bersama sekotak first aid.
Ditanggalkan veil dan tudung Aryssa lalu mengucup dahi isterinya itu. Terasa panas wajah Aryssa malu.
Nampaknya Ku Adlee ni memang suka cium-cium, peluk-peluk, pegang-pegang dirinya ikut suka hati. Aku kena biasakan. Kalau tidak, mahu terkena serangan jantung di usia muda. Mana taknya, tiap kali kena cium, jantungnya bagai mahu melompat keluar!
"Aara tak biasa pakai kasut tinggi ke?" soal Ku Adlee sambil meletakkan ubat di luka belakang tumit Aryssa.
"Hmm, tak pernah. Aara selalu pakai flat shoes or sneakers je."
"Kenapa waktu mama pilih kasut, Aara tak minta pakai kasut yang Aara selesa?"
"Emm, tak apa lah. Sekali seumur hidup. Tu Aara try je. Lagi pun, nampak mama suka dekat kasut ni. Mama kata cantik dekat kaki Aara."
"Next time, kalau rasa ada yang tak kena, tak selesa, tak cantik, bagi tahu. Jangan sebab nak jaga hati orang, Aara sanggup tahan sakit macam ni. Teruk luka Aara ni sayang," bebel Ku Adlee lembut.
"Sikit je tu Ad. Aara okay je," bersungguh Aryssa meyakinkan Ku Adlee.
'Kenapa caring sangat lelaki ni. Cair aku dibuatnya. Huwaaa!'
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...