🤍 BAB 32

8.7K 281 0
                                    

Puas dihalau Tina dan Yanti di dapur yang sibuk mahu membantu Aryssa membuat sarapan buat penghuni rumah agam ini.

"Puan Aara, biar lah kami tolong. Nanti Datin marah kami bagi Puan masak sorang-sorang ni,' rayu Yanti. Tina di sebelah mengangguk-angguk kepala bersetuju.

"Ya Allah, tak apa. Saya nak masakkan untuk suami saya. Dah seminggu duduk sini saya tak dapat masakkan untuk dia. Bagi lah saya peluang kali ni. Please..." pujuk Aryssa.

"Boleh Puan, tapi kami tolong Puan ya?"

"Bahan semua dah saya siap kan Kak Yanti, tinggal nak masak je ni."

Sebab itu Aryssa mahu turun awal hari ini. Selalunya Kak Yanti dan Tina akan mula bekerja pada pukul 7 pagi. Tepat 6.30 pagi Aryssa sudah menggeledah dapur untuk mula sediakan bahan. Ingat mahu menggoreng bihun dan buat sandwich sikit.

Bising Tina dan Kak Yanti apabila masuk ke dapur melihat Aryssa sudah siap sedia untuk memasak.

"Kenapa ni Yanti, Tina?"

"Maaf Datin, Puan Aara tak bagi kami tolong Puan masak. Puas kami pujuk," jawab Yanti.

Kamilah memandang menantunya yang sudah tersengih di tepi sinki.

"Susah-susah je Aara. Tak payah masak pun tak apa," ujar Kamilah lembut.

"Aara nak masak untuk Adlee. Tak pernah lagi Aara dapat masakkan untuk dia. Please mama, kali ni bagi Aara masak. Aara masak sedap tau. Nanti mesti mama teringat-ingat," bukan main melangit confident Aryssa. Biar lah masuk bakul angkat sendiri. Siapa lagi nak angkat.

"Esok korang nak honeymoon dah, rehat-rehat je lah Aara," balas Kamilah lagi.

"Alah, honeymoon seminggu nanti pun rehat juga mama. Tak apa, Aara masakkan tau. Kak Yanti dengan Tina tolong prepare sandwich je lah macam tu."

"Iya lah, mama duduk sini lah tunggu Aara masak," ujar Kamilah lalu duduk di island table sambil mengupas buah oren di atas meja.

Suka betul Kamilah melihat Aryssa seperti sudah biasa dengan dapur rumahnya. Memang dia tidak silap memilih menantu.

'Kalau abang hidup lagi, mesti abang pun suka dekat menantu kita ni bang...' bisik hati Kamilah. Teringat pula pada arwah suaminya.

Dari dahulu suaminya ada mengatakan hasrat untuk cuba satukan anak kawan baiknya, Inspektor Arian dengan anaknya Ku Adlee Raiz. Tak sangka pula, jodoh diorang sampai tepat pada waktunya. Tak perlu bersusah-susah menjodohkan. Dah tertulis jalan cerita mereka mudah begini.

"Aara tak apa ke nanti lepas balik honeymoon, terus ada final exam?" tanya Kamilah prihatin. Teringat pula jadual peperiksaan yang bakal ditempuh menantunya ini.

Puas juga Kamilah cuba adjust jadual peperiksaan universiti dengan tarikh perkahwinan Aryssa dan Ku Adlee, tetapi terkena pula tarikh mereka baru habis berbulan madu.

Risau menantunya itu tidak dapat fokus percutian kerana risaukan peperiksaan yang bakal menjelma.

"Tak apa mama, seminggu ni pun Aara ada study dekat bilik. Cuma fokus Aara asyik lari je."

"Kenapa pula tu?"

"Anak lelaki mama tu asyik kacau Aara je," rungut Aryssa. Tergelak besar Kamilah bergema suara di dapur.

"Seronoknya mama. Gelak apa tu?" soal Ku Adlee. Panjang umur si pelaku yang menganggu ketenteraman Aryssa.

"Aara kata Lee asyik kacau dia nak study je."

Mengecil mata Ku Adlee memandang Aryssa.

"Amboi, kaki mengadu eh. Biashe dia tu." Ku Adlee datang menghampiri Aryssa sambil bercekak pinggang.

"Betul lah, Aara nak study pun susah. Ad asyik menempel je," selamba Aryssa merungut.

Tangan lincah menyenduk Bihun Goreng yang sudah siap ke dalam mangkuk. Sandwich pula sudah siap Tina dan Kak Yanti potong kecil-kecil dan diletakkan di atas piring.

"Wah, nampak sedap. Meh sayang, aku bawak kan," teruja Ku Adlee membawa mangkuk itu ke meja.

"Assalamualaikum!" Ceria wajah Raina dan Raisa muncul di meja makan.

"Waalaikumussalam. Ha, duduk cepat jom makan. Kak Aara masak ni. Tengok pun tahu sedap, ujar Kamilah sambil laju melabuhkan punggung ke kerusi bersiap sedia untuk makan.


"Sedapnya baby!" terangguk-angguk kepala Ku Adlee menikmati hasil air tangan isterinya.

Kamilah juga terangguk-angguk setuju dan mula menambah untuk kali kedua.

"Kak Aara, kenapa leher Kak Aara tu? Macam lebam," tegur Raina yang sedang mengunyah sandwich.

Semua memandang ke arah Aryssa. Tersekat rasa bihun di tekaknya.

'Aduh, nampak jugak ke?' Laju tangannya membawa rambut panjangnya ke hadapan bagi melindungi lehernya yang terdedah.

"Err, ada ulat gigit," jeling Aryssa atas bawah pada Ku Adlee. Dia boleh buat senyap ek. Cover lah sikit aku ni ha. Hampeh betul lah.

"Ulat apa Aara? Meh sini aku tengok," Ku Adlee sengaja menyakat. Mencerlung tajam mata Aryssa pada Ku Adlee.

"Jangan lah tegur leher Kak Aara tu. Biasa lah, pengantin baru. Ulat beluncas memang suka merenyam dekat situ. Biar kan. Mana tahu korang dapat rama-rama tahun depan," tersengih-sengih Kamilah memandang ke arah Aryssa dan Ku Adlee.

Raina dan Raisa mula mengecilkan mata mereka. Sudah mula faham.

"Euwww, Abang Lee! Abang Lee gatal dengan Kak Aara!" Jerit Raina sambil menutup mulutnya.

"Abang Lee jangan lah sampai gigit! Kesian Kak Aara!" Jerit Raisa juga.

Terkulat-kulat Aryssa dikerusinya. Nak ditelan bihun goreng pun rasa kesat. Nak minum air pun rasa nak tercekik. Aduhai mana lah nak sorok muka ni. Ku Adlee pula seronok ketawa melihat wajah kelat adik kembarnya. Tidak perasan bini di sebelah sudah menghijau.

Akhirnya faham sudah apa yang sudah terjadi pada leher Aryssa. Umur 21 tahun dah masing-masing. Pandai-pandai lah fikir.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now