🤍 BAB 54

8.2K 263 7
                                    

Terjaga Ku Adlee dari tidur apabila meraba ruang di sebelahnya kosong. Terus diangkat kepala mencari-cari isterinya. Dilihat jam sudah ke angka 9 pagi.

Haih, padah tertidur selepas subuh. Seluar track hitam disarungkan dan membiarkan tubuh badannya sahaja tidak berbaju.

Berkerut dahi melihat isterinya di dapur lincah menggoreng sesuatu.

"Baby..." Ku Adlee merangkul pinggang Aryssa dari belakang dan mencium lembut bahu isterinya itu.

"Hai abang!" tegur Aryssa ceria.

"Dah sihat lah tu?" tanya Ku Adlee sambil menongkat dagunya ke bahu Aryssa.

"Dah!" Aryssa menjawab sambil tangannya mengambil sudu lalu dicedok sedikit nasi goreng dari kuali. Disua ke arah Ku Adlee untuk dirasa.

"Hmm, sedap. Nak makan!" teruja Ku Adlee. Laju langkahnya menuju ke meja makan. Menanti dengan sabar nasi goreng air tangan isterinya.

"Abang cuti ke hari ni?" soal Aryssa sambil menyenduk nasi ke pinggan Ku Adlee.

"Abang memang akan ambil cuti dua hari lepas balik dari outstation kalau tak ada apa-apa yang urgent dekat office. Lagipun nak teman Aara dekat rumah," jawab Ku Adlee. Ditarik kerusi di sebelahnya menyuruh Aryssa duduk.

"Tapi Aara MC hari ni je. Tak apa lah, esok Aara nak ambil cuti lah. Nak duduk dengan abang dekat rumah," ujar Aryssa sambil mula menyuap nasi goreng. Tersenyum Ku Adlee melihat isteri yang sudah sihat itu.

"Hari ni, Aara ada nak pergi mana-mana tak? Abang bawakkan. Jom dating," Ku Adlee mengenyit mata pada Aryssa yang kelihatan comel di sebelahnya. Melebar senyuman Aryssa mendengar ajakan dari Ku Adlee itu.

"Aara nak window shopping boleh abang? Window je..."

"Window? Kenapa window? Apa tu?" tanya Ku Adlee tidak faham.

"Maksudnya tengok-tengok je. Tak nak beli apa-apa pun."

"Ooo, kenapa window? Kenapa tak pintu ke?" soal Ku Adlee polos.

"Simboliknya, dekat window kita boleh intai-intai, jenguk-jenguk, tengok-tengok. Sebab tu panggil window. Kalau pintu nak intai mana boleh. Tak nampak..." jawab Aryssa yakin dengan teori datang dari langit tu.

"Memandai je baby. Teori mana petik ni?" Aryssa hanya menjungkitkan bahunya. Karang sebut dari langit, kena bahan pulak.


*****


Puas Ku Adlee melayan Aryssa ke setiap butik yang dimasuki mereka. Yang membuatnya geram, satu pun tak dibeli Aryssa. Entah apa yang dicarinya.

Sudahnya ditarik lembut tangan isterinya masuk ke dalam butik baju formal. Dipaksa isterinya mencuba kemeja, blouse dan seluar. Nampak cantik, terus sahaja Ku Adlee membayar di kaunter. Dibelikan juga beberapa pasang hoodie buat Aryssa memandangkan isterinya itu gemar memakai hoodie bersama topi apabila keluar malam bersamanya.

Berjalan lagi mereka berpegangan tangan masuk ke butik tudung mewah. Ku Adlee memilih random corak selendang dan tudung bawal yang cantik dimatanya dan terus membuat bayaran di kaunter. Terkebil-kebil Aryssa melihat perlakuan suaminya.

"Abang, kan Aara kata nak window je!"

"Tak boleh, dah masuk kena beli. Aara je window. Abang pintu, tok tok assalamualaikum, saya nak beli semua untuk isteri saya," selamba Ku Adlee menjawab. Mengecil mata Aryssa pada suaminya itu. Nakal betul lah dia ni.

Laju langkah kaki Ku Adlee ke butik lingerie pula. Terhenti langkah Aryssa. Eh, tak nak masuk, tak nak masuk!

"Kenapa stop baby? Jom masuk."

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now