"Ad..." seru Aryssa.
"Ya Aara sayang..." jawab Ku Adlee lembut.
Terpempan seketika Aryssa mendengar sahutan Ku Adlee. Buat hatinya rasa berbolak-balik.
Jujur dia sudah mula rasa sayang pada tunangnya ini. Perasaan suka sudah berbuah menjadi sayang. Tetapi dia tahu, dia tidak layak untuk Ku Adlee.
"Aku rasa, kita tak boleh teruskan pertunangan ni Ad..." perlahan suara Aryssa hampir tidak kedengaran. Terpempan Ku Adlee mendengar ayat itu.
"No, Aara Aryssa! Hubungan kita tak ada kaitan dengan semua ni. Jangan cakap macam tu lagi Aara. Aku tak suka," bantah Ku Adlee.
Terasa mahu gugur jantung mendengar bicara Aryssa sebentar tadi. Tak dapat bayang dia kehilangan Aryssa. Seboleh-boleh dia mahu percepatkan perkahwinan ini sebelum rintangan lain pula yang datang.
"Kita tak sekufu Ad. Lagi pun nanti Raifa tahu juga. Raifa mesti tak suka aku Ad..." bertakung lagi air mata Aryssa memandang Ku Adlee.
"Aara, yang nak kahwin tu kita. Bukan Raifa. Nanti lama-lama Raifa mesti boleh terima. Dia pun suka kau selama ni. Lambat laun dia mesti boleh terima hal ni Aara. Kita bertunang sebulan, lepastu kita kahwin okay? Please..." rayu Ku Adlee.
Lama Aryssa memandang wajah Ku Adlee di sebelah. Cuba menimbang keputusan meneruskan pertunangan mereka.
"Jom balik, jumpa ayah. Dia tunggu kau dekat rumah. Aku tahu kau rindu sangat dekat dia," pujuk Ku Adlee lagi. Mencebik Aryssa sambil menyeka air mata di pipinya.
"Kau ni, menangis pun cantik. Tunang siapalah ek?" komen Ku Adlee sambil bangun dari kerusi batu itu. Aryssa juga bangun dari kerusi.
"Tunang kau lah," selamba Aryssa menjawab.
Laju langkah kaki Aryssa berjalan menuju ke arah Axia merahnya untuk pulang ke rumah. Tergelak kecil Ku Adlee dengan respon Aryssa. Lega hatinya, berjaya memujuk gadis itu.
Setibanya Aryssa dan Ku Adlee di rumah, kelihatan adiknya Arif Aihan sudah menangis berpelukan dengan bapanya, Arian. Sofiyah juga memeluk Aihan dari belakang turut menangis.
Terhenti pelukan mereka apabila melihat Aryssa yang sudah tercegat di pintu masuk.
"Come Aara," ajak Ku Adlee menuju ke arah Arian.
"Aara sayang..." seru Arian sambil mendepakan tangan. Laju langkah Aryssa ke arah Arian dan menangis di dada ayahnya itu. Erat pelukan Aryssa di tubuh sasa ayahnya.
"Maafkan ayah Aara sayang... ampunkan ayah..." teresak-esak Arian menangis sambil mengusap kepala anak perempuan kesayangannya itu.
Eleanor yang sedari awal berada di rumah Aryssa masih setia di tempatnya. Eleanor tidak sangka Aryssa menyimpan seribu luka di hati selama ini. Tidak pernah Aryssa membuka mulut tentang kemelut keluarganya. Melihat Aryssa menangis teresak-esak membuatkan dirinya tidak dapat menahan sebak. Jatuh juga air matanya. Puas hujung lengan baju kurungnya digunakan untuk mengelap air mata yang mengalir.
Terkedu apabila satu tangan menyua beberapa helai tisu ke hadapan wajahnya. Mata Aihan yang memerah kerana menangis tadi tepat merenung wajah Eleanor.
"Err, thanks." Laju tangan Eleanor mengambil tisu dan mengelap air mata di pipi.
Usai reda tangisan mereka satu keluarga, mereka kembali duduk di sofa. Ku Adlee duduk di sofa bersebelahan dengan Kamilah. Adik-adik kembarnya sopan duduk bersimpuh di atas lantai menyaksikan pertemuan keluarga Aryssa bersama Arian.
"Aara sayang sihat? Ayah rindu tengok anak dara ayah ni depan mata. Makin cantik, makin berseri, makin matang..." ujar Arian sambil mengusap kedua-dua pipi Aryssa.
"Ayah minta maaf. Ayah tinggalkan tanggungjawab ayah di bahu Aara selama ni. Tapi ayah tahu, ayah kenal anak dara ayah ni. Aara kuat, Aara pandai berdikari, Aara selalu utamakan keluarga berbanding diri Aara. Sedikit sebanyak sifat-sifat Aara tu buat ayah rasa yakin dengan Aara. Ayah yakin Aara boleh jaga diri, jaga Han dan umi untuk ayah..." mengalir lagi air mata Arian. Mengenangkan tanggungjawab yang patut digalas olehnya, telah diletakkan di bahu Aryssa.
"Ayah nak tahu tak, ayah silap," balas Aryssa perlahan.
Diam semua yang berada di situ mendengar.
"Aara tak kuat ayah. Aara tak pandai berdikari. Tapi Aara tak ada pilihan. Ayah tahu tak, umi rindukan ayah sangat. Umi takut tidur sorang, umi selalu meracau waktu tidur, umi selalu menangis rindukan ayah. Kitorang keliru. Dengan hal arwah Abang Ariq, dengan kehilangan ayah lagi. Doktor kata umi ada depression ayah. Hati Aara ni macam kena gores-gores bila tengok umi macam tu hari-hari. Aara tak kuat langsung. Kadang-kadang Aara rasa nak lari dari semua ni. Ada masa Aara tak nak hidup lagi. Sebab Aara penat... Aara tak buat apa-apa pun Aara rasa penat," luah Aryssa lemah. Menggigil rasa tangannya. Sungguh dia tidak pernah suarakan apa yang dia rasa dan alami selama ini.
"Aara jangan cakap macam tu. Jangan penat untuk hidup Aara!" Laju Arian memeluk Aryssa dan mengusap kepala Aryssa penuh kasih. Bertambah rasa kesal di hati melihat Aryssa yang sudah rapuh begini.
Ku Adlee meraup wajahnya dan menunduk ke lantai. Teringat akan kata-kata Kamilah.
"Peritnya kita hilang babah untuk selama-lamanya, tapi perit lagi Aara hilang ayah yang dia sendiri tak tahu keberadaannya. Hidup? Mati? Kalau mati, mana kuburnya. Perit hidup dalam tanda tanya."
Aku akan bahagiakan kau, aku akan sayangkan kau sepenuh hati aku Aara. Aku harap, aku dapat bagi kebahagiaan buat kau. Untuk tebus balik segala duka kau selama ni. Aku janji Aara Aryssa.
Akhirnya terlerai sudah kemelut keluarga Aryssa. Sofiyah mempelawa keluarga Ku Adlee untuk makan malam dahulu selepas solat maghrib sebelum mereka pulang. Aryssa yang sedang 'cuti solat' bertungkus-lumus memasak lauk ringkas buat keluarga Ku Adlee sementara mereka masing-masing berehat dan menunaikan solat maghrib.
"Ryss, aku kena balik dulu lah. Tak sempat nak dinner sini," ujar Eleanor sambil tangannya mengambil jaket kulit dan disarungkan ke tubuh. Dia menyanggul rambutnya tinggi kemas sebelum mengambil helmetnya di atas rak dapur Aryssa.
"Alah, kenapa? Daddy kau dah cari ke?"
"Ha'ah, seharian dia tak nampak aku dekat office and rumah, panas bontot dia cari aku," bebel Eleanor.
Daddynya selalu mengongkong pergerakannya di luar. Disebabkan perangai daddynya itu, dia sengaja memberontak buat semua benda yang daddynya tidak suka.
"Sorry Lea, terpaksa kau tengok drama TV3 tadi dekat sini," gurau Aryssa.
"Itulah, sedih babe drama tadi. Aku tengok heroin dia menangis, dengan aku sekali ikut menangis. Tapi nasib ada sorang hero kasi aku tisu untuk lap air mata."
"Siapa pulak hero kau tu?" berkerut dahi Aryssa.
"Abang Han..." jawab Eleanor selamba. Terdiam Aryssa sebelum membuat muka jijik.
"Eww! Mengada kau eh! Abang Han??? Bluekkkk! Dah berambus sana. Sebelum aku muntah kahak najis mughallazah, baik kau balik," halau Aryssa dengan wajah kelatnya.
Terbahak-bahak Eleanor ketawa melihat wajah cemberut Aryssa di pintu dapur.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...