🤍 BAB 58

7.2K 225 0
                                    

Berombak dada Tan Sri Emran, tidak sedar tangannya sudah mengangkat tongkat. Laju pengawal rumah menahan tongkat tersebut dari melayang ke tubuh Aryssa.

"Tan Sri! Cukup! Cukup lah Tan Sri pukul Eleanor. Jangan buat tetamu macam Tan Sri buat dekat anak Tan Sri!" herdik pengawal itu.

Terjegil mata Tan Sri Emran ke arah pengawalnya itu.

"Kalau tongkat ni betul-betul hinggap dekat tubuh isteri saya, saya tak akan teragak-agak untuk balas sepuluh kali ganda lebih perit lagi dekat Tan Sri!" berang Ku Adlee.

Ku Adlee merampas tongkat lelaki itu lalu dicampak jauh tongkat tersebut sehingga terperosok ke bawah kabinet mewah rumah itu. Pantas tangannya meraih tangan Aryssa dan berlalu keluar dari rumah agam itu.


Gelisah Aryssa di dalam kereta menuju ke rumah keluarganya. Ku Adlee hanya berdiam diri untuk memberi ruang Aryssa bertenang sendiri. Walau banyak soalan yang hendak diutarakan, tetapi disimpan sahaja dahulu. Tidak sampai hati mahu menganggu fikiran isteri yang sudah sedia serabut itu.

Tak dilepas genggaman tangannya pada tangan Aryssa. Sesekali dia mengucup lembut tangan itu bagai memujuk.

Sampai sahaja di rumah keluarga Aryssa, laju langkah kaki isterinya memasuki ke ruang dapur.

"Umi!" Aryssa memeluk Sofiyah dari belakang. Tersentak uminya yang sedang mencuci pinggan.

"Aara sayang? Eh, Ya Allah kenapa tak cakap nak balik?" tegur Sofiyah laju membalas pelukan Aryssa. Ku Adlee menghampiri Sofiyah lalu mencium tangan wanita tua itu. Wajah yang tidak dimamah usia. Masih kelihatan muda dengan tubuh kecil molek. Sesaiz sahaja dengan Aryssa. Comel ibu mertuanya ini.

"Kitorang singgah sekejap Umi. Aara rindu umi dia," balas Ku Adlee tersenyum.

"Iya ke. Ingat tidur sini– Eh, Lee sayang sihat? Aara nakal tak?" soal Sofiyah mengusik.

"Lee sihat Alhamdulillah. Aara nakal umi. Lepas tu degil... tapi tak apa, Lee sayang budak ketot ni. Nakal pun nakal lah," jawab Ku Adlee sambil memaut bahu Aryssa erat. Tajam jelingan Aryssa pada Ku Adlee. Sedapnya mengadu dia tu.

"Ayah mana umi?"

"Inspektor Arian tu dah diserap balik ke ibu pejabat," jawab Sofiyah tersenyum. Melopong mulut Aryssa dan Ku Adlee sebelum mengucapkan tahniah.

"Alhamdulillah. Dari hari tu dia dok kata rindu dengan kawan-kawan unit dia. Rindu nak siasat-siasat," Aryssa mencebik.

"Sekejap je tu. Nanti dia pencen lah. Badan pun dah tak fit," balas Sofiyah.

"Lee tengok ayah tu fit je umi. Untuk umur macam dia, sekali imbas orang ingat baru awal 40an. Handsome. Sebab tu kot anak dia ni pun cantik comel awet muda," puji Ku Adlee sambil mencubit sebelah pipi Aryssa. Terlepas tawa Sofiyah melihat pasangan pengantin yang dah tak berapa baru itu.

"Umi, Han mana?" soal Aryssa sambil melabuhkan punggungnya ke sofa ruang tamu. Terkaku Sofiyah yang baru mahu duduk. Lama dia terdiam.

"Umi, ada benda yang Aara tak tahu ke?" soal Aryssa lagi. Mengharapkan jawapan yang bakal diterima tidak sama dengan apa yang telah diperkatakan oleh Tan Sri Emran.

"Dah hampir seminggu Han ambil cuti. Dia nak cari Lea dekat France," perlahan Sofiyah memberitahu. Diraup wajahnya kerisauan.

"France? Lea dekat France?" bertubi-tubi soalan Aryssa kepada uminya.

"Umi tak tahu, tapi Han bersungguh nak cari Lea dekat sana. Dia macam agak-agak je. Umi pun izinkan. Kesian tengok dia macam kucing hilang bini. Han pun ada minta izin umi nak–" berkerut-kerut dahi Aryssa dan Ku Adlee menanti Sofiyah menghabiskan kata.

"–nak bernikah dengan Lea kalau dia dah jumpa Lea," keluh panjang Sofiyah.

"Nikah?!" serentak suara Aryssa dan Ku Adlee bergema. Terpempan masing-masing di sofa.


Malam itu, selesai sahaja Ku Adlee keluar dari bilik air, mata terus melilau mencari isteri kesayangan. Dari perjalanan pulang dari rumah umi dan ayah, Aryssa hanya berdiam diri melayan perasaannya.

TV di ruang tamu terpasang kuat, tetapi tuan yang menonton sudah dijemput lena. Ku Adlee mengambil remote di genggaman Aryssa, lalu menekan punat off.

Tersenyum melihat wajah letih isterinya terbaring di sofa menghadap TV sedang lena diulit mimpi.

Perlahan Ku Adlee mencempung isterinya dan dibawa ke bilik tidur mereka. Ku Adlee terus berbaring di sebelah Aryssa dan meraih tubuh isterinya ke dalam pelukan.

Terasa dadanya ditepuk lembut oleh tangan halus Aryssa. Aik, tak tidur ke budak ni?

"Aara?"

"Hmm..." sahut Aryssa perlahan.

"Aara tidur ke tak ni?" soal Ku Adlee.

"Tidur."

Diintai wajah Aryssa. Mata masih terpejam.

"Boleh jawab eh kalau tidur?" tergelak kecil Ku Adlee. Diusap-usap lengan Aryssa lembut.

"Abang tidurlah... Aara tidurkan abang ye," ditepuk-tepuk lagi dada bidang suaminya bagai mendodoi.

"Sorry, mesti abang penat bawa Aara ke sana ke sini hari ni," ujar Aryssa perlahan.

"Tak penat langsung baby. Mandai-mandai je dia. Ingat abang bapuk ke sikit-sikit penat," rungut Ku Adlee. Terlepas tawa Aryssa.

"Abang suruh Aara bergantung dengan abang kan? Jadi Aara pun cuba lah heret abang ke sana ke sini. Aara nak abang ada selalu dengan Aara. Tapi kan–"

"Tapi?"

"Tapi Aara takut, kalau satu hari abang cuba nak tinggalkan Aara, macam mana Aara nak survive? Sebab Aara dah biasa bergantung dengan abang... Aara jadi takut," sambung Aryssa. Berkerut dahi Ku Adlee.

Ditarik lembut dagu Aryssa mendongak memandangnya.

"'Kenapa pulak abang nak tinggalkan Aara?" soal Ku Adlee tidak puas hati. Aryssa hanya menjongketkan bahunya.

"Aara kata kalau–"

"Haih dia ni, jangan merepek boleh tak? Abang tak suka."

Memuncung mulut Aryssa.

"Ala, Aara kata kalau je... tu pun nak marah." Terus berpusing Aryssa membelakangi Ku Adlee lalu berselubung di dalam comforter sehingga menutup seluruh tubuhnya. Tak semena-mena air matanya bertakung.

Entah kenapa sampai nak menangis. Kau kenapa Aryssa. Menyampah dengan diri sendiri.

"Aik, Ya Allah baby, abang tak marah sayang. Abang tegur je. Ni kenapa sensitif sangat ni?"

Ditarik comforter yang menutupi tubuh isterinya itu. Perlahan Ku Adlee memusingkan badan Aryssa menghadapnya.

"Lah, menangis pulak. Aara, abang minta maaf. Sorry sayang... abang tak marah... shhh shhh," ditarik kepala Aryssa lalu dipeluk ke dadanya. Lembut Ku Adlee mengusap belakang tubuh Aryssa.

Tidak lama selepas itu, terasa senyap Aryssa di pelukannya.

"Lah, dah tidur pulak... pelik-pelik lah budak ni," tergelak kecil Ku Adlee menatap wajah Aryssa yang lena di lengannya dengan wajah yang masih basah dengan air mata.

Sedang matanya dipejam, ligat otaknya berfikir bagaimana mahu membantu adik iparnya di France. Kalau betul lah lelaki itu ada di sana.

Terbuka matanya teringat seseorang.

'Lah kau ni, apa guna Chad?' getus hati Ku Adlee.

Perlahan tangan kanannya meraba meja kecil tepi katil untuk mencapai telefon bimbit. Tidak mahu pergerakannya menganggu isteri tidur di lengan sebelah kiri.

Pantas tangannya memberi maklumat asas Arif Aihan pada Ilman. Meminta lelaki itu menjejaki pergerakan terakhir Aihan di Malaysia sehingga kini. Jika betul lelaki itu di France, boleh dia meminta Ilman mencari seorang lagi bodyguard dari syarikat pak cik lelaki itu untuk dihantar ke France bagi melindungi adik iparnya dan Eleanor.

Dia perlu berbuat sesuatu sebelum orang Tan Sri Emran menjumpai mereka di sana.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now