🤍 BAB 59

7.4K 229 11
                                    

Sudah hampir 5 bulan Aryssa dan Ku Adlee melayari bahtera perkahwinan mereka. Semakin mengenali Ku Adlee, semakin Aryssa tahu lelaki yang dianggap beku dahulunya itu rupanya seorang yang sangat soft spoken dan manja.

Jika Aryssa di depan mata, pasti suaminya itu akan menempel tidak jemu. Jika mereka berjauhan seketika, tidak lepas Ku Adlee akan bertanya khabarnya melalui whatsapp atau menghubunginya.

Aryssa pula di awal perkahwinan, kelihatan cool dan melayan sahaja manja suaminya. Cuma sejak kebelakangan ini, Aryssa pula kelihatan manja dari biasa. Sering menangis walau hal kecil. Menonton movie pun boleh teresak-esak Aryssa menangis macam lah dia heroin di dalam movie tersebut.

Ku Adlee perhati sahaja perubahan-perubahan emosi yang berlaku pada isterinya.

Ada juga dia bertanya pada Aryssa tentang period isterinya bulan lepas.

"Dah 2 bulan Aara tak period. Tak apa ke sayang?" soal Ku Adlee pada Aryssa yang sedang duduk memeluknya selepas sahaja mereka bersalam sesudah solat Isyak.

Terus Aryssa melepaskan pelukannya pada Ku Adlee. Ditatap wajah tampan suaminya itu sambil berfikir.

"Ha'ah lah, Aara pun baru perasan dah 2 bulan Aara tak period. Macam mana abang boleh tahu?" berkerut dahi Aryssa.

"I'm your husband baby. Kenapa abang tak tahu pulak. Abang ambil tahu semua hal luar dalam Aara tau," balas Ku Adlee. Tersengih Aryssa. Dipegang kedua belah pipi Ku Adlee sambil mengetap bibirnya geram.

"Eee, abang ni sweet sangat. Benda macam tu pun abang ambil tahu," tergelak Aryssa lantas mencium pipi Ku Adlee manja.

"Tak apa ke period tak datang tu sayang?"

"Tak apa kot. Sebelum kahwin pun memang selalu period Aara tak stabil. Kadang-kadang sampai 3 bulan Aara tak period. Tapi lepas-lepas tu dia okay balik," jawab Aryssa.

"Ooo, okay lah macam tu. Abang risau takut Aara ada sakit pelik-pelik."

"Tak adalah, Insyaallah. Sebab tu kot Aara susah nak mengandung. Period Aara selalu tak stabil," cebik Aryssa.

"Jangan cakap macam tu baby. Abang tak kisah pun soal tu. Ada rezeki, ada lah. Yang penting Aara tu sihat-sihat je. Faham?"

"Okay abang. Thank you abang selalu back up Aara bila orang tanya pasal baby dekat kita," tersenyum kelat Aryssa.

"Entah-entah abang yang problem tak?" tanya Ku Adlee. Berkerut dahi Aryssa.

"Problem apanya?"

"Entah-entah berudu abang tak kuat lari. Sebab tu tak sampai-sampai," ujar Ku Adlee dengan wajah polos.

"Hahh?" tercengang Aryssa dibuatnya.

"Apa abang ni? Hahahahahaha! Tolong jangan buat kelakar eh Ku Adlee Raiz!" terbahak-bahak Aryssa ketawa sehingga keluar air matanya.

Mengecil mata Ku Adlee melihat isterinya yang sedang terhibur teruk itu.

"Adoi, kelakar lah abang ni..." ujar Aryssa dengan sisa tawanya sambil mengelap sedikit air di hujung matanya.

"Abang pandai berenang tak?" soal Aryssa selepas tawanya reda.

"Pandai. Kenapa?"

"Nanti abang praktis lagi berenang laju-laju. Mana tahu skill renang abang meningkat, boleh abang turunkan skill tu ke berudu-berudu abang tu. Laju sikit diorang berenang. Barulah sampai. Lari memang lah tak sampai. Dorang kaki pun tak ada. Hahahahaha!" ketawa Aryssa lagi sehingga terbaring di sejadah mereka.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now