🤍 THE END 🤍

10.7K 268 33
                                    

5 jam juga Ku Adlee menemani Aryssa di bilik bersalin. Menunggu bukaan buka sepenuhnya. Berpeluh-peluh Aryssa menahan contraction yang semakin kerap. Ku Adlee membiarkan sahaja tangannya digenggam Aryssa kuat. Ada kala dicium tangan isterinya itu.

Tidak putus berdoa semoga semuanya selamat.

"Puan, bukaan dah penuh, puan boleh teran ikut macam yang saya dah ajar sebelum ni ya," pesan Doktor Yasmin, selaku doktor yang bertugas menjaga kandungan Aryssa selama ini.

Aryssa mengangguk. Dia sudah tidak peduli, dia rasa nak teran sahaja sekarang ini.

"Encik Adlee nak sambut? Mari sini sebelah saya. Kepala baby dah keluar. One last push Puan Aara, 1 2 3, push!" Meluncur bayi lelaki keluar dan disambut oleh Ku Adlee.

Menggeletar tangannya memegang anak sulung yang ditunggu-tunggu itu. Terdengar tangis anak lelakinya yang seberat 2.5kg itu. Alahai comel halus je anaknya ini. Tapi kenapa perut isterinya besar bukan main?

Sementara jururawat membersihkan anaknya, terdengar Aryssa bersuara.

"Doktor, saya rasa nak teran." Berkerut dahi Ku Adlee menghampiri Aryssa.

"Aara nak teran apa lagi sayang?" soal Ku Adlee. Berpeluh-peluh Aryssa cuba menahan sakitnya.

"Doktor, kenapa isteri saya sakit lagi?"

"Encik bertenang, come here kita sambut sorang lagi baru nak keluar," ujar Yasmin sambil memberi sepasang lagi sarung tangan getah kepada Ku Adlee.

"So– sorang lagi??" ternganga Ku Adlee di hadapan Doktor Yasmin.

"Puan tak bagitahu ke anak Encik kembar? Okay-okay lupakan dulu, come sambut lagi sorang. Puan ready, teran macam tadi ya, kali ni lagi senang Insyaallah," ujar Doktor Yasmin yakin.

Dengan dua kali push, keluar seorang lagi bayi perempuan seberat 2.1kg. Terpana Ku Adlee melihat seorang lagi anaknya yang tidak disangka-sangka itu. Ya Allah, nikmat apa lagi kau dustakan.


Selesai sahaja Ku Adlee azan dan iqamat kedua-dua anaknya, dicium dahi Aryssa lama sambil mengenggam erat tangan isterinya itu.

"Thank you baby, susah lahirkan anak-anak abang. Baby kenapa tak bagitahu abang yang anak kita kembar?"

"Surprise..." jawab Aryssa lemah. Tersenyum Aryssa melihat air mata Ku Adlee mengalir di pipi.

"Abang kenapa menangis. Aara okay lah..."

"Abang terharu... susah payah Aara bawa anak-anak abang ke sana ke sini, lahirkan diorang serentak untuk abang. Tak terbalas jasa Aara untuk abang," sayu wajah Ku Adlee menatap mata coklat Aryssa.

"Itukan tugas Aara... Aara nak jadi ibu untuk anak-anak abang. Susah macam mana pun, Aara tak kisah janji Aara dapat bagi zuriat untuk abang. Insyaallah, kita jaga sama-sama amanah ni ya abang. Dah jangan menangis. Meh peluk Aara," Aryssa mendepakan tangannya ke arah Ku Adlee.

Perlahan Ku Adlee memeluk isterinya erat. Dicium dahi, hidung dan bibir Aryssa.

"Patutlah Aara sibuk beli semua benda sampai dua. Katil pun sampai dua. Abang ingat Aara punya mengidam nak semua benda sampai dua. Abang layankan je lah. Abang siap dah rasa nak sedekah dah katil, car seat yang Aara beli extra tu."

"Abang...!" marah Aryssa perlahan.

"Ha, rahsia-rahsia lagi... nasib abang tak sedekah lagi tau." Tergelak kecil Aryssa.


Riuh kediaman Kamilah dengan dua tangis anak-anak Ku Adlee dan Aryssa. Tergelak Aryssa melihat Kamilah dan Sofiyah mendodoi kedua-duanya memujuk.

Aryssa melabuhkan punggung di birai katil sambil dibantu oleh Ku Adlee. Discaj sahaja, terus mereka ke mansion Kamilah untuk menjalani tempoh berpantang di sini.

LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️Where stories live. Discover now