Terimbau segala memori ketika 10 tahun lepas di kepala Aryssa. Otaknya sudah tidak boleh berfungsi ketika ini. Apa yang disembangkan di dalam mesyuarat itu pun dia sudah tidak boleh hadam.
Selesai sahaja mesyuarat, laju langkah kaki Aryssa keluar dari bilik mesyuarat tersebut diikuti dengan yang lain.
Tinggal lah Managing Director dan seorang pekerjanya di bilik itu. Lelaki itu mengambil lampiran attendance meeting dan menilik nama-nama di lampiran tersebut.
'Jumpa!'
Aara Aryssa, Asst. Engineer, 014-xxxxxxxx
"Tuan nampak tak fokus dalam meeting hari ni? Kenapa?" tanya Naim.
Pelik melihat perangai bos merangkap kawan baiknya itu hari ini. Seperti tidak fokus dan sering menghala pandangan ke arah seseorang. Ini bukan perangai Ku Adlee Raiz!
Bosnya itu sangat komited dan fokus di dalam meeting. Ku Adlee juga sering dipuji staff bawahan kerana suka mendengar pendapat mereka. Walau pendapat mereka kedengaran karut, tetap juga Ku Adlee hormat dan terima pandangan mereka.
"Nothing," ringkas sahaja jawapan Ku Adlee pada soalan Naim. Sambil itu, laju jarinya menyimpan nombor Aryssa di telefon bimbitnya.
*****
Kelihatan sebuah kereta hitam diparkir di bawah garaj bertutup di sebelah rumah agam milik keluarganya.
Ku Adlee melangkah masuk ke dalam rumah dan menegur mamanya yang baru keluar dari ruangan dapur.
"Mana Pak Yan mama?" tanya Ku Adlee dan tunduk mencium tangan Kamilah.
"Lee lupa ke harini Rai balik dari Sydney. Habis exam. Balik sekejap katanya."
Ku Adlee baru teringat. Oh, patutlah adiknya itu sibuk beriya mengajak bercuti ke Terengganu weekend ini. Nak healing. Healing apa tak tahu lah.
"Lee lupa. Patut lah Rai ajak Lee jalan Terengganu weekend ni. Mama free tak? Kalau free, jom kita holiday sama-sama," pelawa Ku Adlee sambil menanggalkan tali lehernya.
"Mama ada kelas Lee. Tak apa, Lee bawa lah adik-adik Lee tu," jawab Kamilah.
Sibuk betul mamanya sorang ni. Semester ini, Kamilah perlu mengajar pelajar semester akhir, jadinya jadual kelas agak sibuk walaupun hanya pada hari Sabtu dan Ahad.
"Assalamualaikum!" kuat Ku Aira Raifa memberi salam lalu berlari ke arah Kamilah dan memeluk mama kesayangannya itu.
Kemudian baru dia tunduk bersalam dengan Ku Adlee dan memeluk abangnya kuat.
"Abang Lee kenapa tak ambil Rai dekat airport! Rai tak suka lah Pak Yan jemput Rai," memuncung bibirnya merajuk dengan Ku Adlee.
"Sorry Rai, abang lupa. Tak apalah, sama je abang jemput ke, Pak Yan jemput ke, Rai sampai juga dekat rumah ni," balas Ku Adlee.
Tidak suka melihat adiknya yang selalu berkasar dengan Pak Yan. Sudah berbuih mulutnya menasihati gadis itu untuk tetap hormat Pak Yan walau marah macam mana pun Raifa terhadap orang tua itu.
Malam itu, Ku Adlee tidak boleh tidur. Puas dia mengiring ke kiri dan ke kanan. Wajah Aryssa tersemat kukuh di kepalanya. Wajah yang pernah menjadi pujaannya dahulu.
'Haih Ryss, kuatnya jodoh kita. Aku ingat kita tak kan dapat jumpa dah.'
Tangan diletakkan ke dahi memikirkan bagaimana mahu mendekati wanita itu.
Aryssa seperti mengelak dari pandangannya sepanjang dalam meeting di pejabat pagi tadi.
Tamat sahaja meeting, laju sahaja langkah gadis itu keluar. Seolah tidak mahu berjumpa dengannya lagi.
'Harap kau tak kahwin lagi lah Ryss. Janda pun tak apa lah. Single lagi lah bagus. Tapi mana mungkin wajah jelita itu masih single?'
'Argh, serabut pulak kepala. Tak apa. Meeting next week mesti dia ada lagi.'
'Kau tunggu Ryss,' bisik kecil hati Ku Adlee.
*****
Selesai sahaja mandi dan mewangikan diri, Aryssa terus berbaring di atas tilamnya. Pantas jarinya menghantar Whatsapp kepada Haifa.
- Faaaaaa!
Haifa
- Yawww. Kenapa tuuuu?- Nak tau tak, tadi aku ada meeting dekat office client.
- Guess what? tu company Ku Adlee 🥲Haifa
- 😱 seriously?! So lepastu? jumpa dia tak?
- dia kenal kau lagi tak? dia macam mana sekarang?
- bapak ah confirm kaya babe.
- Company sendiri tu maksud kau?
- Company ayah dia, lepastu dia take over.
- Dia macam tu jugak, cuma nampak lagi matang.
- Nervous aku nyah. Puas aku nyorok muka aku dekat belakang member.
- Tak sure dia ingat aku ke tak? Dia pandang tapi tak ada tegur ke apa.
- Habis meeting aku terus blah laju-laju.Haifa
- Dah asal kau lari? Tegur je lah!
- Segan Faa. Tengok lah dia. Managing Director.
- Aku ni Degree pun tak habis lagi.
- Position pun takat assistant je 😢Haifa
- Ke situ pulak kau fikir..
Sungguh terasa jauh jurang di antara Aryssa dan Ku Adlee. Jauh di sudut hati berharap untuk tidak berjumpa lagi dengan lelaki itu.
Lega juga dia bila mengenangkan dia tidak perlu menghadiri mesyuarat minggu hadapan jika Melissa sudah sihat dan kembali bekerja.
Kedengaran ketukan di pintu biliknya kuat dan tersembul wajah adik lelakinya Arif Aihan.
"Aara sayang, umi cari kau. Dia menangis," kelihatan risau riak wajah adiknya.
"Hah, yeke?" bergegas Aryssa keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik uminya.
"Umi kenapa?" tanya Aryssa lembut seraya duduk di tepi katil bersebelahan uminya. Umi tidak menjawab tetapi kuat pelukan umi ditubuhnya.
"Tak apa Han, aku tidur dengan umi malam ni. Kau rehat lah," ujar Aryssa sambil membaringkan uminya. Ditepuk tepuk bahu uminya sehingga tidur kembali.
Perlahan Aihan menutup pintu bilik apabila melihat uminya sudah tidur kembali.
Lega. Serba salah juga terpaksa memanggil kakaknya untuk memujuk umi.
Kadang-kadang pujukannya berhasil, tetapi ada masa umi mahukan Aryssa juga.
Begitulah rutin Aryssa di rumah. Boleh dikira dengan jari berapa kali sahaja dia tidur di biliknya sendiri. Selebihnya dia akan tidur di bilik uminya.
Sejak kejadian hitam yang berlaku pada keluarganya, umi sering kemurungan. Apabila sudah tidur, pasti akan terjaga dan meracau-racau. Kesihatannya menjadi semakin merosot sehingga terpaksa berhenti kerja. Tinggal lah Aryssa dan adiknya Aihan mencari rezeki buat keluarga kecil mereka itu.
YOU ARE READING
LEE'S: HIS SAVIOUR | C | ✔️
Romance1st HIS Series Ku Adlee Raiz x Aara Aryssa 'Hope to see you again' - KAR Nota yang ditinggalkan menjadi seribu tanda tanya buat Aara Aryssa. Kelakuan dan prihatin lelaki beku itu membuatnya keliru. Adakah mereka berkongsi perasaan yang sama? 10 tahu...