Cerita ini merupakan cerita kegemaran penulis. Namun, jalan ceritanya diubah agar ada unsur keinsafan dan tauladan. Ingat, tiada yang berkuasa selain Yang Maha Esa.
Di sebuah kampung kecil yang tenang, tersembunyi di bawah kabut pagi, Hamid duduk termenung di hujung sebuah warung usang. Kopinya sejuk, tapi fikirannya panas, mendidih dengan rasa benci dan dendam. Sudah lama perasaannya terhadap Ustazah Zakiah terpendam, tetapi setiap kali dia mendekati, dia ditolak dengan lembut. Senyuman Zakiah yang dulu membuatkan jiwanya bergelora, kini terasa pedih, seakan menikam hatinya.
Hamid adalah bekas banduan yang dihukum kerana mengasari pelacur yang dilanggannya sehingga cedera parah. Badannya sasa hasil latihan semasa jadi askar dahulu dan mukanya sangat garang. Kesan kedutan di dahi dan sepasang mata kecil yang selalu mencuri pandang membuatkan ramai orang merasa kurang selesa di sekelilingnya. Dia bekerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah tempat Ustazah Zakiah mengajar. Hamid bukanlah lelaki yang peramah, tetapi dia bijak menyorokkan niat sebenar di sebalik renungan tajamnya.
Ustazah Zakiah pula adalah wanita lemah lembut, dengan wajah yang cantik dan penuh ketenangan. Tudung labuhnya selalu rapi, membalut peribadi yang mulia dan penuh rasa tanggungjawab. Di sekolah, dia terkenal sebagai seorang pendidik yang sabar dan dihormati. Wajahnya sering tersenyum, walaupun dalam keadaan yang paling mencabar, menggambarkan kekuatan iman yang menebal dalam jiwanya. Dia tidak pernah menyedari bahawa ada mata yang selalu memerhatikannya dari kejauhan.
Hamid mula tertarik kepada Zakiah dari pertama kali dia melihatnya. Pada mulanya, dia hanya kagum dengan kecantikan dan kelembutan wanita itu. Namun, lama-kelamaan, kekaguman itu bertukar menjadi obsesi yang tidak sihat. Setiap hari, Hamid menanti peluang untuk mendekati Zakiah. Dia sering berdiri di pintu pagar sekolah, memperhatikan setiap langkah Zakiah dengan mata penuh nafsu.
Dia mula mengambil langkah-langkah kecil untuk menghampiri Zakiah. Pada mulanya, hanya sekadar berbasa-basi dengan memberikan senyuman sopan atau mengucapkan salam setiap kali mereka berselisih. Zakiah, yang tidak pernah menyangka apa-apa, hanya membalas dengan senyuman ringkas dan hormat, menganggap Hamid seperti staf sekolah yang lain.
Namun, Hamid lebih licik daripada yang disangka. Dia mula mengambil kesempatan dalam keadaan-keadaan yang lebih peribadi. Apabila Zakiah terpaksa pulang lewat kerana mesyuarat guru atau tugas tambahan, Hamid menawarkan diri untuk menemani atau membantu membawakan barang-barang yang berat. Pada awalnya, Zakiah tidak berasa curiga. Namun, Hamid semakin berani.
Suatu hari, Hamid mula memuji Zakiah secara lebih terang-terangan.
"Ustazah ni baik sangat... suami ustazah bertuah dapat isteri macam ustazah. Kalau saya lah... entah, mungkin saya takkan lepaskan ustazah buat apa pun," katanya sambil tersenyum sinis.
Zakiah terasa tidak selesa, tetapi dia hanya beristighfar dalam hati dan menganggap Hamid sekadar bergurau. Namun, Hamid tidak berhenti di situ. Dia mula menggunakan pendekatan yang lebih halus, cuba meracuni minda dan jiwa Zakiah secara perlahan-lahan.
Hamid tahu bahawa Zakiah adalah seorang wanita beriman, jadi dia tidak boleh menyerang terus. Sebaliknya, dia mula merosakkan keyakinan Zakiah terhadap dirinya sendiri dan suaminya. Setiap kali mereka berinteraksi, Hamid secara halus mencetuskan keraguan dalam hati Zakiah terhadap Ustaz Amir.
"Suami ustazah tak balik awal hari-hari, kan? Saya perasan ustazah selalu balik lambat sendiri. Tak takut orang mengata?" kata Hamid dengan nada seolah-olah prihatin.
Zakiah mula memikirkan kata-kata Hamid. Walaupun dia cuba menepis rasa curiga, bisikan halus itu mula mengganggu fikirannya. Sedikit demi sedikit, Hamid berjaya menyelinap masuk ke dalam minda Zakiah. Setiap kali dia berpeluang, Hamid akan menyelitkan kata-kata yang membuat Zakiah mula merasa suaminya tidak memberikan perhatian yang cukup.
YOU ARE READING
Naluri III
RomantikMasih mengisahkan tentang pencarian cinta sang arjuna dengan sesama jenis.
