Para doktor dan jururawat keluar dan masuk dari wad Mawar sejak pagi tadi untuk memeriksa tahap kesihatan wanita itu. Ahli keluarga pula sudah berkampung di dalam wad.
Sejak pagi juga mereka berada di situ terutama sekali Datin Sharifah dan Puan Humaira. Kata-kata semangat diberikan kepada Mawar oleh kedua-dua wanita itu.
"Ibu, Yasmeen takut," adu Mawar. Kepalanya diusap lembut dan dibawa ke dalam dakapan oleh Datin Sharifah.
"Takde apa. Semuanya baik-baik je. Doa yang baik-baik. Ibu tunggu adik dengan cucu-cucu ibu tau."
Datin Sharifah mengucup pada setiap inci wajah Mawar sebelum memeluk anak bongsunya itu. Matanya berkaca. Dia berasa bimbang dan sedih namun tidak mahu ditunjukkan emosinya itu kepada si anak.
"Mama." Mawar hulurkan pula tangannya pada Puan Humaira.
"Ya sayang, menantu mama," sahut Puan Humaira.
"Mawar minta ampun tau, ma. Ampunkan semua salah silap Mawar dan keterlanjuran kata Mawar."
Mawar memeluk batang tubuh ibu mentuanya itu. Puan Humaira juga sama seperti besannya, Datin Sharifah. Sedih dan bimbang, namun disembunyikan daripada Mawar.
"Menantu mama takde salah apa-apa pun dengan mama. Mama pun tunggu menantu mama dengan cucu-cucu mama. Nanti Mawar dah balik rumah, mama masak makanan pantang yang sedap-sedap untuk Mawar. Okey?" Kepala menantunya itu dikucup.
Darlina dan Haidar juga turut berada di situ. Darlina ingin menemui Mawar sebelum sahabatnya itu menjalani pembedahan. Sama juga halnya dengan Haidar.
"Are you two dating?" Sempat Mawar menyoal dengan mata memicing tajam.
Mana tidaknya, dia nampak kedua-dua manusia itu masuk ke dalam kamar wadnya bersama-sama. Maksudnya, mereka datang bersamalah, kan? Bibirnya mengukir senyuman senget. Saja nak mengenakan Darlina.
Najmi turut membuang pandang ke arah Haidar dan Darlina. Dia yang setia berada di sisi Mawar dari tadi hanya mendiamkan diri.
"No!"
"Yes!"
Berbeza jawapan Darlina dan Haidar. Serentak mereka menjawab. Darlina menatap wajah Haidar dengan pandangan tajam, tetapi tidak Haidar. Dia menatap wajah Darlina dengan penuh senyuman dan kelembutan.
"Ececeh! Abang, anak-anak kita nanti dapat rich auntie and uncle," usik Mawar. Najmi hanya tersenyum.
"Kau ni chicken betul! Dah nak masuk dewan bedah pun sempat lagi nak mengenakan orang. Ibu, tengok anak ibu ni!" kata Darlina kepada Datin Sharifah. Wanita itu hanya menggeleng halus seraya tersenyum.
"Adik pun, suka betul dia mengenakan Darlina," sampuk Dato' Azahari.
"Alah! Usik sikit tak boleh," kata Mawar dengan kening terjongket sebelah.
"Eeee, dia ni! Tunggulah kau habis pantang nanti, memang aku gusti kau cukup-cukup!" Darlina berkata seraya mengetap gigi.
Dia merapat ke arah Mawar dan duduk di sisi katil sebelum memeluk tubuh wanita itu.
"Aku tunggu kau. Ingat tau!" Darlina memberi amaran.
"Ya, baiklah!"
Mawar membuat gaya tabik hormat kepada Darlina. Dia hanya mendapat jelingan halus daripada sahabatnya itu sebagai balasan.
"Papa!" Mawar merengek manja memanggil Dato' Azahari.
"Yes, my princess!"
Dato' Azahari bergerak merapati Mawar. Ammar dan Aisyah turut berada di sebelahnya.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~