Mawar melangkah mendekati jendela. Kepala tertoleh-toleh ke luar mencari jika ada kelibat sang suami di bawah sana. Tadi usai Isyak, suaminya itu terus keluar. Ada hal penting katanya.
Mawar juga tidak bertanya hal apa. Mesti jumpa Hana sebab dia ternampak paparan pesanan Whatsapp daripada Si Hana pada telefon suaminya. Katanya ada hal penting.
Mawar tengok jam pada telefon pintarnya, sudah hampir 12:00 malam. Dia berkira-kira hendak menelefon Najmi, namun hasratnya dibatalkan.
Baru saja nak letak telefon atas meja di sisi katil, telefonnya itu berbunyi menandakan ada pesanan Whatsapp yang diterima.
[Whatsapp]
Darlina Darling : Kau tahu tak Hamzi kena tangkap dengan polis?Nampak saja mesej tersebut, lekas-lekas dia buka dan membalas mesej si sahabat.
[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Yeke? Apa kes? Bila?[Whatsapp]
Darlina Darling : Petang tadi dia kena tangkap. Dia pukul janda dia. Teruk tau. Sampai patah riuk orang tu dikerjakan. Aku pun baru tahu ni. Kecoh kat group office aku sekarang ni![Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Baguslah! Semalam dia serang aku dengan adik ipar aku tau. Gila betullah dia tu! Macam orang tak betul. Eloklah dulu janda dia tu minta cerai.[Whatsapp]
Darlina Darling : Dia serang kau? Dia buat apa? Habistu kau macam mana ni?[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Kaki aku seliuh dikit ajaaa, bukkk. Lepastu dia lempang adik ipar aku tau. Tapi dah kena belasah dengan laki aku.[Whatsapp]
Darlina Darling : Bagus! Eloklah orang gila macam tu kena tangkap. Kau takecare tau! Aku tidur dulu. Goodnight bunga!Mesej terakhir Darlina dibiarkan tidak berbalas. Mawar letakkan kembali telefon pintarnya di atas meja dan memejamkan mata sebelum pintu kamarnya dibuka dari luar.
Pantas dia merengkan kepala ke kiri. Dilihatnya sang suami sudah berdiri di muka pintu dengan sejambak bunga mawar berwarna merah dan putih menutupi mukanya.
"Cakkk! Sayang!"
Najmi memanggil ceria. Dia merengkan kepala dari sebalik jambangan bunga. Ceria sungguh wajahnya. Mawar bangun dan bersandar pada kepala katil.
"Nah! Bunga untuk sayang!"
Najmi hulurkan jambangan bunga tersebut namun tidak bersambut.
"Kenapa suka bagi bunga ni je, eh?" Dingin suara Mawar menyoal.
"Sebab sayang kan Mawar. Sayang tak suka?"
"Tak. Saya tak suka! Saya suka bunga tahi ayam! Saya nak tidur. Tolong tutup lampu!"
Mawar terus berbaring dan menutup seluruh tubuh badannya dengan selimut tebal.
"Bunga tahi ayam?"
Najmi mengomel seraya menggaru kepala sendiri. Dia letakkan bunga di tepi katil lalu melompat perlahan ke atas katil. Bergegar sedikit katil itu membuatkan Mawar mendengus geram.
"Dah kenapa nak buat gempa atas katil ni? Orang nak tidur, faham tak?!" ujar Mawar dengan keras sebaik sahaja membuka selimut yang menutupi muka.
Dia melihat Najmi sudah tertiarap dengan kedua-dua belah tangan menongkat dagu dan menatap dirinya bersama sengihan. Sekali pandang, dah macam orang gila pun ada juga gayanya. Menyengih nampak gigi. Nak buat iklan ubat gigi ke?
Mawar terjongket-jongket bibirnya melihat si suami berkeadaan begitu. Balik rumah tengah-tengah malam, lepastu menyengih macam orang gila. Sah! Mesti kena sampuk dengan jembalang apa entah!
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~