Sudah banyak kali telefon pintarnya menjerit meminta diangkat. Bahkan, sejak dari pagi panggilan Dr. Fatin itu tidak dijawab olehnya. Mawar hembus nafas perlahan sebelum menjawab panggilan yang entah ke berapa puluh kali itu.
"Hello, Mawar? Mana kau hilang? Aku call banyak kali dari pagi tau! You missed your appointment! Dah lebih sebulan ni! Kenapa tak datang hospital lagi ni?! Tak sayang nyawa ke?!"
Tak sempat Mawar nak memberi salam, dia sudah diterjah dengan kemarahan Dr. Fatin di corong telefon.
"Esok aku datang. Boleh?" Mawar menyoal. Perlahan saja suaranya.
"10:00AM. Sharp!"
"Baik, doktor!"
Panggilan terus ditamatkan oleh Dr. Fatin. Termangu sendirian Mawar di hadapan cermin di dalam kamar mandi. Alat ujian kehamilan berwarna putih biru itu dipegang erat. Dalam rasa tidak percaya, dia ukir senyum.
Dia... mengandung.
Dia mengandungkan anak Najmi! Semakin lebar senyumannya seraya mengusap perlahan perutnya yang kempis itu.
Itulah alasan kenapa dia menangguhkan rawatannya. Dia ingin memastikan dirinya tidak hamil sebelum menerima rawatan.
"I love you, sayang," ucap Mawar bersama senyuman.
Setitis air mata jatuh ke pipi. Air mata bahagia. Tak sabar rasanya mahu khabarkan berita gembira ini kepada sang suami.
"Abang..."
Mawar menyambut sang suami yang baru pulang dari kerja. Jelas wajah sang suami kepenatan. Mawar hulurkan segelas air sejuk kepada Najmi. Tersenyum Najmi sambil menyambut huluran tersebut.
"Sayang makan apa tadi tengahari? Sorry, abang tak sempat tengok phone, sayang. Duduk dalam heli buat latihan payung terjun."
"Takpe. Abang dah solat Maghrib ke?" Mawar menyoal pula.
"Sudah tadi. Abang singgah masjid takut tak sempat."
Habis saja bicara, azan Isyak sayup-sayup kedengaran.
"Abang mandi bersihkan diri. Lepastu kita solat sama-sama. Lepastu kita makan," kata Mawar seraya tersenyum manis.
"Sayang dah makan malam?"
Mawar menggeleng lalu berkata, "Yas tunggu abang. Nak makan sama-sama."
"Sayang ni. Kalau abang lambat, lain kali sayang makan je dulu. Tak payah tunggu abang," kata Najmi.
"Yas okey jelah, abang."
Mawar peluk erat lengan si suami seraya melangkah ke dalam rumah.
"Jom, mandi sama-sama!" Najmi tarik tangan Mawar menuju ke tingkat atas.
Usai mandi, solat Isyak, dan makan malam, mereka berdua duduk di balkoni kamar merenung langit malam.
"Abang, nah!"
Mawar letakkan sebuah kotak kecil di atas tapak tangan Najmi.
"Apa ni, sayang?" Berkerut wajah Najmi.
"Hadiah untuk abang."
"Wow! Hadiah?"
Senyuman terukir pada wajah Najmi seraya mengangkat sebelah keningnya. Buka saja kotak itu, kerutan halus terbentuk pada dahi Najmi. Dia angkat alat ujian kehamilan lalu berkata, "Batang apa ni, sayang? Influenza test kit ke ni?"
Mawar tergelak.
"Ini pregnancy test, abang..."
"Pregnancy?"
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~