BAB 42

657 41 5
                                    

"Surprise! Welcome home!"

Ramai-ramai bersorak sebaik sahaja pintu rumah dibuka oleh Mawar. Ada Jep, Aiman, Faleeq, dan Khairol sedang berdiri sambil mendepangkan tangan, menyambut mereka masuk ke dalam rumah rumah.

"Apa ni?" Mawar menyoal tanpa riak.

"Yang penting bukan majlis tahlil," jawab Jep selamba. Terus Faleeq menepuk kuat pipi Jep.

"Kalau tengok pada gaya, hm mungkin sekejap lagi akan bertukar jadi majlis tahlil? Majlis tahlil awak barangkali?" balas Mawar.

Mawar jongketkan sebelah kening. Najmi pula garu kepala sambil bermain mata dengan rakan-rakan di hadapannya.

Mawar melihat kain rentang tertulis 'Welcome Home' digantung pada dinding ruang tamu. Bukan nak mengutuk, tapi kain rentang itu dah serupa macam nak buat sepanduk rusuhan jalanan je rupanya. Buruk semacam!

Ada juga belon-belon bergantungan di setiap penjuru. Dah macam nak buat parti ulangtahun kelahiran pula. Peralatan dan barang hiasan seperti pam angin, gunting, watercolour, dan sebagainya bersepah di atas lantai.

"Kita orang dah siapkan makanan sempena kepulangan Puan Mawar. Ayuhlah, kita makan! Perut dah berkeroncong," ajak Aiman.

"Jom, sayang!"

Najmi pimpin tangan si isteri lalu mereka melangkah masuk bersama-sama.

"Macam mana dia orang boleh masuk dalam rumah kita ni, abang?" Mawar berbisik keras.

"Abanglah bagi kunci, sayang. Nak buat seperais untuk sayang! Seserprisss!!!!" Najmi berkata kuat di telinga Mawar.

"Ya Allah, pekak telinga Yas, abang!"

"Okay, okay. Sorry, sorry..." Najmi menyeringai.

Pertama sekali tempat yang Mawar tuju setelah masuk ke dalam rumah adalah dapur. Bercekak pinggang dia melihat keadaan dapur yang lintang-pukang. Habis bersepah semuanya. Mawar ukir senyum terpaksa. Nafas dihela panjang.

Nak marah, tapi kena sabar...

Nak marah, tapi kena sabar!

Sedang dia memerhati keadaan dapur, mata tertancap pula ke arah beberapa ekor udang mentah yang disusun dalam bulatan di atas island table. Ditengah-tengah bulatan itu pula ada sebatang lilin kek yang berwarna merah jambu tu. Mawar mengusap-usap perlahan dadanya.

Sabar, Yasmeen! Sabar! Penat-penat dia orang buat surprise sambut kau balik rumah. Tapi itulah, apa function surprise ni sebenarnya? Pening kepala otak Mawar memikirkannya.

Terus dia atur langkah menuju ke meja makan, di mana suami dan rakan-rakannya sedang berkumpul.

"Ehem! Terima kasihlah kepada anda-anda semua. Sanggup susah payah masak nak buat surprise, ya..." ucap Mawar bersama senyuman yang dibuat-buat. Mata pula dikecilkan melihat satu per satu muka mereka.

"Sama-sama," jawab mereka serentak.

"Tapi nanti balik jangan lupa ya, tolong kemas dapur yang bersepah macam tongkang pecah tu!" Mawar memberi arahan dengan kuat.

Terkejut mereka semua. Kalau macam ni, Tuan Adha mereka pun kalah ni. Garang betul bini Si Najmi! Masing-masing teguk liur melihat wajah garang Mawar.

"Korang buat sepah teruk sangat ke?"

Najmi segera berlalu ke dapur. Tepuk dahi Najmi dibuatnya. Kuali terbang sampai ke lantai.

"Woi! Apa punya kerjalah korang buat ni? Kuali mahal bini aku tu terbang sampai ke lantai, apehal?" Garang wajah Najmi menyoal rakan-rakannya.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now