Zuri berdiri di hadapan cermin besar di dalam bilik hotelnya, memperkemaskan baki lipatan chiffon dress eksklusif miliknya yang beralun lembut ke lantai.
Tangannya sedikit tergetar semasa menyapu seulas gincu. Bilik hotel yang sunyi itu menjadi saksi pergolakan rahasia hatinya. Dia tidak menafikan, dadanya berombak kencang malam ini.
Bukan sahaja kerana memikirkan pertembungan dengan Dean, tetapi kerana dia sedang menanti ketibaan Kensuke.
Tepat jam 7:00 malam, telefon bimbitnya di atas meja solek bergetar, memaparkan satu mesej ringkas daripada Kensuke.
'I'm here, Zuri. I'm waiting for you at the lobby.'
Zuri mencapai beg tangan klac miliknya, menarik nafas dalam untuk mengumpul kekuatan, lalu melangkah keluar dari bilik.
Sebaik sahaja pintu lif terbuka di tingkat lobi, pandangan Zuri meliar mencari kelibat anak muda itu. Suasana lobi hotel yang luas dan mewah malam itu agak sibuk, namun mata Zuri terus terkunci pada satu susuk tubuh yang sedang berdiri berhampiran tiang marble besar.
Penampilan Kensuke malam itu benar-benar membuatkan nafas Zuri tertahan sesaat. Kensuke kelihatan sangat tampan dan karismatik mengenakan sut formal hitam yang tersarung kemas pada tubuh tegap dan bahunya yang bidang. Rambut hitamnya yang beralun paras bahu disisir rapi ke belakang dengan gaya yang sangat kemas, menyerlahkan lagi rahang wajahnya yang tajam serta sepasang anak mata yang dalam dan redup.
Beberapa orang tetamu wanita di lobi itu turut menjeling curi ke arah Kensuke, namun anak muda itu langsung tidak peduli. Matanya hanya tertumpu pada pintu lif.
Apabila Kensuke terpandang Zuri yang sedang melangkah keluar, pandangan lelaki itu terus melekat, tidak beralih.
Kensuke terpegun selama beberapa saat. Dia melihat Zuri berjalan anggun merentasi ruang lobi. Seorang wanita berusia 42 tahun yang tidak dimamah usia, memancarkan aura dark feminine, misteri, dan sangat berkelas.
Kensuke menegakkan badannya dan terus berjalan menghampiri Zuri.
"Wow," bisik Kensuke perlahan sebaik sahaja mereka berdiri setapak jaraknya. Matanya merenung lembut segenap wajah wanita itu. "I know you are beautiful as always, Zuri. But tonight... you look absolutely breathtaking. Gold and elegance suits you perfectly."
Pujian jujur daripada Kensuke membuatkan pipi Zuri terasa hangat. Dia cuba menyembunyikan debaran di dadanya dengan senyuman tenang.
"You are too, Kensuke. Not more not less. I almost didn't recognize you in these suits. You look... very dashing."
Kensuke tergelak kecil, satu bunyi yang sangat menenangkan di telinga Zuri. Dia membongkokkan sedikit badannya dengan gaya seorang gentleman, lalu mendepangkan lengannya ke arah Zuri, sedia untuk dipeluk di tengah-tengah lobi hotel yang mewah itu.
"Ready untuk malam ni, my lady?" soal Kensuke, nadanya bertukar lembut dan penuh pelindung.
Mata redupnya seolah-olah menghantar isyarat bahawa Zuri tidak perlu takut pada apa-apa pun malam ini. Dia ada di sini.
Zuri memandang lengan Kensuke, kemudian mendongak memandang anak mata lelaki itu. Segala rasa ragu-ragu dan ketakutan yang bersarang di dadanya sejak siang tadi luruh satu demi satu, digantikan dengan rasa selamat yang aneh.
"Ready," balas Zuri lembut. Dia menyandarkan jemarinya pada lengan sasa Kensuke, membiarkan kehangatan tubuh lelaki itu menyalurkan kekuatan kepadanya.
Kensuke memimpin langkah Zuri dengan penuh cermat menuju ke pintu utama hotel, di mana pintu kenderaannya sudah sedia menanti untuk membelah malam menuju ke BCCK, bersedia untuk berdepan dengan apa sahaja jerat yang sedang menanti di sana.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
