New Zuri

4 0 0
                                        

Pintu bilik tidur utama itu ditolak kasar sehingga terhempas ke dinding.
Dean melangkah masuk dengan gaya angkuh, masih lengkap berpakaian kemeja pejabat yang sedikit ronyok.

Di tangannya, terdapat sebuah bungkusan makanan dan sebotol air mineral. Dia memandang ke arah katil, menatap susuk tubuh Zuri yang sedang bergelung rapat di sebalik selimut tebal melalui pandangan yang sukar ditafsirkan.

"Tak payah nak berlakon tidurlah, Zuri. Aku tahu kau dah sedar," gertak Dean, suaranya garau memecah kesunyian bilik.

Dia berjalan menghampiri meja solek, mencampak bungkusan makanan itu di atasnya dengan kasar sehingga barang mekap Zuri tersenggih. Dean kemudian menarik sebuah kerusi, memusingkannya, lalu melabuhkan punggung menghadap katil dengan kaki yang disilang luas.

Zuri perlahan-lahan membuka matanya. Dia menurunkan sedikit selimut yang menutupi wajahnya, memandang Dean dengan pandangan yang kosong namun sarat dengan dendam yang terpendam. Dia berpura-pura bangun dengan payah, memegang kepalanya yang kononnya masih berbaki pening.

"What do you want, Dean? You've locked me up, you've taken my phone... what else are you unhappy about?" soal Zuri, suaranya sengaja dileretkan lemah, menyembunyikan api kemarahan yang sedang membara di dalam dadanya.

Dean melepaskan senyuman sinis. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Telefon bimbit milik Zuri.

Dengan sengaja, dia memusing-musingkan gajet itu di hadapan mata isterinya.

"I just want to make sure you get enough 'rest' before our trial date," jawab Dean bersahaja, namun nadanya penuh dengan ugutan.

"Luaran sana tengah bising, Zuri. Jantan simpanan kau tu... bagai cacing kepanasan cari kau kat hotel. Tapi dia takkan boleh buat apa-apa. Sekali lagi dia jejak kaki kat kawasan rumah ni, orang-orang aku kat bawah tu takkan teragak-agak untuk patahkan kaki dia. Dan kali ni, atas tiket menceroboh harta benda aku."

Zuri mengetap rahangnya rapat mendengar nama Kensuke diugut sedemikian rupa.

"Kau jangan berani nak sentuh dia, Dean!"

"Aku takkan sentuh dia kalau kau pandai mainkan peranan kau," potong Dean pantas.

"Jangan sentuh Kensuke!" potong Zuri pantas, suaranya yang tadi perlahan kini bertukar keras dan tajam.

Dia tidak boleh membiarkan masa depan Kensuke hancur disebabkan dendam kesumat lelaki ini.

Zuri memandang Dean dengan pandangan yang sarat dengan kehancuran, namun ada ketegasan yang dipaksakan.

"Aku tanya kau sekarang... apa yang kau mahu sebenarnya, Dean? Apa lagi yang kau nak dari aku?"

Dean tidak terus menjawab. Dia menarik kembali badannya, tersenyum puas melihat reaksi Zuri yang sudah mula masuk ke dalam jeratnya.

Kesakitan dan ketakutan Zuri terhadap keselamatan Kensuke adalah trofi kemenangan bagi ego seorang Dean.

Dia melangkah santai ke arah meja solek, bersandar di situ sambil memeluk tubuh, memandang Zuri dengan riak wajah yang paling menjengkelkan.

"Mudah saja, Zuri," kata Dean dengan nada suara yang sengaja dilembutkan, seolah-olah dia sedang menawarkan sebuah kedamaian. "Drop your divorce petition in court. Live like usual,"

"You are crazy, Dean?!" Zuri membulatkan matanya, hampir tidak percaya dengan apa yang baru sahaja didengarinya.

"After what you did to me last night? After you drugged me and shattered my dignity... do you think I can just pretend like nothing happened?!"

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now