Suasana di dalam bilik mesyuarat firma guaman terkemuka di tengah bandar raya Kuching itu terasa begitu tegang.
Pendingin hawa yang bertiup dingin langsung tidak mampu meredakan kehangatan isu yang sedang melanda.
Zuri duduk tegak di kerusi kulit, manakala peguamnya, Encik Idris, sedang membelek beberapa helaian cetakan skrin portal gosip elit serta fail dokumen mahkamah dengan wajah yang sangat serius.
Encik Idris meletakkan dokumen tersebut ke atas meja dengan keluhan berat. Dia menolak cermin matanya ke atas, memandang tepat ke arah Zuri yang kelihatan cuba berlagak tenang.
"Puan Zuri... saya rasa sebelum prosiding ini bermula lagi, saya dah ingatkan Puan berkali-kali," Encik Idris memulakan bicara, nadanya tegas, profesional, dan langsung tidak berlapik.
"Jangan buat sebarang tindakan yang boleh cetus spekulasi. Tolong low profile dan jangan ada apa-apa hubungan atau kelihatan intim dengan mana-mana lelaki selagi mahkamah belum muktamadkan perceraian Puan dengan Encik Dean."
Zuri mengemaskan genggaman tangannya di atas pangkuan.
"Idris, malam tu majlis gala korporat di BCCK. Saya cuma menari. Saya tak sangka Dean akan melompat sampai macam tu sekali dlm dewan."
"Masalahnya sekarang, Puan... tindakan Puan menari secara terbuka dan intim dengan pemuda tu dah beri talian hayat pada pihak Dean," celah Encik Idris sambil mengetuk jari di atas cetakan gambar dari BCCK.
"Satu Kuching, terutamanya circle jutawan dan korporat korang, dah mula cop pemuda ni sebagai orang ketiga."
Encik Idris menyandarkan badannya ke kerusi, memandang anak guamnya dengan riak bimbang.
"Puan kena faham, dlm mahkamah nanti, pihak Dean boleh gunakan isu 'curang' atau 'hubungan luar' ini untuk serang reputasi Puan. Walaupun hakikatnya rumah tangga Puan memang dah sedia retak sebelum kehadiran lelaki ni, implikasi daripada kes expose di BCCK ni sangat besar. Ia boleh rumitkan tuntutan nafkah, harta sepencarian, malah boleh menjejaskan prosiding secara keseluruhan kalau pihak sana berjaya buktikan Puan curang sebelum sah cerai."
Zuri menarik nafas dalam-dalam, cuba menahan rasa sesak di dada. "Jadi, apa saya patut buat sekarang? Takkan saya nak kena menyorok?"
"Buat masa sekarang, ya," jawab Encik Idris tanpa ragu. "Jarakkan diri daripada lelaki ini dlm sebarang acara rasmi mahupun kasual. Jangan ada gambar bersama, jangan pergi tempat awam bersama. Kita perlu bersihkan balik naratif ni dlm sebutan kes akan datang. Puan kena tunjukkan dlm mahkamah yang Puan fokus pada kes cerai ni, bukannya tengah sibuk cari pengganti."
Zuri menyandarkan badannya ke kerusi kulit, melukis senyuman sinis yang penuh dengan rasa tidak puas hati.
Kata-kata Encik Idris langsung tidak memicit urat ketakutannya dlm soal duit atau harta.
"Idris, Do you think I care about the claim for marital property or alimony from Dean?" Zuri memotong dengan nada suara yang cukup tenang namun penuh autoriti.
"You know, I don't care about a single cent of his money. Without Dean, I would have been a millionaire in this city. ZenGym is not only in Kuching, I have several branches in other divisions in Sarawak, we have even expanded to Kuala Lumpur. Financially I have no problems at all."
Encik Idris terdiam seketika, sedia maklum dengan empayar perniagaan gimnasium milik anak guamnya itu yang memang sedang berkembang pesat di bawah pengurusan Zuri sendiri.
Zuri meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas meja, memajukan badannya sedikit ke hadapan dengan pandangan mata yang tajam.
"What I don't understand now... why is it that when I dance with another man, Kuching wants to make it a big issue in court? Why does that standard seem unfair to me?" soal Zuri, suaranya mula berbaur geram.
"Everyone knows, especially our elite circle of friends, that Dean was the one who cheated from the start! He had an affair with his Personal Assistant. The two of them never went out together in public before. Why can they turn a blind eye to his scandal, but when I just danced with other man, I'm the one being accused, right?"
Encik Idris mengeluh pendek, membetulkan kedudukan fail di hadapannya sebelum menjawab dengan nada yang lebih perlahan, cuba meredakan emosi Zuri.
"Puan Zuri, from a moral and realistic point of view, I agree 100% with you. Mr. Dean's actions with his PA were indeed wrong, and the entire elite circle knows about it. But you have to remember one thing in the law... we are in a formal legal process now. The difference is, Mr. Dean's relationship with his PA was not sensationally exposed in the form of intimate photos at a glamorous event like BCCK attended by the entire media and celebrities."
Encik Idris mengetuk dokumen itu sekali lagi.
"Dalam mahkamah, siapa yang ada bukti black and white yang paling 'bising', dia yang cuba pegang naratif. Pihak Dean sekarang tengah gunakan taktik 'menyerang untuk mempertahankan diri'. Mereka nak alihkan kesalahan curang Dean dengan menuding jari kepada Puan dlm isu lelaki muda ni. Saya bukan nak menakutkan Puan tentang duit, saya tahu Puan mampu. Tapi saya mahu Puan keluar dari mahkamah nanti dengan kemenangan moral dan nama yang bersih tanpa reputasi Puan tercalar dlm industri perniagaan Puan sendiri."
Zuri terdiam.
Kata-kata Encik Idris ada benarnya daripada sudut taktikal perundangan, walaupun hatinya masih dipagut rasa geram yang amat sangat dengan dwi-standard yang diamalkan dlm circle mereka.
Dia menyilangkan tangan ke dada, merenung ke luar tingkap bilik mesyuarat yang memaparkan langit senja kota Kuching.
"Jadi, you nak I berlakon jadi mangsa yang teraniaya dlm mahkamah nanti?" soal Zuri, nadanya sinis namun kedengaran lelah.
"Bukan berlakon jadi mangsa, Puan Zuri," Encik Idris membetulkan dengan lembut.
"Tapi kita perlu jadi lebih bijak daripada Dean. Biar dia gembira sekejap dengan serangan gosip murah ni. Di mahkamah nanti, kita takkan pertahankan isu tarian di BCCK tu secara defensif. Sebaliknya, kita akan balas dengan bukti-bukti salah laku dia dengan PA dia yang kita dah kumpul selama ni."
Peguam itu membuka satu lagi fail dlm simpanannya, mendedahkan beberapa keping gambar intipan serta log transaksi kewangan yang menunjukkan Dean membelikan barangan mewah untuk pembantu peribadinya menggunakan akaun syarikat.
"Pihak sana ingat mereka dah menang besar sbb dapat tangkap gambar Puan dengan pemuda tu. Tapi mereka lupa, kita ada 'bom jangka' yang jauh lebih besar yang boleh meranapkan reputasi korporat Encik Dean kalau dia cuba nak main kotor dlm kes cerai ni," Encik Idris tersenyum nipis, memberikan keyakinan semula kepada anak guamnya.
Zuri memandang fail tersebut. Sisi usahawannya yang bijak menilai situasi mula mengambil alih emosinya yang sempat berkecamuk tadi.
Dia menarik nafas panjang, membetulkan kedudukan tas tangan berjenama miliknya, lalu berdiri.
"I faham, Idris. I akan jarakkan diri daripada Kensuke dlm public buat masa sekarang. I takkan biarkan ego Dean dlm mahkamah menang dengan cara murah macam ni."
Encik Idris turut berdiri dan mengangguk hormat.
"Keputusan yang bijak, Puan. Biar saya dan tim uruskan teknikal dlm sebutan kes minggu depan. Puan cuma perlu fokus pada pengurusan ZenGym dan pastikan keadaan emosi Puan stabil."
Zuri melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu dengan kepala yang tegak.
Namun, sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dlm lif, telefon bimbit dlm genggamannya terasa begitu berat.
Dia tahu, meminta Kensuke untuk 'bersembunyi' dan menjauhkan diri dlm fasa ini bukan satu perkara yang mudah untuk dijelaskan kepada pemuda itu, terutamanya selepas apa yang telah mereka nikmati bersama.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
