Sebaik sahaja pintu ballroom tertutup rapat, suasana menjadi sunyi seketika. Ruang legar BCCK yang luas itu hanya ditemani biasan lampu dinding yang lembut.
Zuri melepaskan keluhan berat yang panjang, seolah-olah baru sahaja membuang segala bebanan yang sarat di dadanya sejak tadi. Jemari tangannya masih lagi erat bertaut dengan jemari Kensuke.
Kensuke memperlahankan langkah, lalu berpaling menghadap Zuri. Dia dapat merasakan tangan wanita itu sedikit sejuk.
"You okay, Zuri?" soal Kensuke, suaranya kembali lembut dan garau, penuh dengan nada prihatin yang mendalam. Sangat berbeza dengan suara dinginnya di hadapan Dean tadi.
Zuri mendongak, memandang wajah kacak Kensuke yang berada dekat dengannya.
Di bawah lampu koridor yang samar, aura misteri dan maskulin Kensuke terasa semakin kuat.
"I okay... It's just, I apologize. I shouldn't dragged you to my unresolved domestic problem,," balas Zuri, suaranya sedikit bergetar, ada rasa serba salah yang terbit di wajah keanggunannya.
"You shouldn't have to deal with Dean's behavior like that,"
Kensuke tidak terus menjawab. Dia mengangkat tangan yang masih memegang jemari Zuri, lalu ibu jarinya bergerak perlahan, mengelus lembut belakang tapak tangan Zuri untuk menenangkan wanita itu.
"I chose to stand by your side tonight, Zuri. Please, dont apologize," kata Kensuke sambil merenung tepat ke dalam anak mata Zuri.
"And about that man... his status as your husband on paper means absolutely nothing to me. He can't touch you as long as I'm around."
Kehangatan kata-kata Kensuke dan sentuhan jemarinya yang posesif sekali lagi menyalakan kembali keghairahan yang sempat tergendala di lantai tarian tadi.
Jantung Zuri berdegup kencang semula, tetapi kali ini bukan kerana marah kepada Dean, melainkan kerana tarikan magnetik anak muda di hadapannya ini yang semakin kuat mencengkam jiwanya.
Kensuke menekan punat remote kunci, dan lampu Black Ford Raptor yang tersadai gagah di petak parkir BCCK itu menyala membelah kegelapan malam.
Jentera tinggi dan besar itu kelihatan sangat dominan, sama seperti tuannya.
Kensuke melangkah ke sebelah penumpang, membuka pintu Raptor yang tinggi itu dengan penuh tertib untuk memudahkan Zuri yang bergaun hitam memanjat masuk, sebelum dia sendiri mengitari bonet dan melompat ke kerusi pemandu.
Enjin Raptor yang berkuasa itu dihidupkan dengan deruman halus yang kedengaran mahal.
Sepanjang perjalanan membelah jalan raya Kuching menuju ke hotel tempat Zuri menginap, suasana di dalam kabin trak mewah itu terasa tersangat sunyi dan sarat.
Zuri lebih banyak mendiamkan diri. Dia menyandarkan kepalanya pada kerusi kulit, memalingkan wajah memandang ke luar jendela melihat biasan lampu jalan yang berlalu pergi. Fikirannya berserabut, bercampur-baur antara rasa sakit hati dengan provokasi murah Dean, dan rasa debar yang masih belum reda terhadap sentuhan Kensuke.
Manakala Kensuke pula fokus memegang stereng, namun fikirannya jauh daripada tenang. Di sebalik wajahnya yang kelihatan beku dan bersahaja, Kensuke sebenarnya sedang hebat berperang dengan perasaannya sendiri.
Di dalam ruang kabin Raptor yang tertutup dan intim ini, bauan minyak wangi Zuri memenuhi segenap ruang udara, membuatkan fokusnya hampir terganggu.
Rasa hangat dan ketegangan intim di lantai tarian tadi kembali menyengat tangkai hatinya. Sentuhan ramping pinggang Zuri dalam pelukannya seolah-olah masih melekat di telapak tangannya.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
