I Don't Mean To

4 0 0
                                        

Suasana di dalam bilik mesyuarat firma guaman itu terasa sangat sejuk, namun bagi Zuri, bilik itu tidak tumpah seperti bilik soal siasat yang melemaskan.

Di hadapanya, duduk Encik Idris, peguam yang selama ini membantunya menyusun fail perceraian dan mengumpul bukti untuk kesnya.

Di sebelah Zuri pula, tersenyum lebar seorang lelaki yang paling dibencinya.

Dean duduk dengan rapat, malah sebelah tangannya dengan bersahaja diletakkan di atas belakang kerusi Zuri, satu isyarat dominasi yang jelas bahawa wanita itu berada di bawah cengkamannya.

"Saya agak terkejut bila Puan Zuri hubungi saya pagi tadi untuk sesi mengejut ni," Encik Idris memulakan bicara, matanya memandang silih berganti antara Zuri dan Dean.

Sebagai peguam berpengalaman, dia dapat menghidu sesuatu yang tidak kena, terutama apabila melihat kesan mekap yang agak tebal di wajah bagi menutup pucat dan sembap diwajah wanita itu.

"Sebab itu saya ada di sini, Encik Idris," Dean memotong dengan nada suara yang sangat lembut dan tenang, berlakon seperti seorang suami yang prihatin.

"Biasalah, dalam rumahtangga ada pasang surutnya. Kami cuma salah faham kecil. Selepas berbincang dari hati ke hati malam tadi, kami sedar yang kami masih saling menyayangi. Betul kan, sayang?"

Dean menoleh ke arah Zuri. Jarinya beralih mengusap lembut bahu Zuri.

Sentuhan itu membuatkan bulu roma Zuri meremang jijik, namun dia memaksa dirinya untuk kekal tenang.

Watak lakonannya harus bermula sekarang.

Zuri memandang Encik Idris, cuba menyembunyikan getaran di dalam matanya.

"Betul, Encik Idris," kata Zuri, suaranya kedengaran mendatar tetapi diusahakan agar nampak yakin.

"I... I want to withdraw this divorce petition. We have reached an agreement to settle the matter out of court and resume our normal lives."

Encik Idris terdiam seketika.

Dia memandang tepat ke dalam anak mata Zuri, cuba mencari sebarang isyarat tersirat yang menunjukkan anak guamnya ini dipaksa.

"Puan Zuri pasti? Kita dah kumpul banyak dokumen penting untuk pembentangan kes minggu depan. Puan betul-betul yakin nak gugurkan semua ni begitu sahaja?"

"Sangat yakin, Encik Idris," celah Dean lagi sebelum sempat Zuri membuka mulut.

Suaranya mula berbaur amaran halus yang hanya difahami oleh Zuri.

"Tugas Encik Idris sekarang cuma sediakan dokumen pembatalan. Kami nak selesaikan kes ni secepat mungkin supaya kami boleh teruskan hidup macam biasa."

Zuri mengenggam jemarinya sendiri di bawah meja, sekencang mungkin sehingga kukunya memutih.

Dia tahu Dean sedang menahan nafas, menanti reaksinya.

Jika dia tersalah langkah atau menunjukkan tanda-tanda mahu berpaling tadah, Dean tidak akan teragak-agak untuk bertindak kejam ke atas Kensuke sejurus selepas mereka keluar dari bilik ini.

Zuri menarik nafas dalam-dalam, memandang peguamnya dengan senyuman yang paling plastik pernah dipamerkannya.

"Ya, Encik Idris. Please handle the cancellation letter. I have made up my mind."

Encik Idris melepaskan keluhan perlahan, tanda akur dengan keputusan anak guamnya walaupun hatinya berat dan penuh musykil.

"Baiklah. Kalau itu yang Puan Zuri mahukan. Sila tandatangan di dokumen ini untuk pengesahan awal."

Sambil pen diturutkan ke atas kertas, Zuri mengerling ke arah Dean melalui ekor matanya.

Dean sedang tersenyum puas, menyangka dia telah memenangi peperangan ini dan berjaya menjinakkan isterinya semula.

Kau senyumlah puas-puas sekarang, Dean, bisik hati kecil Zuri yang sarat dengan dendam. Kau fikir kau dah menang sebab aku gugurkan kes mahkamah ni? Kau silap. Aku cuma mengalah sekadar untuk membebaskan Kensuke. Lepas ni, giliran kau pula yang akan melutut. Sama seperti haritu, tapi kali ini kau bukan hanya melutut tetapi terbaring menyesal.

Selepas mereka melangkah keluar dari pejabat Encik Idris, suasana di dalam Ninja King hitam milik Dean terasa begitu tegang.

Dean memandu dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi mengetuk-ngetuk stereng mengikut rentak lagu yang perlahan, mempamerkan riak wajah seorang pemenang yang berjaya memaksa isterinya tunduk.

Namun, ketenangan itu tidak lama.

Sambil matanya tetap memandang ke hadapan jalan, Dean tiba-tiba bersuara dengan nada yang penuh manipulasi.

"Aku puas hati dengan lakonan kau kat dalam pejabat Idris tadi, Zuri. Kau memang bijak sebab pilih untuk batalkan penceraian ni," kata Dean bersahaja.

"Tapi aku bukan bodoh. Aku tahu kau batalkan semua ni sebab terpaksa, semata-mata nak selamatkan budak mentah tu."

Zuri yang sejak tadi memandang ke luar tingkap langsung tidak menoleh. Dia mengepalkan tangan di atas ribanya, cuba menahan rasa mual mendengar suara suaminya.

Dean membelokkan stereng dengan kasar sebelum menepikan kenderaan di bahu jalan yang agak sunyi.

Dia mematikan enjin, lalu memusingkan tubuhnya menghadap Zuri yang kelihatan sangat tertekan.

"I want proof that you won't betray me again.," sambung Dean, matanya mencerun tajam.

"Aku nak kau jumpa Kensuke sendiri. Depan mata aku."

Zuri tersentak. Dia berpaling pantas, memandang Dean dengan riak wajah yang tidak percaya. "I did what you said, Dean! I dropped the court case! What else do you want to force me to do?!"

Dia mengeluarkan telefon bimbit milik Zuri dari dalam poketnya lalu dicampakkan ke atas riba wanita itu.

"Kau hubungi dia sekarang. Minta dia jumpa kau dekat kafe biasa tempat korang selalu menyundal. Dan bila kau depan dia nanti... aku nak kau sendiri yang cakap kat dia yang kau dah batalkan cerai, kau nak balik pada aku, dan kau minta dia lupakan kau selamanya. Biar dia dengar sendiri dari mulut perempuan yang dia agungkan sangat."

Zuri memandang telefon di ribanya dengan tangan yang terketar-ketar.

Fikirannya ligat berputar.

Ini satu lagi paksaan psikologi daripada Dean. Dean mahu menggunakan Zuri sebagai alat untuk merobek jiwa Kensuke, dan pada masa yang sama, memastikan tiada lagi jalan kembali untuk hubungan mereka.

"Kenapa? Tak sanggup?" provok Dean, senyuman sinisnya kembali terukir melihat Zuri yang semakin tersepit.

"Terpulang. Kalau kau tak nak buat, telefon tu aku ambil balik. Dan arahan aku pada orang-orang aku untuk heret Kensuke ke balai atas tuduhan menceroboh tetap akan berjalan. Kau nak tengok dia meringkuk dalam lokap, Zuri?"

Zuri mengetap bibirnya kuat sehinggakan terasa masir darah. Air mata kemarahan yang ditahan sejak tadi hampir luruh, namun dia cepat-cepat mendongak, menelan semula kerapuhannya.

Dia tiada pilihan lain.

Dia terpaksa mengalah buat masa ini demi keselamatan Kensuke.

Zuri mencapai telefon tersebut, membuka kekunci, dan mencari nama Kensuke dengan jari yang sejuk membeku.

"I will do it," bisik Zuri perlahan, suaranya kedengaran mati. "Tapi lepas ni, kau jangan berani nak usik hidup dia lagi."

"Sebut perkataan yang betul, sayang," bisik Dean rapat ke telinganya, penuh kemenangan.

"Kau yang batalkan penceraian ni, jadi kau yang kena selesaikan budak tu."

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now