Suasana pagi yang tenang di kawasan kediaman elit itu berkecai apabila beberapa buah kenderaan pacuan empat roda milik agensi penguatkuasa memarkir tepat di hadapan pintu pagar utama.
Beberapa orang pegawai berpakaian rasmi dan berjaket gelap melangkah masuk selepas pengawal keselamatan tidak mampu berbuat apa-apa.
Di dalam rumah, Dean yang baru sahaja mahu meneguk kopi paginya tersentak apabila pintu utama banglo dijemput kasar.
Pembantu rumahnya berlari masuk ke ruang tamu dengan wajah yang pucat lesi.
"Tuan... Tuan Dean... ada pihak berkuasa dekat luar!" gagap pembantu rumah itu.
Belum sempat Dean meletakkan cawannya, sekumpulan pegawai penguatkuasa yang diketuai oleh seorang pegawai kanan bertubuh tegap sudah pun melangkah masuk ke ruang tamu mewah tersebut.
"Dean Camden?" tanya pegawai kanan itu, suaranya tegas dan bergema di segenap ruang.
Dean cuba mengawal riak wajahnya, sedaya upaya menegangkan badannya untuk menunjukkan dia masih berkuasa.
"Ya, saya. Ada apa ni? Korang tak ada adab ke serbu rumah orang pagi-pagi macam ni? Saya boleh saman korang semua, tahu tak?!"
Pegawai kanan itu langsung tidak gentar. Beliau mengeluarkan sekeping dokumen rasmi berselut merah dari dalam failnya.
"Kami ada waran tangkap ke atas tuan di bawah Seksyen Kesalahan Rasuah dan Penggelapan Wang Projek Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai bilion ringgit. Kami juga ada perintah mahkamah untuk menyita bangunan ini dan membekukan semua aset domestik milik tuan'."
Mendengar perkataan 'waran tangkap' dan 'bilion ringgit', cawan kopi di tangan Dean terlepas, menghempas lantai lalu pecah berderai.
Kopi panas membasahi permaidani importnya. Wajahnya bertukar pucat, berubah menjadi kelabu.
"Tak... tak mungkin! Korang salah orang! Ini semua fitnah!" jerit Dean, suaranya mula kedengaran pecah dan panik.
Mata Dean meliar memandang sekeliling, dan pada saat itulah dia melihat Zuri perlahan-lahan berjalan turun dari anak tangga utama.
Zuri hanya mengenakan pakaian ringkas, namun wajahnya kelihatan sangat berseri, tenang, dan langsung tidak terkejut dengan apa yang berlaku.
Melihat ketenangan Zuri, sel-sel otak Dean akhirnya bersambung. Amarahnya meluap-luap. Dia meluru ke arah tangga, menuding jari tepat ke arah Zuri seolah-olah dirasuk syaitan.
"Kau!! Kau dalang semua ni, kan?! Tuan, tangkap betina ni sekali! Dia isteri saya! Semua aliran wang kotor tu dia yang uruskan! Dia yang bersalah dalam kes ni! Sumpah, dia yang khianat saya!" raung Dean seperti orang gila, cuba mengheret Zuri bersama-sama ke dalam lubang nerakanya.
Zuri berhenti di anak tangga terakhir. Dia memandang Dean yang sedang ditahan oleh dua orang pegawai penguatkuasa daripada mendekatinya.
Seulas senyuman sinis, senyuman kemenangan yang paling manis, terukir di bibir Zuri.
"Dean... awak lupa ke?" Zuri bersuara, nadanya sangat lembut namun tajam menghiris tangkai hati Dean.
"Dua bulan lepas, awak sendiri yang paksa saya batalkan tuntutan cerai dekat pejabat Encik Idris. Awak ugut saya untuk balik ke rumah ni semata-mata nak jaga reputasi awak. Dan sepanjang dua bulan saya di sini, satu sen pun duit awak saya tak sentuh. Saya tak pernah ambil tahu pasal aktiviti awak, jauh sekali nak handle akaun korporat awak."
Zuri berpaling ke arah pegawai kanan penguatkuasa, lalu menyerahkan satu fail kecil yang dipegangnya sejak tadi.
"Tuan, ini dokumen pembatalan cerai secara paksaan dua bulan lepas, berserta rekod transaksi perbankan peribadi saya yang membuktikan saya langsung tidak terlibat dengan mana-mana dana syarikat Dean. Saya bersedia untuk memberi kerjasama penuh sebagai saksi utama pihak pendakwaan," ujar Zuri dengan penuh berwibawa.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romansa🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
