Set Fire to The Rain

8 0 0
                                        

Dari meja VIP yang terletak beberapa meter sahaja dari meja Zuri dan Kensuke, mata Dean langsung tidak beralih.

Setiap tawa kecil Zuri dan setiap layanan prihatin Kensuke yang menuangkan air ke dalam gelas wanita itu bagai simbahannya minyak ke dalam api marak yang sedang membakar dada Dean.

Amberlee di sebelah cuba merenung manja sambil memaut lengan Dean, cuba menarik perhatian. "B, you okay? I tengok you macam tak tenang jek dari tadi," rengek Amberlee, suaranya sengaja dimanjakan.

Dean tidak menjawab. Dia rentas kasar lengannya daripada pautan Amberlee.

Matanya dikecilkan, memerhati setiap gerak-geri anak muda yang kelihatan sangat tenang berbual dengan beberapa orang kenalan korporat Zuri.

"Budak mentah..." desis Dean perlahan di sebalik rengkutan rahangnya.

Malam ini, Dean tahu dia tidak boleh buat kecoh. Di dewan BCCK ini, reputasi dan air mukanya sebagai ahli perniagaan berpengaruh Kuching perlu dijaga. Dia tidak boleh kelihatan seperti seorang suami yang meroyan di khalayak ramai, apatah lagi kes mahkamah mereka sedang berjalan dan pihak media sedia menanti kesilapannya.

Anak muda menang dari segi fizikal dan ketenangan malam ini, dan Dean terpaksa menelan hakikat pahit itu buat sementara waktu.

Namun, senyuman sinis yang penuh dengan muslihat mula terukir di hujung bibir Dean.

Dean bersandar pada kerusi VIP miliknya, memutar-mutar gelas kristal di tangan. Egonya yang tercalar tadi digantikan dengan rasa angkuh yang kembali meluap-luap.

Anak muda itu mungkin boleh menyewa sut paling mahal malam ini untuk kelihatan seperti seorang gentleman, dan dia mungkin boleh berlagak berani di hadapannya.

Tetapi Kensuke lupa satu perkara tentang dunia realiti.

Dalam dunia realiti, money is king. Duit adalah segala-galanya.

Dean tahu rupa paras dan tubuh tegap pemuda tidak akan mampu membeli kuasa.

Dia akan mencari jalan untuk menyiasat latar belakang anak muda itu. Di mana dia bekerja, siapa keluarganya, dan apa perniagaannya. Dengan kekayaan jutaan ringgit dan pengaruh kabel besar yang ada di dalam genggamannya, sangat mudah untuk Dean menyekat talian hayat Kensuke itu.

Dia boleh membeli syarikat tempat Kensuke bekerja, membatalkan kontrak perniagaannya, atau memastikan tiada satu pun bank di Sarawak ini yang mahu meluluskan pinjaman untuk anak muda itu.

Dean mahu melihat sejauh mana keberanian lelaki muda itu apabila seluruh dunianya dihancurkan dengan kuasa wang.

Dia mahu melihat pemuda itu melutut apabila kehilangan segala-galanya nanti.

"Bukan malam ni, budak," bisik hati Dean, matanya tajam menikam susuk Kensuke dari jauh sebelum dia meneguk baki minumannya sehingga habis.

"Malam ni kau boleh berlagak jadi hero Zuri. Tapi esok... aku akan pastikan kau melutut di kaki aku, merayu untuk terus hidup."

Di seberang dewan, Kensuke yang sedang berbual dengan Zuri tiba-tiba mengerling sekilas ke arah meja Dean.

Walaupun dia tahu Dean sedang merencanakan sesuatu yang kotor di dalam kepalanya, Kensuke hanya membalas dengan pandangan kosong yang sangat dingin, langsung tidak gentar dengan bayang-bayang kuasa wang yang bakal dilemparkan oleh lelaki ego itu.

****

Dean meletakkan gelas kristalnya dengan bunyi dentingan yang agak kuat. Dia membetulkan kot sutnya, lalu berpaling ke arah Amberlee.

​"Jom, sayang. Kita pergi tegur isteri I kejap," kata Dean dengan senyuman yang penuh muslihat. Amberlee yang mendengar terus tersenyum lebar, sedia untuk menjadi batu api.

Defeated To HerStories to obsess over. Discover now