Limpahan air shower yang hangat kembali menyirami tubuh mereka, melarutkan sisa-sisa kehangatan petang yang melekit di atas kulit.
Kensuke membiarkan pancuran air itu mengalir membersihkan belakang badannya sendiri sebelum dia menarik Zuri yang sudah benar-benar longlai seperti tiada tulang, ke dalam pelukan jantannya di bawah aliran air.
Dengan penuh cermat, Kensuke meratakan sabun mandian beraroma mewah ke seluruh tubuh Zuri.
Jemari kasarnya yang tadi begitu dominan dan kejam, kini bertukar menjadi tersangat lembut, mengusap bahu, lengan, dan pinggul Zuri yang dipenuhi tanda kemerahan akibat taklukannya yang tidak keruan siang tadi.
Zuri hanya bersandar pasrah dlm dakapan Kensuke, menyembunyikan wajahnya yang masih merah padam di dada tegap lelaki itu, menikmati belaian yang menenangkan selepas badai berahi yang menghancurkan kewarasannya.
"Now we're clean," bisik Kensuke lembut, mengucup puncak kepala Zuri yang basah sebelum menutup paip pancuran.
Dia mencapai sehelai tuala putih yang besar, membalut tubuh genit Zuri sepenuhnya, lalu sekali lagi mencempung wanita itu keluar dari bilik air.
Kali ini, dia meletakkan Zuri dengan perlahan di atas kerusi lengan (armchair) yang terletak di sudut bilik, sementara dia sendiri dengan pantas mengeringkan badan dan menyarung boxer nya semalam.
Melihat jam di dinding sudah melepasi pukul 6:00 petang dan menyedari perut Zuri yang dari tadi kosong selepas tenaga mereka diperas habis-habisan dlm bilik air tadi, Kensuke mencapai telefon hotel dlm bilik tersebut.
"I ordered a large quantity of food for tonight. You rest in the blanket, sweetheart... let me take care of everything," kata Kensuke dengan senyuman kacak yang penuh dengan aura pelindung, manakala Zuri hanya mampu tersenyum kuyu, memandang lelaki muda yang tersangat posesif itu dlm keheningan senja Kuching yang mula menampakkan sinarnya.
*****
Pintu bilik hotel diketuk perlahan dari luar tepat jam 6:30 petang.
Kensuke bangkit dari birai katil dengan langkah tenang, membuka pintu untuk membiarkan kakitangan hotel menolak masuk sebuah troli makanan yang sarat dengan hidangan panas yang baru dimasak.
Aroma ayam panggang, sup ekor yang pekat, dan nasi putih yang masih berasap terus memenuhi segenap ruang kamar, menerbitkan semula rasa lapar yang amat sangat dlm perut mereka berdua.
Selepas menandatangani bil pesanan, Kensuke menutup rapat pintu bilik dan menguncinya kembali. Dia menolak troli tersebut rapat ke sisi katil, di mana Zuri sudah pun bersandar pada timbunan bantal dlm balutan jubah mandi hotel yang baru.
"I'm sooo hungry..." bisik Zuri dengan mata yang kian bersinar melihat hidangan di hadapannya.
"I know," kata Kensuke sambil mencedok sup ekor yang hangat ke dlm mangkuk kecil.
Dia duduk di birai katil, rapat dengan paha Zuri yang masih terasa sengal, lalu menyuapkan suapan pertama nasi yang sudah digaul dengan kuah sup pekat ke bibir Zuri.
Zuri menerima suapan itu dengan penuh selera, membiarkan kehangatan makanan tersebut mengalir turun dan memulihkan kembali tenaga dlm tubuhnya yang sempat longlai dlm bilik air tadi.
Kensuke tersenyum puas melihat cara Zuri mengunyah, sesekali dia sendiri menyuap makanan ke dlm mulutnya dlm ritmak yang santai.
Di luar tingkap, langit Kuching sudah pun bertukar menjadi gelap sepenuhnya dlm keheningan malam, namun di dlm kamar mewah itu, suasana terasa tersangat hangat, intim, dan tenang dlm sisa-sisa intimasi mereka yang tidak berpenghujung.
Selesai makan, troli makanan ditolak ketepi oleh Kensuke.
Suasana bilik kembali sunyi, hanya ditemani deruan halus pendingin hawa yang menyebarkan kedinginan, kontras dengan kehangatan yang masih bersisa dlm tubuh masing-masing.
Perut yang tadinya berkeroncong kini sudah terisi penuh, mengembalikan sedikit tenaga pada tubuh Zuri yang hampir lencun didera berahi petang tadi.
Kensuke kembali memanjat katil, menyusup masuk ke bawah selimut tebal lalu menarik tubuh genit Zuri rapat ke dalam dakapan sasa jantannya.
Zuri melentokkan kepalanya di atas dada bidang Kensuke yang tidak berbaju, mendengar degupan jantung yang teratur dan tenang.
"Still painful, sweetheart?" bisik Kensuke dlm suara garau yang rendah, manakala jemari kasarnya mula merayap di bawah selimut, mengusap lembut paha Zuri yang terdedah dari belahan jubah mandi.
Sentuhannya kali ini tidak lagi menuntut atau kasar, melainkan satu belaian yang penuh dengan rasa sayang dan posesif.
"Mmm... I'm a little tired after eating earlier. But if you're thinking of doing an 'another round' tonight, I really won't let you. I'm really tired," balas Zuri, suaranya kedengaran manja sambil tangannya menepuk perlahan dada Kensuke sebagai amaran.
Kensuke melepaskan tawa kecil, kedengaran sedikit nakal dlm kerongkongnya.
Cengkaman tangannya pada pinggang Zuri dikemaskan lagi, seolah-olah tidak mahu melepaskan mangsa buruannya walaupun seinci.
Pemuda itu mengucup dlm-dlm ubun-ubun Zuri yang berbau harum sabun mandi, menghirup aroma wanita itu dengan penuh ketagihan.
"I know... I'm not that cruel," bisik Kensuke dlm suara garau mudanya yang kedengaran sangat posesif. "Tonight I let you rest, sweetheart."
Zuri tersenyum kuyu dlm kehangatan dakapan itu.
Ada sedikit rasa mendebarkan dlm hatinya apabila mengenangkan bagaimana seorang gamer boy yang jauh lebih muda daripadanya mampu menjadi begitu dominan dan pelindung dlm masa yang sama.
Dengan rasa selamat yang aneh namun memabukkan dlm pelukan lelaki muda yang telah menaklukinya sepenuhnya itu, mata Zuri yang kian memberat mula terpejam perlahan-lahan, dihanyutkan ke alam mimpi dlm keheningan malam Kuching yang kian larut.
*****
Apabila fajar pagi Kuching mula menyisip masuk di celah langsir bilik hotel, Kensuke perlahan-lahan mencelikkan matanya.
Dia memandang wajah Zuri yang masih lena di sebelahnya-kelihatan begitu tenang dan cantik, bebas daripada sisa keletihan malam tadi.
Kensuke melepaskan keluhan kecil apabila terpandang kerusi di sudut bilik. Di situ, tersidai sepasang sut formal yang dipakainya sejak semalam.
Sut yang sepatutnya kemas kini sudah kelihatan kedut seribu akibat aksi gila mereka.
Dengan penuh cermat agar tidak mengejutkan Zuri, Kensuke mengensot keluar dari selimut. Dia menyarung semula seluar dan kemeja semalam yang agak ronyok itu tanpa mengenakan tali leher.
Dia berjalan ke sisi katil, melutut perlahan lalu membisikkan sesuatu di telinga Zuri yang masih separuh sedar.
"Hey, sweetheart... I'm going back to my apartment right now, I want to change clothes. I'm still wearing my suit from the other night. You rest first, I'll come back with breakfast, okay?"
Kensuke menghadiahkan satu kucupan hangat yang dlm di dahi Zuri, sebelum mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya.
Dengan langkah yang terpaksa diatur cepat, gamer boy itu melangkah keluar dari bilik hotel, memandu pulang ke apartmennya demi membersihkan diri dan bersiap semula dengan pakaian yang lebih segar untuk kembali ke dakapan Zuri.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
