Selesai sahaja perlawanan scrim santai yang sengit bersama rakan-rakan lamanya dari Crypstar Fortress, Kensuke menanggalkan headset mekanikalnya.
Ahli pasukannya yang lain masih bising berbincang tentang kesilapan taktik di pusingan akhir, namun Kensuke tidak membuang masa lagi.
Jiwanya sudah lama terbang meninggalkan kerusi gaming itu. Dia bingkas bangun, mencapai kunci kereta dan telefon pintarnya, lalu melangkah laju keluar dari bangunan.
Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, jarinya terus mendail satu nombor yang sudah hampir tiga bulan tidak dihubungi secara terbuka.
Jantungnya berdegup kencang menanti panggilan bersambut.
Tut... Tut...
"Kensuke," suara lembut di hujung talian itu kedengaran. Cukup untuk membuatkan segala penat lelah Kensuke hilang sekelip mata.
"Zuri...," balas Kensuke, suaranya dalam dan sarat dengan getaran emosi yang ditahan. "I want to see you. Now."
Di hujung talian, Zuri yang sedang berdiri di dalam rumah barunya tersenyum manis. "I know. I've just sent the location. Come here... I'm waiting."
Kensuke memandu membelah jalan raya Kuching dengan fikiran yang hanya membayangkan wajah Zuri.
Sebaik sahaja aplikasi navigasi menunjukkan dia telah tiba, kenderaannya perlahan-lahan memasuki kawasan perkarangan rumah sesebuah setingkat yang tersorok di sebalik barisan pokok pain yang rimbun.
Lampu-lampu dinding berona hangat pada pagar batu dan tiang ruang legar terbuka sudah pun terpasang, memandangkan hari semakin menginjak senja.
Pintu gerbang besi hitam kecil terbuka sedikit.
Kensuke keluar dari kereta, langkah kakinya laju menuju ke pintu utama rumah putih minimalis itu.
Sebelum dia sempat mengetuk, pintu utama kayu itu terbuka dari dalam.
Zuri berdiri di situ.
Dia hanya menyarung pakaian rumah yang ringkas, rambutnya disanggul kemas. Wajah yang dulunya sarat dengan beban lakonan kini kelihatan sangat bersih, tenang, dan berseri-seri di bawah limpahan cahaya lampu cozy rumah barunya.
Hampir tiga bulan dorang terpaksa berlakon menjadi orang asing, menahan diri daripada berhubung demi memastikan rancangan menjatuhkan Dean berjalan kalis peluru walaupun tidak berbagi info dalam rancangan tersebut.
Dan di sinilah mereka akhirnya, berdiri bertentangan tanpa ada lagi sebarang ancaman.
Kensuke tidak mampu menahan dirinya lagi. Dia melangkah setapak ke hadapan dan terus menarik tubuh Zuri ke dalam pelukannya.
Tubuh wanita itu didekapnya tersangat erat, menyembunyikan wajahnya di ceruk leher Zuri.
Zuri turut meluangkan rasa yang sama; kedua-dua lengannya melingkar kemas pada bahu lebar Kensuke, memeluk pemuda itu dengan seluruh kehangatan yang ada.
Di ambang pintu rumah baru itu, dalam keheningan hutan pain yang mengelilingi mereka, segala rindu, air mata, kesakitan, dan penantian selama tiga bulan ini dilampiaskan sepenuhnya dalam satu dakapan yang sunyi namun sarat dengan seribu satu makna.
Tiada kata-kata yang diucapkan, hanya kedengaran helaan nafas lega dan degupan jantung masing-masing yang saling berdegup selari.
"I miss you, Zuri... so much," bisik Kensuke perlahan, mengucup lembut rambut wanita itu.
Zuri memejamkan matanya, menikmati kehangatan pelukan Kensuke yang sentiasa menjadi pelindungnya.
"Me too, Ken. Thank you for not giving up on me."
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romansa🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
