Catlyn menatap wajah Kensuke yang masih merenung kosong ke luar jendela kafe.
Di dalam sudut hatinya, tangkai emosinya sedikit terusik.
Dia betul-betul tidak menyangka Kensuke boleh jatuh cinta dan menyayangi seorang wanita sedalam ini.
Zuri, seorang wanita matang yang statusnya pula isteri orang. Rupanya mampu membuatkan Kensuke terkulai layu di dalam kelemasan perasaan sendiri.
Melihat kerapuhan lelaki di hadapannya sekarang, Catlyn mengimbas kembali memori lama mereka.
Dulu, Kensuke tidak pernah begini semasa mereka masih bersama.
Perangainya ketika menjadi tunangannya dahulu amat berbeza dengan penangan yang diterimanya selepas bersama Zuri.
"Kau betul-betul dah berubah, Kensuke," bisik Catlyn perlahan, hampir kepada diri sendiri.
Kensuke mengalihkan pandangannya, memandang Catlyn dengan kening yang berkerut sedikit.
"Apa maksud kau?"
Catlyn menyandarkan tubuhnya, tersenyum nipis dengan pandangan yang sarat dengan nostalgia.
"Aku cuma teringat zaman kita dulu. Masa kita bersama, kau tak pernah macam ni. Waktu tu, separuh daripada hidup kau cuma habis dekat kerusi gaming. Hari-hari kau hadap intensive training kat gaming house sampai adakalanya kau lupa dunia luar."
Catlyn tertawa kecil, tawa yang tidak mempunyai sekelumit pun rasa dendam, melainkan hanya penerimaan terhadap takdir.
"Sekali-sekala je kau balik ke apartment kita. Tapi... aku tak nafikan, kau memang seorang lelaki yang sweet. Kau selalu cuba buat aku gembira dengan cara kau sendiri. Cuma masa tu... kau belum sematang sekarang."
Catlyn berjeda seketika.
Dia memandang anak mata Kensuke yang kini kelihatan lebih dalam, lebih gelap, dan dipenuhi dengan rasa tanggungjawab seorang lelaki dewasa untuk melindungi wanita yang dicintainya.
"She is so lucky," sambung Catlyn dengan nada yang tulus.
"Itulah kehidupan, kan? Bila Dean sia-siakan dia dan langsung tak tahu nak menghargai wanita sehebat Zuri... ada lelaki lain pula yang sanggup serahkan seluruh jiwa dan raga untuk hargai dia. Lelaki tu adalah kau, Kensuke."
Kensuke terdiam mendengar kata-kata jujur daripada bekas tunangnya itu.
Kata-kata Catlyn bagaikan satu pengesahan bahawa cintanya pada Zuri bukan lagi sekadar cinta monyet atau taksub sementara, tetapi sebuah rasa yang sudah matang dan berakar umbi di dalam jiwanya.
"Aku tak pernah minta untuk rasa semua ni, Cat," balas Kensuke, suaranya kedengaran perlahan namun sangat tegas.
"Tapi bila aku tengok Zuri... aku cuma tahu yang aku nak jadi pelindung dia. Walaupun terpaksa gadaikan nyawa aku sendiri."
Catlyn mengangguk faham. Dia menarik nafas panjang sebelum memperbetulkan kedudukannya, bersiap sedia untuk kembali ke alam realiti rancangan mereka.
"Sebab tu kita kena pastikan rancangan ni berjaya, Kensuke. Demi masa depan kau, dan demi selamatkan wanita bertuah yang kau sanjung tu."
*****
Dua bulan berlalu dengan begitu tenang di permukaan.
Di mata Dean, rancangannya untuk 'menjinakkan' Zuri telah berjaya sepenuhnya.
Zuri kini sudah diberikan kebebasan sepenuhnya untuk keluar masuk dari banglo mewah itu seperti biasa. Tiada lagi sekatan, tiada lagi pengawal yang mengekorinya.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
