Pintu SUV mewah itu tertutup rapat, memutuskan terus bunyi bising dari luar jalan raya Kuching.
Suasana di dalam kereta terus bertukar sunyi, diganti dengan deruan pendingin hawa yang terasa membekukan hingga ke tulang.
Zuri duduk bersandar pada kerusi penumpang, dadanya berombak kencang menahan tangisan yang mahu pecah.
Air matanya sudah mengalir deras, merosakkan mekap tebal yang dipakai pagi tadi.
Di sebelah, Dean memusingkan stereng Ninja King dengan bersahaja, membelok keluar dari bahu jalan menuju ke lebuh raya utama.
Sebelah tangannya diletakkan di atas penukar gear, manakala jari-jarinya mengetuk stereng mengikut ritma yang tenang.
Wajahnya santai malah, ada senyuman kemenangan yang sangat sinis terukir di bibirnya.
"Good," Dean memecah kesunyian, suaranya kedengaran sangat tenang tetapi berbisa.
"I like your acting, sayang. So dramatic. 'Our age gap is too wide... please let me go.' Skrip tambahan kau sendiri. Perghh.. Kalau aku juri anugerah, aku dah bagi kau trofi pelakon wanita terbaik."
Zuri langsung tidak menoleh. Dia memandang kosong ke luar tingkap, membiarkan air mata membasahi pipinya.
Dean telah memaksa Zuri membiarkan telefon bimbitnya dalam mode on the line dengan Dean sebagai bukti setiap kata-kata Zuri itu benar, tiada penipuan langsung.
Tangannya digenggam erat di atas riba, menahan rasa benci yang teramat sangat kepada lelaki di sebelahnya.
"You got what you want, Dean," bisik Zuri, suaranya serak dan pecah. "I've withdrawn the divorce petition. I've hurt him in front of your eyes. Sekarang, tolong tunaikan janji kau. Jangan usik hidup dia lagi."
Dean memperlahankan sedikit kelajuan kenderaan sebelum mengerling ke arah Zuri dengan pandangan yang penuh dominasi.
"You dont have to think too much about that brat, Zuri. He is no longer someone in your life starting today," kata Dean, nadanya tiba-tiba bertukar keras dan tegas.
"Now, you have only one task. Go back to the hotel, pack your things, and be an obedient wife just like before. Don't let me find out you're in touch with him behind my back again. If I do find out..."
Dean sengaja menggantungkan ayatnya. Dia menepuk stereng kereta dengan perlahan, seolah-olah memberi amaran halus bahawa dia mempunyai mata dan telinga di mana-mana sahaja.
Zuri memejamkan matanya rapat-rapat. Dia mendengar setiap bait ugutan itu dengan hati yang sarat dengan dendam.
Kau senyumlah puas-puas dulu, Dean, bisik hati kecil Zuri di balik tangisannya yang semakin reda.
Kau ingat kau dah menang sebab kau kurung aku dalam sangkar ni semula? Kau silap. Aku cuma mengalah untuk selamatkan dia. Tapi aku takkan pernah berhenti cari jalan untuk musnahkan kau.
*****
Ninja King hitam itu membelok masuk ke perkarangan banglo mewah milik Dean.
Pagar automatik tertutup rapat di belakang mereka, seolah-olah mengunci mati kebebasan Zuri sekali lagi.
Sebaik sahaja enjin dimatikan, Dean berpaling ke arah Zuri yang masih statik di kerusi penumpang.
"Dah sampai. Turun," arah Dean pendek, suaranya kembali dingin tanpa sebarang kemesraan. "Masuk bilik, bersihkan muka kau tu. Aku tak nak pembantu rumah tengok kau macam ni, nanti macam-macam spekulasi pula."
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romansa🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
