Kejohanan MOBA Kelayakan Peringkat Negara, Stadium Perpaduan Kuching
Suasana di dalam stadium bergema dengan sorakan gemuruh para penyokong.
Cahaya lampu LED berwarna-warni memancar ke segenap ruang pentas utama.
Di atas skrin gergasi, perkataan "VICTORY" terpampang besar di bawah logo pasukan Crypstar Fortress, manakala di sebelahnya, logo BloodMoon Gaming berada di kedudukan Naib Juara.
Walaupun tewas di perlawanan akhir dengan mata 3-2 kepada Crypstar Fortress, pasukan gergasi yang sememangnya belum pernah terkalahkan, sorakan untuk BloodMoon Gaming tidak kurang hebatnya.
Sebagai team baru, berjaya merangkul tempat ke-2 dan mengesahkan slot ke peringkat negara adalah satu pencapaian yang luar biasa.
Selepas sesi penyampaian pingat selesai, kedua-dua pasukan berjalan turun ke kawasan backstage yang agak tersorok daripada pandangan peminat dan media.
Kensuke yang sedang memegang trofi Naib Juara menghentikan langkahnya apabila melihat susuk tubuh yang sangat dikenalinya sedang berdiri menunggu di lorong backstage.
Coach Starlash, bersama-sama dengan Coco, Slash, Solaris, dan Flame. Mereka semua masih menyarung jersi rasmi Crypstar Fortress.
Ini adalah kali pertama mereka bersemuka sejak malam penuh kontroversi di mana Kensuke mengambil keputusan drastik untuk meninggalkan team lama mereka demi Catlyn
Suasana senyap seketika.
Masing-masing memandang Kensuke dengan pandangan yang sarat dengan rasa rindu, kesal, dan serba salah.
"Kensuke..." Coco memecah kesunyian. Tanpa amaran, dia terus meluru ke arah Kensuke dan menarik pemuda itu ke dalam satu pelukan abang-adik yang sangat erat.
Slash, Solaris, dan Flame turut mendekat. Mereka semua menerkam Kensuke, memeluknya beramai-ramai di koridor itu.
Bahu Kensuke ditepuk berkali-kali. Segala ego sebagai pemain profesional runtuh pada saat itu; mereka cuma sekumpulan sahabat yang teramat rindukan marksman lama mereka.
Selepas pelukan dileraikan, Coach Starlash melangkah ke hadapan. Wajah matang jurulatih itu kelihatan sayu. Beliau meletakkan tangan di atas bahu Kensuke.
"Kensuke... kami semua nak minta maaf," ujar Coach Starlash dengan nada yang tulus. "Kami salah sebab mengadili kau malam tu. Kami salahkan keputusan kau untuk pergi demi Catlyn tanpa cuba nak faham apa yang korang lalui masa tu. Sumpah, kami semua rasa bersalah sangat-sangat."
"Betul, Ken. Kami rindu gila nak main satu lane dengan kau. Maafkan kami sebab tak ada dengan kau masa kau susah beberapa bulan ni," celah Slash, manakala Solaris dan Coco mengangguk laju dengan mata yang berkaca-kaca.
Kensuke memandang wajah mereka satu per satu. Rasa terkilan yang pernah ada dahulu cair sepenuhnya melihat ketulusan sahabat-sahabatnya. Dia mengukir senyuman ikhlas yang paling manis.
"Tak ada apa lah. Benda dah lepas. Aku sikit pun tak simpan dalam hati. Malah, aku bangga gila tengok korang main tadi. Korang memang layak pegang takhta nombor satu tu," balas Kensuke, merendah diri.
Mereka kemudian meluangkan masa melepak sebentar di kawasan rehat backstage, berkongsi cerita tentang penat lelah sepanjang pusingan kelayakan sambil menikmati minuman tin.
Apabila rakan-rakan yang lain sedang sibuk bersembang dengan ahli team BloodMoon yang baru, Flame mencuit bahu Kensuke, memberi isyarat untuk bercakap secara bersendirian di sudut koridor yang agak sunyi.
Flame, sebagai antara rakan yang paling rapat dengan Kensuke, memandang wajah sahabatnya itu dengan serius namun prihatin.
"Ken... aku nak tanya sikit boleh?" Flame memperlahankan suaranya. "Macam mana dengan... kes Zuri? Kau dengan dia macam mana sekarang? Dua bulan ni kitorang langsung tak dengar cerita."
Kensuke terdiam seketika. Dia menghirup tin minumannya, matanya memandang kosong ke lantai sebelum dialihkan kembali kepada Flame.
Demi keselamatan Zuri, dan memandangkan kes penyelewengan bilion ringgit Dean kini sedang berada di fasa paling kritikal di bawah siasatan pihak berkuasa, Kensuke tahu dia tidak boleh membocorkan walau satu patah perkataan pun tentang hubungan atau rancangan rahsia dorang ketika ini.
Tambahan pula, semua orang tahu dia keluar dari Crypstar dulu adalah demi Catlyn, jadi status hubungannya dengan Zuri memang tersimpan kemas daripada radar umum.
"Kitorang tak ada apa-apa sekarang, Flame," bohong Kensuke dengan wajah yang sangat tenang dan bersahaja, seolah-olah dia memang sudah benar-benar pasrah.
"Aku pun dah sibuk dengan BloodMoon. Zuri pun ada kehidupan dia sendiri,"
Flame mengeluh perlahan, menepuk bahu Kensuke dengan rasa simpati.
"Sabar lah, Ken. Aku doakan yang terbaik untuk kau."
"Thank you, bro," jawab Kensuke pendek.
Di dalam hati, Kensuke tersenyum sendiri.
Biarlah dunia, malah sahabat-sahabat baiknya sendiri, mengira bahawa kisahnya dengan Zuri sudah berakhir.
Biarlah masa sahaja yang akan mempamerkan kebahagiaan sebenar dorang kelak.
Apabila badai kes penyelewengan Dean selesai, apabila Dean sudah diseret ke muka pengadilan dengan pakaian oren, waktu itulah dia akan memimpin tangan Zuri dengan bangga di hadapan semua orang.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
