Suasana malam di perumahan elit yang terletak di pinggir bandar raya Kuching itu disapa deruan enjin yang garang.
Sebuah Chevrolet Corvette berwarna putih memecut tenang menelusuri jalan tar yang sunyi sebelum membelok masuk dengan bergaya ke pekarangan sebuah banglo mewah tiga tingkat bernilai jutaan ringgit.
Zuri mematikan enjin. Sisi jutawan dan pemilik empayar ZenGym dalam dirinya menolak untuk kelihatan lemah. Dia pulang ke rumah itu dengan Corvette putih miliknya sendiri, lambang kemegahan atas usahanya yang telah menembusi pasaran Kuala Lumpur. Dia tidak takut pada Dean, dan dia mahu suaminya itu tahu bahawa dia bebas keluar masuk ke rumah yang juga dibina atas titik peluhnya.
Zuri melangkah keluar dari perut kereta dlm persalinan kasual yang tetap kelihatan elegan.
Langkah kakinya yang mengenakan kasut tumit tinggi berbunyi yakin di atas lantai marmar pekarangan rumah. Menggunakan kad akses dan kod keselamatan yang masih aktif, dia menolak pintu utama banglo itu tanpa sedikit pun teragak-agak.
Suasana di dlm rumah agak sunyi, hanya diterangi lampu kecemasan di sudut ruang tamu. Zuri terus mengatur langkah ke tingkat dua, menuju ke bilik kerja peribadinya. Tujuannya hanya satu: mengambil fail dokumen penting berkaitan pendaftaran asal cawangan ZenGym di luar division Kuching termasuk Kuala Lumpur.
Dokumen-dokumen hitam putih itu sangat kritikal untuk diserahkan kepada Encik Idris bagi membuktikan aset tersebut adalah hak mutlaknya dlm prosiding mahkamah nanti.
Dia memetik suis lampu bilik kerja, menerangi ruang tersebut tanpa perlu berselindung. Zuri melangkah ke kabinet fail, menarik laci besi, dan menyelak barisan fail dengan pantas namun tenang.
Jemarinya berhenti pada sebuah fail tebal berwarna ungu, warna kegemarannya.
"Yes," desis Zuri.
Dia mengeluarkan fail tersebut dan memeluknya rapat ke dada.
Tepat pada waktu dia berpaling untuk melangkah keluar dari bilik kerja, telinganya menangkap bunyi tapak kaki yang berat sedang mendaki tangga dengan tergesa-gesa.
Sesaat kemudian, susuk tubuh Dean muncul di ambang pintu bilik kerja, wajahnya kelihatan merah padam, menahan amarah yang amat sangat selepas melihat Corvette putih Zuri terparkir di bawah.
Dean mengetap rahangnya, memandang tajam ke arah Zuri dan fail di pelukan wanita itu.
"Oh, how dare you set foot here again, Zuri? After you humiliated me at BCCK with that useless man, you come back here like nothing happened?!"
Zuri tidak menunjukkan sedikit pun reaksi gentar dlm wajahnya.
Walaupun hatinya berdegup kencang melihat mata Dean yang merah menyala menahan amarah, dia mengekalkan postur tubuh yang tegak dan langkah yang tenang.
Dia memeluk fail ungu itu dengan sebelah tangan, manakala sebelah lagi tangan memegang tas tangannya seolah-olah leteran Dean itu hanyalah angin lalu.
Tanpa membalas sepatah kata pun di tingkat atas, Zuri melangkah melepasi Dean begitu sahaja, berpaling menuju ke tangga dan turun ke tingkat bawah.
Tindakan bersahaja itu membuatkan Dean semakin tercabar dan mengekorinya dari belakang dengan langkah yang dihentak kasar.
Zuri melangkah masuk ke dalam ruang dapur basah yang serba moden. Dengan lagak yang sangat biasa, dia meletakkan fail ungu dan tas tangannya di atas meja kaunter island table.
Dia kemudiannya berjalan ke arah peti sejuk besar dua pintu yang terbina dlm dinding dapur.
Kreeek...
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
