Sambil mengancing t-shirt kasualnya, Kensuke memandang sekeliling ruang tamu apartmennya yang kembali sepi.
Dia mencapai beg yang berisi dokumen kontrak gaming team baru dan kunci pendua yang ditinggalkan Catlyn tadi.
Fikirannya terus melayang kepada Zuri yang sedang menunggu di hotel.
Kensuke tersenyum nipis, menyumbat telefon bimbitnya ke dalam poket seluar selepas memastikan pesanan ringkasnya dihantar kepada Zuri:
"I'm on my way back to you, sweetheart. Wait I. I bought you food."
Dengan langkah yang pantas dan hati yang sarat dengan rindu, Kensuke keluar dari apartmennya, mengunci pintu rapat-rapat, dan terus menuju ke lif.
Namun, senyuman itu perlahan-lahan pudar digantikan dengan satu keluhan kecil yang rasional. Dia meraup rambutnya yang masih lembap dlm langkah menuju ke lif.
Sebenarnya, jauh di sudut hati, Kensuke tersedar sesuatu.
Hubungannya dengan Zuri masih terlalu hijau, masih dlm fasa yang penuh dengan keindahan dan kehangatan malam tadi.
Dahulu, hubungannya dengan Catlyn juga bermula dengan fasa yang cukup indah sebelum segala-galanya berubah menjadi toksik dan penuh tekanan.
Namun, Kensuke segera menggelengkan kepalanya, mengusir skeptisisme yang cuba meracuni fikiran dlm keheningan lif yang sedang bergerak turun.
Dia memilih untuk bersikap optimis namun tetap berpijak di bumi nyata. Apa yang penting sekarang adalah bagaimana dia mencorakkan masa depannya, tanpa mengulangi kesilapan lalu dengan membiarkan impiannya dipijak lagi.
Dia melangkah keluar ke tempat letak kereta, menghidupkan enjin, dan memecut keluar dari perkarangan apartmennya menuju ke hotel tempat Zuri berada.
Walau apa pun takdir yang menanti dlm hubungannya kali ini, dia mahu menghargai momen yang ada sekarang terlebih dahulu.
*****
Di dalam grup WhatsApp rahsia yang hanya dianggotai oleh golongan multi-millionaire Kuching, tangkap layar (screenshot) artikel itu tersebar luar biasa laju.
Golongan elit mula berbisik sesama sendiri; ada yang menyelar tindakan Dean yang dianggap tidak matang dalam mengendalikan emosi ketika proses cerai sedang berjalan, dan tidak kurang juga yang memandang sinis kepada Zuri kerana berani membawa 'lelaki luar' ke majlis berprestij tinggi tersebut.
Bagi mereka, ini satu skandal domestik kelas atasan yang paling menghiburkan tahun ini.
Sementara itu, di dalam keretanya yang sedang memecut laju menuju ke hotel, Kensuke langsung tidak tenang. Telefon bimbitnya yang diletakkan di atas papan pemuka tiba-tiba bergetar tanpa henti, skrinnya menyala berulang kali menampilkan nama-nama yang sudah lama tidak berhubung dengannya.
Satu notifikasi pop-up muncul di bahagian atas skrin.
Coach Starlash: Ken, aku nampak artikel pasal kes kat BCCK tu. Budak lelaki misteri yang diorang maksudkan tu... kau kan? Kau buat apa dekat majlis elit macam tu, Ken? Tolong call aku balik kalau kau free. Kita dah lama tak sembang sejak kau tarik diri dari team.
Kensuke terkilan seketika melihat nama itu. Coach Starlash, insan yang paling kecewa dan terkesan apabila dia mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan Crypstar Fortress setahun yang lalu.
Sejak hari dia melangkah keluar dari gaming house, ini adalah kali pertama pengurus lamanya itu menghantar mesej secara peribadi.
Belum sempat Kensuke mencerna mesej daripada bekas jurulatihnya, satu lagi mesej masuk daripada Flame, team yang paling rapat dengannya semasa di Crypstar Fortress.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
