Pagi itu, hati Zuri terdetik untuk pulang ke rumah. Bukan kerana ada janji atau urusan penting, cuma ingin mengambil sedikit baju dan barang keperluan yang masih tertinggal.
Bohonglah jika dia tidak merasa rindu akan rumah itu, setiap sudutnya menyimpan kenangan. Namun, dia harus meninggalkan semua itu; dia tahu dia sudah bukan siapa-siapa lagi di sana.
Dia memutuskan untuk mengambil masa berehat sebentar. Lagipun, dia tahu Dean tidak akan pulang seawal ini. Paling cepat pun, Dean akan muncul pada sebelah petang nanti.
Zuri berjalan perlahan, melintasi ruang tamu yang sunyi, dan merebahkan diri di atas sofa empuk. Itu adalah tempat kegemarannya, 'fav spot' nya, semasa dia masih tinggal di rumah itu.
Sofa itu membalas pelukannya dengan selesa, seolah-olah mengerti kerinduan dan kepenatan yang membelenggunya. Zuri memejamkan mata, membiarkan keheningan pagi membalut dirinya. Di sebalik ketenangan itu, ada rasa berat yang masih bersarang di dada, sisa-sisa pertempuran emosi yang baru dilaluinya.
Dia tahu, ini hanyalah permulaan.
Tanpa disangka, Dean kembali ke rumah itu juga setelah semalaman tidak pulang. Dia terkejut melihat kereta Corvette putih milik Zuri ada di situ.
Dean melangkah masuk ke dalam rumah, bahunya jatuh lesu. Dia sudah mengetahui tentang tindakan Zuri. Berita tentang Zuri menghubungi Puan Sri Aisha Rahman telah sampai ke telinganya seperti petir menyambar.
Selama ini, dia fikir segalanya boleh disembunyikan, bahawa Zuri tidak akan pernah mengetahui. Kini, realiti yang pahit menampar wajahnya.
Dia menemui Zuri di ruang tamu, sedang membaca sebuah buku dengan tenang. Ketenangan Zuri membuat Dean gerun. Tiada amarah, tiada tangisan, hanya ketenangan yang menakutkan. Dean tahu, kemarahan adalah lebih mudah dihadapi daripada ketenangan yang dingin ini.
"Syg," panggil Dean, suaranya serak. Zuri mengangkat pandangannya, tanpa sedikit pun riak di wajahnya. Panggilan 'syg' dari bibir Dean terasa sangat asing walaupun Dean masih suami sahnya.
"I know you called the lawyer," kata Dean, mendekati Zuri. "Please, syg.. Jangan buat macam ni. We can discuss. I... I can explain everything."
Zuri menutup bukunya perlahan-lahan, meletakkannya di atas meja kopi. Matanya memandang tepat ke arah Dean, tanpa berkelip.
"What else to discuss, Dean?" soal Zuri, suaranya tenang namun menusuk. "Everything comes up to the surface. There is nothing to explain anymore,"
Dean menghela nafas panjang, cuba mencari kata-kata yang tepat.
"I made a mistake. I have made a big stupid mistake but please, syg. Think about us, about... About our marriage. We have gone through thick and thin together. It doesn't have to be like this," Dia cuba memegang tangan Zuri, tetapi Zuri menarik tangannya perlahan.
"Dean, I'm tired," kata Zuri, nada suaranya sedikit mengeras. "Tired of your lies, I'm tired of your game. You are too much, Dean. You have crossed the line. I have lost my trust in you, after all I have given you-- the love, care, attention, support, whatever a wife should do, I've done that all,"
Dean berlutut di hadapan Zuri, satu tindakan yang jarang sekali dia lakukan. Wajahnya penuh penyesalan.
"Please, syg. Let's reconcile. I'll do anything. I will leave Amberlee--"
"Don't you ever mention that name again!" sergah Zuri menyebabkan Dean tertunduk dan mengangguk faham.
"Ok syg.. please, give me one more chance. We can start all over again, I promise."
Pandangan Zuri tidak goyah. Dia melihat ketakutan di mata Dean, ketakutan akan kehilangan bukan sahaja perkahwinannya tetapi juga reputasi dan kedudukannya.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romansa🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
