Sinar matahari petang memancar terik di luar perkarangan bangunan komersial yang menempatkan pusat latihan BloodMoon Gaming.
Oleh sebab peraturan ketat pengurusan pasukan yang melarang orang luar daripada menceroboh zon fokus pemain secara sesuka hati, Catlyn hanya menunggu di sebuah kafe terbuka yang terletak di aras bawah bangunan tersebut.
Kensuke berjalan keluar dari pintu lif utama, masih menyarung jersi gaming miliknya.
Dia melangkah mendekati meja luar kafe tempat Catlyn sedang duduk menunggunya dengan sebuah beg fail kecil di atas meja.
Sebagai bekas tunang Kensuke, pertemuan di luar kawasan rasmi sebegini sentiasa menghadirkan rasa canggung yang halus, namun mereka tetap bersikap profesional demi urusan yang sedang diselesaikan.
Kensuke melabuhkan punggung di kerusi bertentangan. "Ada apa, Cat? Kau kata ada benda penting nak serah dekat aku tadi?"
Catlyn mengukir senyuman nipis, menghulurkan sekeping kertas salinan laporan berita digital yang baru dicetak dari dalam failnya.
"Pasal Dean," ujar Catlyn perlahan, memandang wajah bekas tunangnya itu.
"Syarikat dia dah diisytiharkan bankrap secara teknikal selepas semua aset disita di bawah akta AMLA. Amberlee pula orang pertama yang cuci tangan dekat media dan serah semua senarai hadiah mewah dekat polis sebab takut kena dakwa sekali. Dean memang betul-betul melutut sehelai sepinggang dalam lokap sekarang."
Kensuke menatap kertas laporan itu. Visual Dean berpakaian lokap jingga sudah cukup untuk membuatkan beban berat di dadanya selama beberapa bulan ini terangkat sepenuhnya.
Namun, mata Catlyn tidak lepas daripada merenung raut wajah Kensuke yang kelihatan begitu lega dan tenang.
Di dalam lubuk hatinya, ada satu tangkai rasa yang sedikit terusik. Catlyn menatap Kensuke dengan sekelumit rasa cemburu yang sukar disembunyikan.
Dia teringat kembali kisah cinta mereka yang putus di tengah jalan dulu.
Memang benar, Kensuke pernah berkorban besar untuknya. Lelaki itu sanggup menarik diri daripada team lamanya, Crypstar Fortress, tepat pada waktu pasukan itu sudah pun dipilih untuk terbang ke Jepun mewakili negara demi menjaga hatinya.
Pengorbanan itu sangat besar dan telah menghantuk kepala Catlyn sendiri kerana tidak pernah mahu menghargai Kensuke pada masa itu.
Namun sekarang, melihat bagaimana Kensuke sanggup meranduk badai, mengatur strategi yang begitu berbahaya, dan berjuang dengan cara yang jauh lebih matang demi Zuri, seorang wanita yang jarak usianya hampir setengah abad, Catlyn sedar satu hakikat.
Cinta Kensuke terhadap Zuri berada di tahap yang berbeza.
Ia bukan lagi sekadar pengorbanan melulu seorang lelaki muda, tetapi sebuah cinta sejati yang mendalam, pelindung, dan bersungguh-sungguh yang tidak pernah Kensuke tunjukkan sepanjang mereka bertunang dahulu.
Andai kata pada ketika itu Catlyn juga berfikiran matang dan tidak terlampau mengikut hati, pastinya sekarang dialah wanita ditempat Zuri sekarang.
Catlyn menarik nafas perlahan, cuba mengusir rasa cemburu yang berselubung rasa ralat itu.
Dia menjangkakan Kensuke akan terus menghujaninya dengan soalan tentang keadaan Zuri selepas serbuan pagi tadi.
Namun, Kensuke hanya melipat kertas laporan itu dan memasukkannya ke dalam poket. Dia langsung tidak bertanya sepatah perkataan pun kepada Catlyn tentang di mana Zuri berada sekarang atau bagaimana keadaannya.
Catlyn sedikit tersentak. "Kau... tak nak tahu pasal Zuri? Encik Idris ada bagitahu aku yang Zuri dah-"
"Tak apa, Cat," potong Kensuke dengan nada yang sangat tenang namun penuh tekad. Seulas senyuman rahsia terukir di bibirnya.
YOU ARE READING
Defeated To Her
Romance🛑 NOTE: This story contains mature themes and explicit 18SX romance scenes meant for older audiences only. 🔞 🖤DEFEATED TO HER🖤 He conquers the virtual world, but she rules his heart. 👑💻 Kisah seorang young gaming champion yang terjebak dalam...
